Nama         :  Muhammad Hasriq Bin Asdie

 Umur         :  12 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Muhammad Hasriq merupakan seorang pelajar sekolah di peringkat rendah. Adik Hasriq bersekolah di Sk Ranau Kota Marudu yang mana dekat dengan Pusat Internet Kampung Ranau. Adik Hasriq telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet pada tahun 2018 kerana ingin mengetahui tentang ICT yang ditawarkan serta untuk mendapatkan perkhidmatan Komputer dan internet yang disediakan. Adik Hasriq sentiasa berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas ICT dan juga aktiviti-aktiviti yang menarik yang dijalankan di Pusat Internet. Adik Hasriq juga mengambil kesempatan dan peluang tersebut untuk menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Adik Hasriq hanya menjalankan aktiviti hariannya di rumah dan sekolah. Adik Hasriq juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Adik Hasriq telah mengetahui tentang kepentingan internet dan Komputer didalam kehidupan masyarakat kini. Adik Hasriq juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas Pusat Internet Kampung Ranau. Selain daripada itu, Adik Hasriq telah  Berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian computer yang lain. Disamping itu juga, adik Hasriq sering memberi kerjasama dalam setiap Program PI yang dijalankan dan kini beliau telah mahir tentang penggunaan komputer dan juga merupakan seorang peserta pertandingan Poster Pusat Internet 2020.

 

 Nama         :  Mohd Ardhani Bin Mohd Zaini

 Umur         :  26 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Ardhani menjalankan perniagaan perkhidmatan Design dan Printing. Selain daripada itu juga beliau menjalankan perniagaan sampingan lain iaitu menjual makanan basah seperti Produk sambal Garing. Beliau berusia 26 Tahun dan merupakan bekas peserta Usahawan TUBE 7.0 (Sabah). Beliau sangat berminat dengan bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai peniaga goreng pisang jalanan dan mula menceburi bidang pencetakan sebagai agent/dropship terlebih dahulu kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Hasil daripada usaha keras beliau mendapatkan dana atau modal dan juga penglibatan didalam Program TUBE sabah, Beliau kini telahpun mempunyai satu perniagaan sendiri yang sedang maju iaitu perniagaan perkhidmatan design & printing yang semakin dikenali ramai. Pusat Internet menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.

Sebelum penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara. 

Selepas penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, kini perniagaan beliau semakin dikenali melalui aktiviti pameran semasa program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet di area sekitar PI dan tempahan sticker semakin meningkat melalui hebahan pameran kepada komuniti setempat  dan juga bantuan promosi daripada petugas Pusat Internet. 

 

 Nama         :  Norlaila Binti Naruddin

 Umur         :  21 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Cik Norlaila berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan merupakan lepasan pelajar STPM. Hasrat beliau untuk menceburi bidang perniagaan amat tinggi dan ingin mempertingkatkan kemahiran diri dari pelbagai jenis kemahiran terutama dalam bidang pemasaran dan juga ICT. Oleh  yang demikian, beliau mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau Sabah pada tahun 2018 untuk mengikuti program-program dan juga kelas ICT dan keusahawanan yang dianjurkan secara percuma oleh Pusat Internet Kg Ranau. Disamping menjalankan perniagaan secara online ini, beliau turut mencari pengalaman kerja bagi mendapatkan wang atau pendapatan lebih. Dan kini beliau sedang berkerja di Restoran Pizza Hut sambil menjalankan perniagaan emasnya secara online sewaktu masa lapang. Cik Norlaila juga giat aktif dan turut memberi kerjasama dengan setiap anjuran program atau aktiviti di Pusat Internet. Sepanjang PKP dilaksanakan, Cik Norlaila turut mendapat bantuan dan bimbingan pemasaran daripada petugas melalui talian whatsapp dan aktif menjalankan perniagaan emasnya secara online melalui media sosial dan platform whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Cik Norlaila hanya menceburi diri didalam penglibatan aktiviti kelab Belia Kampung sahaja tanpa mengikuti sebarang latihan keusahawanan dari mana-mana pihak. Dan pada ketika itu, beliau belum terfikir untuk menceburi diri dalam perniagaan secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Cik Norlaila kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan Online Emas beliau. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan. kini perniagaan beliau lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya serta didalam aplikasi whatsapp untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan. 

 

 Nama         :  Mohammad Andrian Bin Johnny

 Umur         :  11 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Mohammad Andrian merupakan seorang pelajar sekolah di peringkat rendah. Adik Andrian bersekolah di Sk Ranau Kota Marudu yang mana dekat dengan Pusat Internet Kampung Ranau. Adik Andrian telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet pada tahun 2018 kerana tertarik dengan aktiviti dan kelas yang ditawarkan di Pusat Internet Kg Ranau selain daripada mendapatkan perkhidmatan komputer yang diberi secara percuma sebagai ahli. Adik Andrian juga sentiasa berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet. Adik Andrian turut mengambil kesempatan dan peluang tersebut untuk menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. Sepanjang PKP dilaksanakan bagi mencegah penularan pandemik covid-19, adik Andrian ke Pusat Internet dengan mematuhi SOP yang diarahkan iaitu memakai penutup hidung dan mulut serta beliau menjaga jarak dan kebersihan diri. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Adik Andrian hanya menjalankan aktiviti hariannya di rumah dan sekolah. Adik Andrian juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Adik Andrian telah mengetahui tentang kepentingan internet dan Komputer didalam kehidupan masyarakat kini. Adik Andrian juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas Pusat Internet Kampung Ranau. Selain daripada itu, Adik Andrian telah  berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian computer yang lain

 Nama         :  Mohd Faezalafiq Bin Abdul Razali

 Umur         :  12 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Mohd Faezalafiq merupakan seorang pelajar sekolah di peringkat rendah. Adik Afiq bersekolah di Sk Ranau Kota Marudu yang mana dekat dengan Pusat Internet Kampung Ranau. Oleh yang demikian, adik Afiq telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet kerana ingin mengetahui tentang ICT yang ditawarkan serta untuk mendapatkan perkhidmatan Komputer dan internet yand disediakan. Adik Afiq sentiasa berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas ICT dan juga aktiviti-aktiviti yang menarik yang dijalankan di Pusat Internet. Adik Afiq juga mengambil kesempatan dan peluang tersebut untuk menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Adik Afiq hanya menjalankan aktiviti hariannya di rumah dan sekolah. Adik Afiq juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi computer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Adik Afiq telah mengetahui tentang kepentingan internet dan Komputer didalam kehidupan masyarakat kini. Adik Afiq juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas Pusat Internet Kampung Ranau. Selain daripada itu, Adik Afiq telah  Berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian computer yang lain. Disamping itu juga, adik Afiq akan menggunakan laman web e-pembelajaran secara online untuk menambah ilmu dan sebagai latihan beliau menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2020 ini.