Nama         :  Nurain Binti Sipin

 Umur         :  24 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Cik Nurain merupakan seorang pelajar lepasan STPM yang masih mencari dan menunggu panggilan pekerjaan. Sementara menunggu panggilan pekerjaan, Cik Nurain membantu keluarganya menjalankan perniagaan menjual Keropok Lekor secara kecil-kecilan. Beliau pada awalnya hanya menggunakan kenalan sahabat dan keluarga untuk menjual keropok lekor mereka. Pada tahun 2018, Cik Nurain telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau aktif mengikuti setiap kelas yang dibuat di Pusat Internet, dengan ilmu dan pengetahuan yang telah perolehi dapat mengembangkan pengeluaran hasil jualan keropok lekor keluarga mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan meletakan  hasil jualan mereka di kedai-kedai makanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Cik Nurain kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan keropok lekor keluarga mereka. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan.  Kini perniagaan keluarga mereka lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan. 

 

 Nama         :  Jalil Bin Madun 

 Umur         :  55 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Jalil Bin Madun berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan sudah menjalankan aktiviti perniagaan ini selama satu tahun. Encik Jalil memilih untuk menjalankan perniagaan madu kelulut ini kerana ianya mudah diuruskan dan tidak memerlukan kos modal yang besar  walaupun untuk mengambil log (sarang atau rumah lebah kelulut) agak mencabar. Beliau bersama rakan-rakan usahanya yang lain iaitu sebanyak 5 orang turut berkerjasama dengan beliau mencari log lebah kelulut didalam hutan tebal. Setakat ini beliau telah mempunyai 10 log lebah kelulut yang dipelihara di belakang rumah salah seorang rakan usaha beliau iaitu Encik Zaim Bin Yassin (Pengusaha Parang Ulubadi). Encik Jalil ingin menambahkan lagi log lebah kelulut untuk menghasilkan madu asli yang mencukupi kepada pelanggan dan berhasrat agar perniagaan madu kelulut yang dijalankan akan membuahkan hasil atau pendapatan yang lumayan. Justeru itu, Pusat Internet merupakan satu platform pemasaran yang dekat bagi beliau untuk membantu memasarkan atau meluaskan lagi perniagaan madu kelulut yang dijalankan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan hanya dikenali oleh rakan-rakan dan sekitar kampung Ranau Kota Marudu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Encik Jalil kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan madu kelulut beliau. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankan kepada pelanggan. Disamping itu, beliau sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti PI untuk mengambil kesempatan memperkenalkan perniagaan madu kelulut kepada komuniti setempat. kini perniagaan beliau telah dikenali oleh luar penduduk kampung dan juga seluruh tempat di Kota Marudu kerana beliau telah aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan dengan bimbingan Petugas Pi Kg Ranau dan video viral melalui laman youtube Pi Kg Ranau dan juga Facebook Page. 

 

 Nama         : Naimah Binti Bakrin

 Umur         : 43 Tahun

 Ahli            : 2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Naimah dan En. Zamry Abdullah menjalankan perniagaan bengkel membaiki kereta bermula dari bengkel rumah ke rumah saja kini sudah memiliki bengkel sendiri dengan menawarkan perkhidmtan membaiki, mengimpal dan mengecat kereta untuk pelbagai jenis kereta. Puan Naimah berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak. Puan Naimah banyak membantu suaminya dalam pengurusan (admin) seperti maklumat-maklumat pelangan mereka dan En. Zamry menjalankan perniagaan bengkel membaiki kereta yang bermula dari rumah ke rumah saja. Mereka berminat untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka sebuah bengkel kereta milik mereka sendiri. Oleh itu, Pn Naimah tertarik untuk menjadi ahli Pusat Internet Kg Ranau dan seterusnya mengikuti latihan keusahawanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan celik ICT memandangkan pada zaman kini kebanyakan usahawan menggunakan pemasaran secara digital atas kemajuan teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran masa dan media sosialiti yang menjadi informasi dan penelus kepada masyarakat kini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, mereka hanya menggunakan media whatsapp ataupun berjumpa terus dengan pelanggan untuk memberi perkhidmatan membaiki kereta dari rumah ke rumah. Setelah berjaya mendapat tempat untuk membuka bengkel kereta, Pn Naimah dan suami berusaha untuk mempromosikan bengkel kereta kepada masyarakat sekitarnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Puan Naimah kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan seterusnya mempromosikan bengkel kereta kepada masyarakat sekitarnya. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan. Kini perniagaan mereka lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang mereka jalankan. Modal perniagaan mereka juga turut meningkat. 

 

 Nama         :  Rafail Bin Abu Bakar

 Umur         :  26 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Encik Rafail merupakan anak keempat dalam 6 orang adik beradik dan berasal dari Kampung Ranau Kota Marudu Sabah. Encik Rafail berusia 26 tahun. Ayah beliau merupakan seorang petani dan ibunya adalah seorang peniaga kecil-kecilan yang menjual kuih. Setelah tamat STPM, Rafail telah melanjutkan pengajian tinggi di peringkat ijazah dalan bidang business administration di negeri Sembilan dan tamat pengajian pada tahun 2018. Setelah tamat beliau sedang mencari pekerjaan yang sesuai dalam bidangnya dan menunggu keputusan panggilan kerja yang telah di pohon. Oleh yang demikian, sementara menunggu panggilan pekerjaan, Rafail mengambil kesempatan dan merebut peluang untuk menambah ilmu di Pusat Internet Kg Ranau dengan mengikuti kelas ICT secara konsisten dan mendaftarkan diri sebagai ahli pada tahun 2018. Beliau berhasrat dengan adanya kemahiran ICT daripada Pusat Internet akan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau untuk persediaan kepada alam pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Encik Rafail hanya menjalankan aktiviti hariannya di Kampung dan mencari pekerjaan. Sebelum adanya Pusat Internet, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikuti mana-mana kelas ICT. Beliau hanya memfokuskan untuk mencari pengalaman pekerjaan diluar dan membantu orang tuanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau iaitu dengan mengikuti kelas ICT, Encik Rafail menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan beliau telah mengikuti kelas secara konsisten untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan belajar tentang asas Microsoft office dan juga belajar perisian media lain seperti Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain secara online dan offline. Disamping itu, menyedari akan perkhidmatan Pi Kg Ranau kepada komuniti setempat, Encik Rafail menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer bagi mencari pekerjaan secara talian melalui laman web SPA8 serta dapat bimbingan daripada petugas PI dalam membuat Resume. Kini, Encik Rafail telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT. Di samping itu juga, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran beliau dalam bidang ICT untuk masa depan beliau dan sebagai ilmu untuk digunakan didalam alam pekerjaan kelak.

 

 Nama         :  Nurain Binti Sipin

 Umur         :  23Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Nurain merupakan seorang lepasan STPM yang masih mencari dan menunggu panggilan pekerjaan. Sementara itu beliau hanya membantu ibunya dirumah dan menjadi ahli sukarelawan di Pusat Internet. Selain daripada itu, Cik Nurain akan membuat kerja sambilan di salah sebuah syarikat swasta ( pelancongan Kota Belud ) sekiranya mendapat panggilan kekosongan pekerja bertugas pada ketika itu.  Cik Nurain juga merupakan seorang ahli kelab belia di kampung Ranau yang mana sangat aktif bergiat didalam aktiviti kemasyarakatan. Cik Nurain juga menyandang jawatan sebagai pembantu setiausaha dan AJK pelaksana didalam Kelab tersebut. Pada tahun 2018, Cik Nurain telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau berhasrat dengan adanya kemahiran ICT daripada Pusat Internet dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau untuk persediaan kepada alam pekerjaan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Cik Nurain hanya menjalankan aktiviti hariannya membantu ibu membuat kerja-kerja rumah dan mencari pekerjaan. Sebelum adanya Pusat Internet, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikuti mana-mana kelas ICT. Beliau hanya memfokuskan untuk mencari pengalaman pekerjaan diluar dan melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Cik Nurain Binti Sipin menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan belajar tentang asas Microsoft office dan juga media ICT melalui Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain. Cik Nurain juga banyak membantu menjayakan aktiviti atau program di Pusat Internet Kg Ranau dan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama. Disamping itu, Cik Nurain menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer untuk mencari pekerjaan secara talian melalui laman web SPA8 serta dapat bimbingan daripada petugas PI dalam membuat Resume. Kini, Cik Nurain telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT. Di samping itu juga, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran beliau dalam bidang ICT untuk masa depan beliau dan sebagai ilmu untuk digunakan didalam alam pekerjaan kelak.