Tujuan

Kelas ICT belia ini diteruskan dengan Modul ke 3 iaitu pembelajaran mengenai Microsoft Office Excel. Pembelajaran kali ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas microsoft office excel dengan menerokai komponen-komponen di dalam Microsoft excel. Para belia juga akan dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungi-fungsi di dalam Microsoft excel. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft excel sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja urusan kerja atau tugasan pada masa akan datang.

 Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan mengenai asas Microsoft Office Excel secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam Microsoft excel sebelum membuat kerja dengan menggunakan Microsoft excel.  Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas pengiraan dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel. Selepas mempelajari secara teori mengenai asas Microsoft excel, mereka telah belajar cara  untuk membuat jadual pengiraan dengan mengaplikasikan cara-cara mengira dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel secara automatik tanpa mengira sendiri.

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Modul 4 ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan  asas pengenalan Ms Power Point kepada para pelajar sekolah menengah. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu kemahiran ICT dimana dapat membantu mereka (pelajar) untuk menyiapkan kerja-kerja kursus sekolah. Disamping itu juga tujuan kelas ini adalah  untuk membimbing dan membantu mereka secara terperinci tentang penggunaan komputer dan menerokai penggunaan  Microsoft Office Power Point 2016 yang terkini.

Aktiviti

Para pelajar akan diajar secara teori dan praktikal. Secara teori, para pelajar akan diajar untuk mengenali dan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point dan diberi nota layout sebagai rujukan dan memudahkan mereka sepanjang pembelajaran. Para pelajar kemudiannya diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Power Point 2016 serta fungsinya. Disini para pelajar akan belajar secara satu persatu bagaimana hendak menghasilkan sebuah slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan komponen animasi yang terdapat didalam Ms Power Point 2016.  Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Power Point 2016 dengan baik dan terperinci dengan adanya kelas ICT ini. 

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Sempena Hari Malaysia 2018, Pusat Internet Kg ranau telah mengadakan satu aktiviti Teka Silang Kata di kalangan Para pelajar. Aktiviti teka silang kata ini dijalankan adalah untuk menyemarakkan perasaan cintakan negara dengan semangat patriotik yang mendalam terhadap negara tercinta. Disamping itu juga, Para pelajar juga didedahkan dengan mempelajari dan memahami maksud disebalik soalan-soalan yang diberikan. Para pelajar dapat mengasah minda mereka dengan memikirkan jawapan yang sesuai dengan soalan yang berkaitan dengan kenegaraan Malaysia. Selain itu, para pelajar dapat belajar ilmu pengetahuan yang baru dengan mempelajari sejarah tokoh Malaysia. Sekaligus, dapat memupuk semangat kekitaan dan dan mengeratkan lagi silaturahim diantara warga komuniti khususnya ahli pi dengan komuniti yang lain khususnya dikalangan anak muda.

Aktiviti

Aktiviti Teka Silang Kata ini bermula pada waktu petang iaitu seawal jam 2 petang dengan menunggu kedatangan para peserta untuk sesi pendaftaran. Aktiviti ini mendapat sambutan dari golongan sekolah rendah iaitu berumur dari 7 tahun sehingga 12 tahun. Pada jam 2:15 petang, Aktiviti ini telah dimulai oleh petugas  dengan memberi taklimat pengenalan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta dimana aktiviti teka silang kata ini mengambil masa 45 minit untuk menjawab setiaoa soalan yang diberikan. Dalam masa 45 minit, para pelajar telah di asingkan mengikut tahap 1 dan 2. bagi tahap 1, umur 7 tahun sehingga 9 tahun. Manakala, tahap 2 berumur dari 10 tahun sehingga 12 tahun. Para peserta tidak dibenarkan untuk meniru kerana markah penilaian sedang diambil sepanjang aktiviti berlangsung.  Selepas habis 45 minit, para pelajar perlu menyerahkan kertas mereka kepada petugas, dan petugas akan menilai dan memberi markah bagi mereka yang mendapat markah yang tertinggi. Semasa menunggu penilaian markah, para pelajar perlu menunggu dengan melihat tayangan video mengenai hari malaysia. Pada jam 3:45 petang, penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang mengikut tahap 1 dan 2. Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah siap jam 4 petang. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang positif dari kalangan ahli pi dan berharap aktiviti sebegini dapat di jalankan pada masa akan datang lagi.

 Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Modul 4 ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan  asas pengenalan Ms Power Point kepada para pelajar sekolah menengah. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu kemahiran ICT dimana dapat membantu mereka (pelajar) untuk menyiapkan kerja-kerja kursus sekolah. Disamping itu juga tujuan kelas ini adalah  untuk membimbing dan membantu mereka secara terperinci tentang penggunaan komputer dan menerokai penggunaan  Microsoft Office Power Point 2016 yang terkini.

Aktiviti

Para pelajar akan diajar secara teori dan praktikal. Secara teori, para pelajar akan diajar untuk mengenali dan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point dan diberi nota layout sebagai rujukan dan memudahkan mereka sepanjang pembelajaran. Para pelajar kemudiannya diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Power Point 2016 serta fungsinya. Disini para pelajar akan belajar secara satu persatu bagaimana hendak menghasilkan sebuah slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan komponen animasi yang terdapat didalam Ms Power Point 2016.  Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Power Point 2016 dengan baik dan terperinci dengan adanya kelas ICT ini. 

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT pada kali ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016 kepada para wanita. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran kemahiran tentang Microsoft Office Word 2016 kepada Para wanita dan memberi pendedahan asas penggunaan MS Word 2016 secara terperinci. Objektif utama kelas ini juga adalah  membimbing dan membantu mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan juga mahir dalam penggunaan Microsoft Office Word 2016 yang terkini.

Aktiviti

Terlebih dahulu, para pelajar telah diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2016 serta fungsinya. Disamping itu juga, peserta juga diajar cara-cara menggunakan Ms Word untuk menaip kerja-kerja sekolah dan belajar menaip surat rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini. 

 

Gambar Di Sini