CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Azharina Binti Jamil

 Umur        :  20 Tahun

 Ahli           :  2022

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Azharina berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu. Beliau berumur 20 tahun dan masih belajar di peringkat STPM.Cik Azharina telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2022 kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta aktiviti dan program kesedaran yang dijalankan di PEDi Kg Ranau. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti Cetakan dan Komputer kerana dekat dengan rumah dan memudahkan beliau untuk menyiapkan kerja atau tugasan sekolah. Cik Azharina juga sangat rajin mengikuti kelas ICT dan Advokasi (KDB) di PEDi Kg Ranau untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ICT dan lain-lain kemahiran digital.Beliau juga merupakan seorang ahli skuad/MIV PEDi Kg Ranau yang membantu dalam menyampaikan hebahan dan maklumat serta program advokasi Klik Dengan Bijak dalam komuniti setempat. Cik Azharina menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai One-stop Center dalam membantu beliau meningkatkan kemahiran ICT, kemudahan dalam tugasan kerja-kerja harian serta memanfaatkan pengalaman penglibatan yang ada sebagai rujukan kerjaya di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Cik Azharina hanya mengetahui sedikit asas tentang microsoft office.Dari segi pengetahuan tentang multimedia, Cik Azharina juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian adobe Photoshop.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Cik Azharina kini menyedari bahawa betapa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten lagi bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer yang betul. Cik Azharina juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Setelah mengikuti kelas asas ICT, Cik Azharina semakin mahir dalam menggunakan microsoft office seperti penggunaan powerpoint, excel dan publisher. Manakala dalam pengeditan video dan gambar, Cik Azharina menggunakan perisian adobe photoshop dan asas-asas teknologi multimedia yang lain.Kini, Cik Azharina telah berjaya menguasai asas dan teknik penggunaan komputer yang lebih banyak dan memahami lebih dalam mengenai kepentingan penggunaan ICT. Di samping itu, beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari sebagai kemahiran yang berguna untuk masa hadapan beliau terutama ke arah pembelajaran yang lebih tinggi ataupun ke alam pekerjaan.

 Nama         :  Norhanijah Binti Jamal

 Umur         :  31 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Norhanijah Binti Jamal atau lebih mesra dipanggil sebagai Puan Nora menjalankan perniagaan makanan iaitu menjual kuih muih tradisional seperti Karipap Frozen yang mana nama produk tersebut telah dinamakan sebagai Karipap Frozen Mak Jah iaitu inspirasi atas nama ibunya sendiri. Puan Nora menjalankan perniagaan kuih-muih dan pelbagai makanan lain tersebut bersama-sama dengan ibu beliau iaitu Puan Rukijah Yassin yang juga merupakan usahawan bimbingan Rakan Digital dan Pedi Kg Ranau. Selain daripada menjual kuih-muih dan pelbagai juadah makanan lain, Puan Nora bersama ibunya juga menjalankan perniagaan perkhidmatan Catering di sekitar Kota Marudu. Tempahan kuih-muih beliau juga sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pelbagai pelanggan. Pelbagai jenis kuih-muih yang dijual namun Karipap Frozen dijadikan sebagai salah satu produk yang ingin dipasarkan secara atas digital melalui platform e-dagang yang telah dipelajari di Pedi Kg Ranau. Puan Nora amat tertarik dengan tawaran dan bimbingan daripada Rakan Digital dan petugas Pedi Kg ranau dalam membantu meningkatkan pendapatan perniagaan beliau. Bersama-sama dengan PEDi, beliau ingin membantu meningkatkan jualan bersama ibunya dan menambah ilmu keusahawanan serta mempelajari Ilmu Kemahiran ICT lain bagi meluaskan lagi pasaran perniagaan beliau di dalam Komuniti setempat dan seterusnya dikenali diseluruh tempat terutama di atas platform E-dagang. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan secara tradisional seperti menjual ke tamu-tamu dan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui penglibatan PEDi, kini perniagaan beliau mula dipasarkan diatas platform e-dagang seperti shopee. Puan Nora masih dibawah bimbingan Rakan Digital dan Pedi Kg Ranau dalam memastikan peningkatan pendapatan sebanyak 30% dapat dicapai setiap bulan. Perniagaan Puan  Nora mula mendapat perhatian dan dikenali melalui aktiviti promosi yang sering dijalankan oleh Pedi Kg Ranau seperti program Hari Bersama Komuniti, Program jemputan mengadakan booth pameran serta aktiviti-aktiviti kerjasama pedi bersama agensi luar. Pedi Kg Ranau akan membawa produk Puan  Nora untuk dipromosikan dan lebih dikenali sekaligus mempromosikan kedai atas talian beliau di Shopee bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan diluar kawasan Kota Marudu.

 

 Nama         :  Mohd Salman Bin Idris

 Umur         :  29 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Mohd Salman menjalankan perniagaan dalam bentuk Perkhidmatan iaitu Service Design dan Percetakan. Encik Mohd Salman berumur 29 tahun.Pendidikan terakhir beliau adalah STPM di SMK Agama Kota Kinabalu. Berasal dari Kota Marudu dan menetap di Kg Marasimsim. Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan masih berstatus bujang. Mula menjalankan perniagaan pada tahun 2016 (Kereta Sewa). Dan pada tahun 2019, beliau memulakan perniagaan dalam perkhidmatan design & printing. Beliau mula berniaga sebab kurang minat untuk bekerja, dan berkeinginan untuk menceburi bidang design dan percetakan. Pada awalnya Encik Salman hanya menjadikan aktiviti perniagaan tersebut sebagai hobi sahaja dan kini mula serius dalam bidang tersebut dan dijadikan sebagai satu pekerjaan dan sumber pendapatan hari-harian. Beliau mula mendaftar sebagai ahli PEDi pada tahun 2019 kerana berminat dengan tawaran aktiviti serta program PEDi Kg Ranau pada ketika itu. Beliau juga telah terlibat sebagai Usahawan Jemputan untuk mengadakan pameran perniagaan semasa Program Hari Bersama Komuniti Kg Ranau. Bersama-sama dengan PEDi, beliau ingin menambah ilmu keusahawanan serta mempelajari Ilmu Kemahiran ICT lain bagi meluaskan lagi pasaran perniagaan beliau di dalam Komuniti setempat dan seterusnya dikenali diseluruh tempat terutama di atas platform E-dagang. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui penglibatan PEDi, kini perniagaan beliau mula dikenali melalui aktiviti pameran semasa program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet pada tahun 2019 dan juga bantuan promosi daripada petugas PEDi. Beliau juga dapat mempelajari ilmu baharu dengan menyertai kelas keusahawanan seperti kelas asas pembangunan website dan juga wordpress. Lain-lain kemahiran seperti suntingan imej produk serta asas videografi juga turut dipelajari oleh Encik Mohd Salman secara komited bersama dengan PEDi Kg Ranau. Sehingga kini, En. Salman masih dibawah bimbingan dengan petugas Pedi kgranau terutama dalam membantu bagaimana untuk menambahkan lagi pendapatan serta pemasaran secara atas talian.

portal

CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Amirah Binti Zaim

 Umur         :  18 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Amirah berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu. Beliau berumur 18 tahun dan masih belajar. Cik Amirah juga merupakan seorang pelajar lepasan SPM dan Kini melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM. Cik Amirah telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2018 kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta aktiviti dan program kesedaran yang dijalankan di PEDi Kg Ranau. Beliau sangat rajin mengikuti kelas ICT di PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran yang kini banyak menggunakan teknologi digital. Beliau juga merupakan seorang ahli skuad/MIV PEDi Kg Ranau yang membantu dalam menyampaikan hebahan dan maklumat serta program advokasi Klik Dengan Bijak dalam komuniti setempat. Cik Amirah menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai One-stop Center dalam membantu beliau meningkatkan kemahiran ICT, kemudahan dalam tugasan kerja-kerja harian serta memanfaatkan pengalaman penglibatan yang ada sebagai rujukan kerjaya di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Cik Amirah hanya tahu menggunakan asas microsoft office word dan kurang mengetahui tentang pengunaan microsoft office yang lain seperti powerpoint, excel dan publisher. Dari segi, pengetahuan tentang multimedia, Cik Amirah juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian adobe.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Cik Amirah menyedari bahawa betapa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Cik Amirah juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Setelah mengikuti kelas asas ICT, Cik Amirah semakin mahir dalam menggunakan microsoft office seperti penggunaan powerpoint dan excel. Manakala dalam pengeditan video dan gambar, Cik Amirah menggunakan perisian adobe photoshop dan asas-asas teknologi multimedia yang lain. Selain daripapda itu, Cik Amirah juga menggunakan PEDi Kg Ranau sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan. Kini, Cik Amirah telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami lebih dalam mengenai kepentingan penggunaan ICT. Di samping itu, beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT bagi melanjutkan pelajaran beliau ke menara gading.

 

 

 Nama         :  Zamre Bin Balong

 Umur         :  45 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Encik Zamre merupakan seorang staff PPT di Hospital Ranau. Beliau bertugas di luar daerah Kota Marudu. Walaupun demikian, beliau tetap mengambil peluang untuk belajar ICT dan meningkatkan softskill beliau di PEDI Kg Ranau pada tahun 2019 kerana berada dekat dengan tempat tinggal beliau dan beliau juga merupakan salah seorang peserta yang Konsisten mengikuti kelas dan bersemangat untuk belajar. Encik Zamre mengambil peluang tawaran yang dianjurkan di PEDi untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT terutama dalam bidang multimedia serta Video Editing. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Encik Zamre hanya menjalankan aktiviti pekerjaan beliau sebagai seorang petugas PPT Hospital dan mengisi masa lapang bersama anak-anak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Encik Zamre menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau memandangkan skop pekerjaannya juga melibatkan penggunaan ICT dan juga minat beliau yang mendalam untuk mempelajari ilmu penciptaan video dan foto editing. Setelah Berjaya mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi secara konsisten, kini Encik Zamre Bin Balong telah berjaya menguasai asas penggunaan Microsoft Office 2016 yang baharu dan telah memahami secara asas tentang cara penggunaan komponen-komponen yang terdapat didalam Microsoft Office 2016 dan juga telah mahir dalam bidang pengeditan movie maker dan perisian Adobe Photoshop. Di samping itu, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau jugamenyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan hasil kerja yang berkualiti dan akan memperkembangkan bakat dan minat beliau dalam bidang pengeditan video dan fotografi serta menjadikan PEDi sebagai tempat untuk melayari Internet dan menggunakan kemudahan komputer yang disediakan.