Nama         :  Hedrawati Binti Rakman

 Umur         :  34 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Hedrawati Binti Rakman merupakan seorang Pekerja Supermarket di Milimewah Kota Marudu dan menetap di Kampung Ranau. Beliau sudah berumah tangga dan berumur 34 tahun. Puan Hedrawati merupakan seorang wanita yang sangat aktif dalam bidang kerjaya. Oleh yang demikian beliau ingin meningkatkan kemahiran beliau terutama dalam bidang ICT dan mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau pada tahun 2019. Beliau menyatakan berminat untuk menyertai kelas kemahiran di PIK Kampung Ranau bagi mendapatkan kemahiran komputer dengan lebih mahir dan terlatih. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Komuniti Kg Ranau, Puan Hedrawati tidak mempunyai sijil kemahiran Komputer dari mana-mana Pusat IT. Kesedaran tentang pentingnya penggunaan Komputer dan kemahiran ICT pada masa kini agak kurang mahir. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau, Puan Hedrawati telah Berjaya menguasai asas kemahiran ICT iaitu Microsoft office word 2016, adobe photoshop cs6 (Asas) serta Perisian Komputer (Publisher). Beliau telah Berjaya mendapatkan Sijil Kemahiran Komputer untuk meningkatkan lagi prestasi dan pengetahuan pendidikannya dalam ICT untuk kelansungan kerja beliau. Puan Hedrawati turut mengetahui tentang kepentingan internet dan Komputer didalam kehidupan masyarakat kini. 

 

 Nama         :  Nurul Syuhada Binti Ismail

 Umur         :  29 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Cik Syuhada menjalankan perniagaan produk kesihatan( Shaklee) , bahan bacaan dan juga alat tulis. Cik Syuhada merupakan seorang Guru Sekolah KAFA di Kampung Langkun Kota Marudu dan berumur 29 tahun. Memulakan perniagaan pada tahun 2019 hanya dari rumah dan secara dalam talian (Whatsapp sahaja). Beliau Mula meminati bidang perniagaan kerana ingin menambahkan pendapatan selain kerja sebagai guru KAFA. Dan minat yang tinggi terhadap bahan pendidikan kanak-kanak memandangkan di Kota Marudu agak kurang untuk mendapatkan bahan buku pendidikan kanak-kanak yang tepat dan sesuai untuk digunakan mengikut peringkat umur. Oleh yang demikian, beliau ingin mengembangkan perniagaan buku dan bahan bantuan mengajar yang menarik serta mudah untuk para ibu mendapatkan bahan bantu mengajar di rumah. Beliau menyatakan bahawa menjalankan bisnes produk sampingan iaitu Produk Shaklee adalah sebagai tambahan pendapatan kewangan bagi meningkatkan taraf hidup. Cik Syuhada mula mendaftar diri sebagai ahli PIK pada tahun 2019 kerana tertarik dengan tawaran yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti. Beliau mula menyertai kelas-kelas dan juga aktiviti/program yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti bagi menambah ilmu dalam keusahawanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PIK, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan hanya dikenali oleh rakan-rakan dan sekitar Kota Marudu. Agak kurang menggunakan facebook untuk perniagaan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui penglibatan PIK, Cik Syuhada kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial dan Online platform web bisnes (Yezza & Shopee) untuk menarik pelanggan dan memperluaskan lagi perniagaan beliau. Dengan bimbingan dan bengkel keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari asas-asas mencipta akaun kedai online melalui yezza & shopee. Kini, Cik Syuhada sangat aktif membuat iklan perniagaan yang beliau jalankan melalui akaun facebook miliknya. 

 

 Nama         :  Keltinah Sinun

 Umur         :  31 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Keltinah Sinun berasal daripada Kampung Pekan Lama Kota Marudu dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Suami beliau yang kini bekerja di Sarawak dan mereka di karuniakan dengan 5 anak. Beliau yang kini sangat berminat dengan bidang usahawan dengan menceburi Usahawan Online Baru menjadi agent produk kecantikan milik syarikat Sheeqa Beauty Cosmetics. Puan Keltinah aktif dalam aktiviti pesekutuan AIM dan rajin mengikuti setiap aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Ranau. Beliau berhasrat untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga mereka dengan menjadi agen dropship bagi produk kecantikan ini, melihat dari peluang ini beliau ingin meningkatkan kemahiran dalam ICT dan penggunaan media sosial untuk mengembangkan bisnes yang beliau ikuti sekarang.  Sepanjang PKP dilaksanakan, Puan Keltinah turut mendapat bantuan dan bimbingan pemasaran daripada petugas melalui talian whatsapp dan aktif menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan dari Sheeqa Beauty Cosmetics secara online melalui media sosial Facebook dan platform whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Keltinah hanya menjalankan aktiviti harian sebagai suri rumah sepenuh masa sahaja tanpa mengikuti sebarang latihan keusahawanan dari mana-mana pihak. Dan pada ketika itu, beliau belum terfikir untuk menceburi diri dalam perniagaan secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Puan Keltinah kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan online produk kecantikan dari Sheeqa Beauty Cosmetics. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan  pemasaran untuk diiklankan kepada pelanggan. Kini perniagaan beliau lebih dikenali oleh orang ramai dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya serta didalam aplikasi whatsapp untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan. Melalui aktiviti usahawan yang beliau ceburi, kini beliau berjaya meraih pendapatan yang dapat membantu suami serta anak-anaknya.

 Nama         :  Ajman Bin Abu Bakar

 Umur         :  26 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Encik Ajman merupakan anak kelima dalam 6 orang adik beradik dan berasal dari Kampung Ranau Kota Marudu Sabah. Encik Ajman berusia 26 tahun. Ayah beliau merupakan seorang petani dan ibunya adalah seorang peniaga kecil-kecilan yang menjual kuih. Beliau hanya membantu ibubapanya setelah tamat persekolahan dan sehingga kini masih lagi belum mendapat pekerjaan. Oleh yang demikian, Encik Ajman mengambil kesempatan dan merebut peluang untuk menambah ilmu di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau dengan mengikuti kelas ICT secara konsisten dan mendaftarkan diri sebagai ahli pada tahun 2018. Beliau berhasrat dengan adanya kemahiran ICT daripada Pusat Internet Komuniti akan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau untuk persediaan kepada alam pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Komuniti Kg Ranau, Encik Ajman hanya menjalankan aktiviti harian di Kampung halaman ibunya di Kota Belud dengan menjalankan perniagaan kuih-muih milik ibunya dan sedang mencari pekerjaan yang sesuai. Sebelum adanya Pusat Internet Komuniti, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikuti mana-mana kelas ICT. Beliau hanya memfokuskan untuk mencari pengalaman pekerjaan diluar dan membantu orang tuanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu dengan mengikuti kelas ICT, Encik Ajman menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan beliau telah mengikuti kelas secara konsisten untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan belajar tentang asas Microsoft office dan juga belajar perisian media lain seperti Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain secara online dan offline. Disamping itu, menyedari akan perkhidmatan Pik Kg Ranau kepada komuniti setempat, Encik Ajman menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet Komuniti untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer bagi mencari pekerjaan secara talian melalui laman web SPA8 serta dapat bimbingan daripada petugas PIKdalam membuat Resume. Kini, Encik Ajman telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT. Di samping itu juga, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran beliau dalam bidang ICT untuk masa depan beliau dan sebagai ilmu untuk digunakan didalam alam pekerjaan kelak

 Nama         :  Grace Anak Talip

 Umur         :  19 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Grace merupakan pelajar yang sedang menuntut di Kolej Komuniti Beaufort sekarang.  Pada tahun 2019, sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM, Cik Grace telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau berhasrat dengan adanya kemahiran ICT daripada Pusat Internet dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau untuk persediaan kepada alam persekolahan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Cik Grace hanya menjalankan aktiviti hariannya membantu ibubapa membuat kerja-kerja rumah. Beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat, dengan adanya kemudahan Pusat Internet berhampiran dengan kampungnya, beliau menggunakan kemudahan komputer untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Cik Grace menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan terus mengikuti setiap kelas ICT dan usahawan yang dianjurkan oleh para petugas di pusat internet. Antara kelas ICT yang beliau telah pelajari seperti penggunaan komputer dengan betul dan asas Microsoft office dan juga media ICT melalui Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain. Beliau juga banyak membantu menjayakan aktiviti atau program di Pusat Internet Kg Ranau sebelum beliau menyambung pelajarannya. Disamping itu, Cik Grace menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer untuk mencari pekerjaan dan peluang persekolahan secara talian melalui laman web SPA8 serta dapat bimbingan daripada petugas PI dalam membuat Resume. Kini, Cik Grace telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT serta banyak membantu dalam pembelajarannya sekarang di Kolej Komuniti.