Tujuan

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada penduduk kampung ranau yang sudah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kg. Ranau Kota Marudu sekaligus menjalankan kempen "Myhealth" yang terdapat didalam aplikasi Mydashboard Komuniti dengan aktiviti senam zumba. Program ini juga bertujuan untuk memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para ibubapa dan kanak-kanak yang terlibat didalam program ini. Disamping itu juga program ini bertujuan untuk memperkenalkan tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini kepada komuniti setempat serta memberi penjelasan tentang kesan baik dan buruk akan ICT didalam kalangan masyarakat. Selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti setempat yang belum mengetahui akan kewujudan pusat ini di kampung Ranau Kota Marudu.  

Aktiviti

Program dimulai dengan menjalankan aktiviti senam zumba selama 30 minit yang dibimbing oleh petugas PI sendiri dan dibantu oleh ahli skuad PI Kg Ranau. Kemudian program diteruskan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan akhir sekali sesi pengenalan aplikasi My Dashboard Komuniti kepada penduduk kampung Ranau yang terlibat. Sesi soal jawab juga dijalankan pada akhir program. Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang baik terhadap komuniti setempat dan juga Pusat Internet sendiri dimana mereka lebih mengetahui akan fungsi Pusat Internet  dan tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Ranau. 

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Kecantikan Mary Kay ini bertujuan untuk memberi kursus tentang cara-cara penjagaan kulit dan juga asas make-up yang betul kepada pada peserta. Bengkel ini juga bertujuan untuk menarik para beliawanis atau wanita suri rumah untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet agar mereka dapat menyertai aktiviti atau bengkel keusahawanan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Kampung Ranau. 

 

Aktiviti

 

Bengkel dijalankan hasil kerjasama dengan Beauty Consultant Produk Mary Kay. Sesi dimulai dengan pengenalan kepada jenama produk tersebut dan diteruskan dengan bengkel asas penjagaan kulit muka dan akhir sekali sesi penerangan tentang asas kecantikan wajah ( asas Make- Up). Dengan hasil kerjasama bengkel ini , staff PI dapat mempromosikan Pusat Internet kepada para peserta. Secara keseluruhannya, para peserta memberi kerjasama yang baik dan mendaftar sebagai ahli PI dan sudi memberi kerjasama untuk menyertai bengkel atau program yang akan dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Ranau pada masa akan datang.  

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pertandingan kuiz ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar-pelajar yang telah mengikuti kelas ICT bersama staff PI. Disamping menguji minda para pelajar tentang ilmu pengetahuan ICT. 

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan memberi soalan-soalan kuiz berkaitan dengan modul pembelajaran ICT yang diikuti iaitu asas pengenalan kepada komputer dan juga asas penjagaan komputer. Para peserta akan cabut undi soalan daripada staff PI kemudian menjawab secara spontan soalan tersebut. Secara keseluruhannya, hasil daripada aktiviti tersebut para peserta faham dan dapat mengetahui serba sedikit tentang ilmu pengetahuan ICT yang sudah dijalankan sepanjang kelas ICT.

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pertandingan mewarna poster ICT ini bertujuan untuk menguji daya kreativiti para pelajar sekolah rendah untuk menghasilkan ilustrasi kepelbagaian ton warna didalam poster sekaligus memberi pendedahan kepada pengenalan ICT didalam kalangan pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan taklimat berkenaan kempen Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar yang terlibat. 

 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para pelajar oleh staff PI dan disaksikan oleh para ibubapa yang turut hadir. Untuk pertandingan mewarna poster ICT, para peserta disuruh untuk mewarnakan poster berilustrasikan perkataan ICT dan beberapa gambar lukisan komputer  untuk diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing. Para peserta juga turut diberi masa mewarna selama 1 jam untuk menyiapkan hasil warna poster mereka. secara keseluruhannya, para peserta memberi impak yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan dan dapat mempelajari serba sedikit tentang seni ilustrasi warna didalam poster.  

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada pelajar sekolah Rendah. Sekaligus, memperkenalkan mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka akan penjagaan komputer dengan baik. 

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Aktiviti dijalankan dengan memberi pengenalan terhadap asas komputer terlebih dahulu. Kemudian penerangan tentang perkakasan komponen, dan akhir sekali tentang asas penjagaan komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer.Peserta diajar bagaimana hendak membersihkan virus di dalam komputer.

Gambar Di Sini