CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI, MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN STEM

Nama         :  Nur Asfiratulliani Binti Jemari

 Umur        :  10 Tahun

 Ahli           :  2023

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Nur Asfiratulliani berasal daripada Kampung Balagaton Kota Marudu. Beliau berumur 10 tahun dan merupakan pelajar sekolah rendah SK Ranau kota marudu. Adik Asfira juga adalah seorang pelajar tahun 4 di SK Ranau Kota Marudu dan telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2023. Adik Asfira juga sangat tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Beliau rajin mengikuti kelas ICT untuk mendapatkan kemahiran ICT daripada PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Asfira juga mengambil kesempatan dan peluang untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah nya. Adik Asfira juga sangat berminat untuk mengikuti pelbagai aktiviti STEM yang dijalankan di PEDi Kg Ranau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Adik Asfira hanya menjalankan aktiviti hariannya dirumah dan sekolah sahaja. Adik Asfira juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang advokasi klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. Di samping itu, Adik Asfira juga tidak tahu menggunakan asas Microsoft office word dan kurang mengetahui tentang penggunaan Microsoft office yang lain seperti powerpoint, excel dan publisher. Dari segi, pengetahuan tentang multimedia, Adik Asfira juga tidak mempunyai asas dalam penyuntingan imej dan pengeditan video.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Adik Asfira telah mengetahui tentang kepentingan internet dan komputer di dalam kehidupan masyarakat kini. Adik Asfira menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Asfira juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas PEDi Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Asfira juga telah berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian komputer yang lain. Di samping itu, Adik Asfira juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Selain daripada itu, Adik Asfira juga menggunakan PEDi Kg Ranau sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan mencari bahan rujukan mengenai pembelajaran beliau.

CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Nor Azean Asyurah Binti Asdie

 Umur        :  13 Tahun

 Ahli           :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Nur Azean berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu yang berumur 13 tahun, merupakan pelajar sekolah menengah kota marudu. Adik Nur Azean juga adalah seorang pelajar tingkatan 1 di SMK Kota Marudu dan telahpun menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2018. Adik Nur Azean juga sangat berminat dengan kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Adik Nur Azean juga rajin mengikuti kelas ICT seperti microsoft word, power point dan excel bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Nur Azean juga mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Adik Nur Azean hanya mengetahui sedikit asas tentang microsoft office word, power point dan excel. Dari segi pengetahuan tentang multimedia, Adik Nur Azean juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian aplikasi canva. Adik Nur Azean juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Adik Nur Azean kini menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer dan internet pada masa kini. Adik Nur Azean juga menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Nur Azean juga turut mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB bersama petugas PEDi Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Nur Azean telah berjaya menguasai asas microsoft office word, power point dan excel. Di samping itu, Adik Nur Azean juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau serta menggunakan PEDi sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.

Nama         :  Muhammad Fariz Afzan Bin Gerald

 Umur         :  10 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Fariz Afzan merupakan seorang pelajar Tahun 4. Adik Fariz berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan tinggal berdekatan dengan PEDi Kg Ranau. Adik Fariz juga telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2019. Beliau juga sangat tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Selain itu, adik Fariz juga rajin mengikuti kelas ICT untuk mendapatkan kemahiran ICT daripada PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat kerja sekolah. Adik Fariz juga turut mengambil kesempatan dan peluang untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengiktui e-tuisyen PEDi untuk menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi Kg Ranau, Adik Fariz kurang pendedahan dengan ilmu pengetahuan Komputer serta kurang mengetahui tentang Program yang diadakan di PEDi seperti advokasi klik dengan bijak. Adik Fariz hanya menjalankan aktiviti sekolah dan bermain bersama rakan-rakannya pada waktu Lapang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penglibatan di PEDi Kg Ranau, Adik Fariz kini telah mengetahui betapa pentingnya ilmu ICT kepadanya serta pentingnya kesedaran Komputer pada masa kini. Sepanjang adik Fariz mengikuti kelas ICT, beliau telah mempelajari tentang Komputer serta fungsi dan penggunaannya . Adik Fariz juga telah mempelajari asas dalam Microsoft Office serta menyertai kelas KDB sebagai ilmu kepenggunaan dan tanggunjawaban apabila melayari internet di dalam dunia maya.

 Nama         :  Nuriza Binti Simin

 Umur         :  37 Tahun

 Ahli            :  2023

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Nuriza Binti Simin menjalankan perniagaan makanan iaitu menjual kuih muih tradisional, membuat kek dan dessert. Sellain daripada itu, beliau membuat perkhidmatan catering makanan serta penyediaan makanan ke vendor/kiosk sekolah. Mula berniaga pada tahun 2016 kerana ingin membantu suami dan menjana pendapatan dari rumah. Beliau seorang suri rumah dan ibu kepada empat orang anak sangat aktif menjalankan perniagaan secara atas talian melalui hebahan media sosial seperti Facebook dan Kini Shopee ( Masih dalam proses pembelajaran di PEDi Kg Ranau dan dibawah bimbingan petugas). Selain itu, Puan Nuriza juga menjalankan perniagaan secara offline dengan menjual makanan seperti kuih-muih dan kek di Pasar Tamu hujung minggu. Disamping menjalankan perniagaan makanan kuih muih dan kek ini, Puan Nuriza juga membuka perkhidmatan catering kuih-muih bagi pelanggan yang membuat tempahan khas untuk majlis-majlis besar, kenduri dan sebagainya. Tempahan kuih-muih beliau juga sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pelbagai pelanggan. Puan Nuriza amat tertarik dengan tawaran dan bimbingan daripada Rakan Digital dan petugas Pedi Kg ranau dalam membantu meningkatkan pendapatan perniagaan beliau secara digital. Bersama-sama dengan PEDi, beliau ingin meningkatkan penjanaan pendapatan secara digital dan menambah ilmu keusahawanan serta berkongsi Ilmu keusahawanan beliau kepada golongan wanita dan suri rumah melalui kelas masakan yang dianjurkan bersama-sama PEDi Kg Ranau sekaligus dapat meningkatkan ilmu ICT beliau seterusnya meluaskan perniagaan agar dikenali diseluruh tempat terutama di atas platform E-dagang. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan secara tradisional seperti menjual ke tamu-tamu dan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap beliau serta menyediakan makanan ke kiosk sekolah /vendor kedai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui penglibatan PEDi, kini perniagaan beliau mula mencuba perniagaan lain diatas platform e-dagang seperti shopee dan juga Tiktok. Puan Nuriza masih dibawah bimbingan Petugas Pedi Kg Ranau dalam memastikan peningkatan pendapatan sebanyak 30% dapat dicapai setiap bulan. Perniagaan Puan Nuriza mula mendapat perhatian dan dikenali melalui aktiviti promosi yang sering dijalankan oleh Pedi Kg Ranau seperti Kelas Masakan yang dijalankan hasil kerjasama bersama PEDi Kg Ranau. 

Gambar disini

CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Muhammad Haziq Aniq Bin Asdie

 Umur        :  17 Tahun

 Ahli           :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Muhammad Haziq berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu. Beliau berumur 17 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah kota marudu. Adik Haziq juga adalah seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Kota Marudu dan telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2018. Adik Haziq juga sangat tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Beliau rajin mengikuti kelas ICT untuk mendapatkan kemahiran ICT daripada PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Haziq juga mengambil kesempatan dan peluang untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah nya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Adik Haziq hanya menjalankan aktiviti hariannya dirumah dan sekolah. Adik Haziq juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada.Di samping itu, Adik Haziq juga tidak tahu menggunakan asas Microsoft office word dan kurang mengetahui tentang penggunaan Microsoft office yang lain seperti powerpoint, excel dan publisher. Dari segi, pengetahuan tentang multimedia, Adik Haziq juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian adobe.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Adik Haziq telah mengetahui tentang kepentingan internet dan komputer di dalam kehidupan masyarakat kini. Adik Haziq menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Haziq juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas PEDi Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Haziq telah berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian komputer yang lain. Di samping itu, Adik Haziq juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Selain daripada itu, Adik Haziq juga menggunakan PEDi Kg Ranau sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.