Tarikh :20 Julai 2018 Masa : 9.00AM- 11.30AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan modul pertama ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para beliawanis atau suri rumah yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sesuatu iklan atau gambar produk mereka dengan lebih menarik. Latihan ini juga adalah untuk mengajar mereka secara asas dengan menggunakan komputer untuk menghasilkan iklan gambar atau gambar produk yang menarik dan sesuai. Selain itu juga, tujuan latihan ini dijalankan agar para beliawanis atau suri rumah mahir menggunakan komputer sebagai asas teknologi dalam pemasaran produk mereka. Disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, latihan keusahawanan ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan Pusat Internet Kampung Ranau.
Aktiviti
Kelas latihan dijalankan dengan memberi penerangan sedikit tentang penggunaan komputer untuk menghasilkan gambar yang menarik melalui microsoft power point. Para peserta diajar secara satu persatu bagaimana hendak menyunting gambar untuk kelihatan lebih menarik. Penggunaan microsoft power point dijadikan sebagai langkah asas kepada para peserta untuk menyunting gambar kerana ianya sangat mudah untuk difahami, ringkas dan cepat. Secara keseluruhannya, para peserta faham dan mahir dalam menggunakan microsoft power point untuk menyunting gambar produk mereka.
Tarikh :15 Julai 2018 Masa : 2.30PM- 4.30PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 21 Orang |
Tujuan
Program ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat KDB (Klik Dengan Bijak) kepada kanak-kanak yang terlibat dimana kami menekankan tentang isu penggunaan internet dengan cara yang betul kepada mereka. Disamping itu juga, program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka akan keselamatan dan tanggungjawaban dalam isu penyalahgunaan internet serta keselamatan maklumat peribadi mereka apabila melayari mana-mana laman sosial seperti akaun Facebook. Program ini juga diadakan untuk mendekatkan ahli-ahli PI kepada PI Kg Ranau dan mengetahui tentang isu-isu semasa yang melibatkan penyalahgunaan internet.
Aktiviti
Program ini dimulai dengan penayangan movie daripada YouTube. Kemudian diteruskan dengan memberi sesi taklimat tentang Klik Dengan Bijak kepada kanak-kanak yang terlibat. Kanak-kanak yang terlibat merupakan pelajar peringkat sekolah rendah. Sesi taklimat ini diseliakan oleh pengurus PI dan seterusnya aktiviti diakhiri dengan membuat kuiz berkaitan dengan program Klik Dengan Bijak. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik dan para pelajar yang terlibat dapat pendedahan tentang penggunaan internet dengan cara yang betul dan selamat disamping dapat menimba ilmu baharu tentang ICT.
Tarikh :13 Julai 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada pelajar sekolah. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang asas penjagaan komputer yang betul. Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana hendak membersihkan virus di dalam komputer dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus.
Tarikh :14 Julai 2018 Masa : 8.00AM- 10.00AM Lokasi : Sekitar Kawasan PI KG RANAU Peserta : 18 Orang |
Tujuan
Program Gotong Royong Perdana ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim petugas PI bersama komuniti setempat. Program ini juga bertujuan agar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong sesama komuniti dan juga staff PI. Disamping itu juga, program ini adalah bertujuan untuk membersihkan PI dan juga kawasan sekitarnya daripada semak samun dan bebas sampah sarap. Hal ini demikian agar PI dan kawasan yang berdekatan lebih selesa untuk dikunjungi dan juga dapat mendekatkan lagi komuniti dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang objektif program dan kemudian petugas PI menerangkan satu persatu tentang kawasan pembersihan dan juga agihan tugasan pembersihan kepada peserta gotong royong yang terlibat. Majoriti peserta gotong royong adalah didalam kalangan belia muda dan juga kanak-kanak. Aktiviti gotong royong juga diisi dengan membuat sedikit post-mortem ataupun Feedback session terhadap gotong royong yang sudah dijalankan bersama komuniti yang terlibat. Secara keseluruhannya, mereka sangat berbesar hati dan menyokong akan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama PI dan juga komuniti dan mendekatkan mereka dengan PI.
Tarikh :06 Julai 2018 Masa : 8.00AM- 11.30AM Lokasi : Dewan Komuniti Kg Ranau Peserta : 27 Orang |
Tujuan
Program kerjasama ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet Kampung Ranau kepada komuniti luar kawasan Kampung Ranau. Disamping itu, program ini juga turut menyampaikan maklumat kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini khusus buat para peniaga atau usahawan AIM yang ingin menggunakan media ICT untuk meluaskan perniagaan atau produk mereka. Program kerjasama ini juga bertujuan untuk menarik perhatian pelbagai komuniti setempat di daerah Kota Marudu untuk menjadi ahli Pusat Internet serta mempromosikan tentang kebaikan sekiranya menjadi ahli PI. Tujuan kerjasama ini juga adalah untuk menarik perhatian kepada para sahabat AIM tentang aktiviti keusahawanan yang akan dijalankan oleh Pusat Internet Kg Ranau.
Aktiviti
Sesi taklimat tentang pengenalan Pusat Internet diseliakan oleh Pengurus PI. Sepanjang taklimat tersebut , sesi soal jawab dilakukan bersama Petugas PI bagi menjelaskan lagi fungsi PI kepada peserta program yang terlibat. Secara keseluruhannya, program kerjasama sebegini amat baik bagi memperkenalkan dan menyampaikan maklumat secara telus dan terperinci kepada pelbagai komuniti. Sekaligus dapat memberi maklumat akan kepentingan ICT pada masa kini.