Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda ahli PI . Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti 

Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.jigsawexplorer.com dan www.abcya.com 


Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi KDB Menjadi mata-mata gelap di internet ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah bagaimana hendak mengendalikan pencarian pintar di internet dan belajar bagaimana mengenal pasti garis panduan bagi menilai kredibiliti kandungan di internet.  Seterusnya memberi kesedaran betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada dan menyemak sumber maklumat semasa melayari internet.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB menjadi mata-mata gelap di internet.  Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau.  Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini pelajar dapat memahami perbezaan diantara pembohongan dan kebenaran serta fakta dan pendapat dari sumber yang berbeza.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point 2016 dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Para pelajar juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ pejabat atau tugasan pada masa akan datang.

Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam aplikasi ini sebelum membuat kerja dengan menggunakan Power Point. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya mereka lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini kemudian peserta dikehendaki membentangkan hasil tugasan mereka.  

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran kepada para pelajar sekolah menengah akan asas penggunaan perisian tersebut serta belajar bagaimana hendak menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan cara- cara mengedit grafik atau imej daripada Petugas PI Kg Ranau. Selain itu Petugas memberikan peserta menonton Video untuk mengajar tentang pengenalan kepada perisian adobe photoshop cs6 dan memberi pengenalan tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop cs6. Kemudian peserta belajar secara praktikal menggunakan adobe photoshop cs6 yang dibimbing oleh petugas PI. Petugas Pi memberikan satu tugasan untuk menghasilkan sebuah poster yang dihasilkan sendiri oleh para peserta.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran kepada para pelajar sekolah rendah akan asas penggunaan perisian tersebut serta belajar bagaimana hendak menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka. Memberi kesedaran tentang pentingnya komputer pada masa kini kepada golongan pelajar dan pentingnya ilmu ICT. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan cara- cara mengedit grafik atau imej daripada Petugas PI Kg Ranau. Selain itu Petugas memberikan peserta menonton Video untuk mengajar tentang pengenalan kepada perisian adobe photoshop cs6 dan memberi pengenalan tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop cs6. Kemudian peserta belajar secara praktikal menggunakan adobe photoshop cs6 yang dibimbing oleh petugas PI. Petugas Pi memberikan satu tugasan untuk menghasilkan sebuah poster yang dihasilkan sendiri oleh para peserta.

Gambar Disini