Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti dan Majlis Perasmian Pusat Internet Kg Ranau telah diadakan  bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI Kg Ranau serta membina hubungan yang baik di antara penduduk setempat dengan petugas PI. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PI Kg Ranau dan menjadikan PI sebagai pusat tumpuan ICT. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari kedua program bersama warga komuniti. 

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru secara percuma dan pendaftaran peserta untuk semua aktiviti yang dijalankan.  Termasuk pendaftaran untuk pameran daripada agensi seperti KWSP, Kolej Komuniti Kota Marudu, Usahawan PI Kg Ranau, Persatuan Silat dan AR Creative. Aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut seperti Kelas ICT Pengenalan Komputer dengan kerjasama daripada Kluster Kota Marudu PI Kg Tandek dan PI Kg Tingkalanon. Pelajar Tahun 6 darpiada SK Ranau turut dijemput bagi sesi taklimat ini.  Seterusnya taklimat Jenayah daripada Inspektor Hakimah IPD Kota Marudu turut dijalankan dan mendapat sambutan yang  baik daripada warga komuniti. Wakil daripada KWSP turut memberi taklimat pengenalan perkhidmatan KWSP kepada penduduk setempat. Acara Perasmian Pusat Internet yang dirasmikan oleh YG Berusaha En.Saimin Saidi, Guru Besar SK Ranau berlangsung dengan jayanya. Selepas acara perasmian , aktiviti Kemaskini BSH 2019 turut diadakan bagi membantu warga komuniti mengemaskini BSH mereka. Melalui program ini, objektif penubuhan Pusat Internet dapat disampaikan kepada warga komuniti seterusnya dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara ahli PI dengan petugas PI Kg Ranau.

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti dan Majlis Perasmian Pusat Internet Kg Ranau telah diadakan  bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI Kg Ranau serta membina hubungan yang baik di antara penduduk setempat dengan petugas PI. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PI Kg Ranau dan menjadikan PI sebagai pusat tumpuan ICT. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama program bersama warga komuniti. 

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru secara percuma dan pendaftaran peserta untuk semua aktiviti yang dijalankan. Senamrobik merupakan aktiviti yang pertama , diikuti taklimat pengenalan Pusat Internet Kg Ranau & Pengenalan Dashboard Komuniti, Taklimat Klik Dengan Bijak & Sebenarnya.My. Seterusnya Petugas memberi sedikit penerangan aktiviti dan tentatif  untuk program keesokan hari supaya warga komuniti mengetahui susunan aturcara sepanjang program HBK berlangsung. Aktiviti sesi petang yang berlangsung seperti Pertandingan Mewarna Online, Pertandingan Mewarna Keluarga, Pertandingan membuat artikel di My Komuniti dengan tajuk Kepentingan ICT, diikuti oleh aktiviti  Pertandingan DIY Kreatif with Youtube dan Pertandingan Rapid Typing. Melalui aktiviti ini dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara warga komuniti dengan Petugas PI.

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi Google Translate (Bahasa English) di Pusat Internet Kg Ranau  bertujuan memupuk minat pelajar sekolah rendah untuk terus mempelajari perkataan bahasa english dalam kehidupan seharian mereka.  Melalui aktiviti ini mereka dapat mengetahui dan menambah perkataan-perkataan baru untuk kegunaan pembelajaran mereka.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang tujuan aktiviti ini . Peserta diberikan tugasan untuk menterjemah teks  dari bahasa melayu kepada bahasa inggeris. setelah selesai mereka dikehendaki membuka google translate untuk memeriksa ayat yang telah mereka terjemah. Dengan adanya aktiviti advokasi ini dapat membantu meningkatkan pengguasaan Bahasa English mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan menyampaikan mesej betapa pentingnya internet  dan pengenalan komputer pada masa kini kepada golongan kanak-kanak. Melalui kelas ini  pada kanak-kanak dapat dididik bagaimana menggunakan internet secara betul dan selamat serta kebaikan dan fungsi internet pada masa kini. Justeru dengan adanya kelas seperti ini para kanak-kanak juga dapat didedahkan dengan penggunaan komputer dan mempelajari ilmu pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan internet. 

Kelas dimulai dengan sesi taklimat daripada petugas dan memberi sesi penerangan yang terperinci tentang apa itu internet dan pengenalan komputer kepada para pelajar. Kemudian mereka diarahkan untuk menerokai sendiri carian maklumat melalui google website akan fungsi internet dan keburukan kepada mereka sekiranya tidak berwaspada. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti Advokasi di Pusat Internet Kg Ranau  bertujuan memupuk kesedaran betapa pentingnya KDB semasa melayari internet dan mengetahui info-info penting yang terdapat dalam Pusat Internet. Peserta akan lebih mengetahui fungsi-fungsi perkhidmatan yang dapat disampaikan kepada warga komuniti  melalui Pusat Internet. 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang tugasan yang akan diberikan kepada peserta yang terdapat dalam Advokasi di Pusat Internet.  Petugas PI juga memberi penerangan ringkas tentang Klik dengan Bijak kepada peserta supaya mereka lebih mengingati dan memahami KDB ini. Peserta diberi tugasan seperti puzzle berkaitan KDB, mencari info-info penting dan mengingati info yang telah mereka dapat kemudian menulis semula info tersebut dalam kertas. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih memahami Kepentingan Pusat Internet kepada warga komuniti dan mendekatkan ahli PI kepada Petugas.

Gambar Disini