Tarikh :28 September 2018 Masa :2.00PM- 4.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ICT belia ini diteruskan dengan Modul ke 3 iaitu pembelajaran mengenai Microsoft Office Excel. Pembelajaran kali ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas microsoft office excel dengan menerokai komponen-komponen di dalam Microsoft excel. Para belia juga akan dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungi-fungsi di dalam Microsoft excel. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft excel sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja urusan kerja atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan mengenai asas Microsoft Office Excel secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam Microsoft excel sebelum membuat kerja dengan menggunakan Microsoft excel. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas pengiraan dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel. Selepas mempelajari secara teori mengenai asas Microsoft excel, mereka telah belajar cara untuk membuat jadual pengiraan dengan mengaplikasikan cara-cara mengira dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel secara automatik tanpa mengira sendiri.
Tarikh :28 September 2018 Masa : 9.00AM- 11.00AM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |

Tarikh : 26 September 2018 Masa : 9.00AM- 11.00AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Modul 4 ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan asas pengenalan Ms Power Point kepada para pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang kemahiran Ms Power point dikalangan pelajar sekolah rendah iaitu dengan mengenali asas-asas komponen yang terdapat didalam Ms Power Point 2016. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu kemahiran ICT dimana dapat membantu mereka (pelajar) untuk menyiapkan kerja-kerja kursus sekolah. Disamping itu juga tujuan kelas ini adalah untuk membimbing dan membantu mereka secara terperinci tentang penggunaan komputer dan menerokai penggunaan Microsoft Office Power Point 2016 yang terkini.
Aktiviti
Para pelajar akan diajar secara teori dan praktikal. Secara teori, para pelajar akan diajar untuk mengenali dan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point dan diberi nota layout sebagai rujukan dan memudahkan mereka sepanjang pembelajaran. Para pelajar kemudiannya diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Power Point 2016 serta fungsinya. Disini para pelajar akan belajar secara satu persatu bagaimana hendak menghasilkan sebuah slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan komponen animasi yang terdapat didalam Ms Power Point 2016. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Power Point 2016 dengan baik dan terperinci dengan adanya kelas ICT ini.
Tarikh : 13 September 2018 Masa : 9.00AM- 11.00AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 46 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk menjalankan kempen program Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan oleh SKMM kepada para pelajar sekolah tahun 5 di Sk Ranau Kota Marudu. Dengan itu, program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan keselamatan para pelajar sebagai pengguna internet dengan bijak. Program ini bertujuan untuk memberi peringatan dan taklimat keselamatan (akaun peribadi penting) kepada para pelajar sebagai pengguna siber di era masa kini. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang baik buruk kesan internet kepada golongan muda generasi kini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar pentingnya ilmu pengetahuan ICT pada masa kini.
Aktiviti
Para pelajar diberi taklimat secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak yang dijalankan. Program ini merupakan hasil kerjasama bersama klustering Pi Tandek, Pi Tingkalanon dan juga Pi Kg Ranau kota marudu. Secara keseluruhannya, kempen KDB ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak guru dan juga para pelajar yang terlibat.
Tarikh : 25 September 2018 Masa : 9.00AM- 11.00AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint3D windows 10 ini bertujuan untuk memberi kemahiran melakar lukisan berbentuk 3D kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka. Kelas ini juga bertujuan agar mereka tahu fungsi-fungsi peralatan yang terdapat didalam Ms Paint 3D yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan hasil lukisan gambar berbentuk model animasi 3D. Selain itu kelas ini juga bertujuan agar ahli Pi dapat meluangkan masa mereka dengan aktiviti yang berguna sempena cuti sekolah (peperiksaan UPSR) ini.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam microsoft paint 3D dengan memberi tayangan video youtube tutorial kepada para pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan peralatan yang disediakan didalam ms paint 3D tersebut. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri.