USAHAWAN CELIK IT
Nama : Mohd Haziq Bin Hassan Umur : 13 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Adik Mohd Haziq Bin Hassan merupakan seorang pelajar Tingkatan 1. Adik Mohd Haziq telah mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau sejak tahun 2019 dan layak mendapat Sijil ICT kerana adik Mohd Haziq konsisten mengikuti kelas ICT serta KDB yang dianjurkan di PIK Kampung Ranau sebelum Pandemik Covid19. Adik Mohd Haziq telah menjadi Ahli PIK pada tahun 2018 kerana berminat dengan tawaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Petugas PIK seperti penggunaan Komputer dan juga pertandingan Kuiz dan Sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau, Adik Mohd Haziq kurang pendedahan dengan ilmu pengetahuan Komputer serta kurang mengetahui tentang Program Klik Dengan Bijak. Adik Mohd Haziq hanya menjalankan aktiviti sekolah dan bermain bersama rakan-rakannya pada waktu Lapang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penglibatan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau, Adik Mohd Haziq kini telah mengetahui betapa pentingnya ilmu ICT kepadanya serta pentingnya kesedaran Komputer pada masa kini. Sepanjang adik Mohd Haziq mengikuti kelas ICT, beliau telah mempelajari tentang Komputer serta fungsi dan penggunaannya . Adik Mohd Haziq juga telah mempelajari asas dalam Microsoft Office serta menyertai kelas KDB sebagai ilmu kepenggunaan dan tanggunjawaban apabila melayari internet di dalam dunia maya.
USAHAWAN DIGITAL PIK
Nama : Mohd Ardhani Bin Mohd Zaini Umur : 27 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Encik Ardhani menjalankan perniagaan perkhidmatan Design dan Printing. Selain daripada itu juga beliau menjalankan perniagaan sampingan lain iaitu menjual makanan basah seperti Produk sambal Homemade. Beliau berusia 27 Tahun dan merupakan bekas peserta Usahawan TUBE 7.0 (Sabah). Beliau sangat berminat dengan bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai peniaga goreng pisang jalanan dan mula menceburi bidang pencetakan sebagai agent/dropship terlebih dahulu kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Hasil daripada usaha keras beliau mendapatkan dana atau modal dan juga penglibatan didalam Program TUBE sabah, Beliau kini telahpun mempunyai satu perniagaan sendiri yang sedang maju iaitu perniagaan perkhidmatan design & printing yang semakin dikenali ramai. Pusat Internet Komuniti kg Ranau menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penglibatan PIK, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui penglibatan PIK, kini perniagaan beliau semakin dikenali melalui aktiviti pameran semasa program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet di area sekitar PIK pada tahun 2018 dan 2019 dan tempahan sticker semakin meningkat melalui hebahan pameran kepada komuniti setempat dan juga bantuan promosi daripada petugas Pusat Internet Komuniti. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Pertandingan Usahawan Baru Online PIK pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, Encik Mohd Ardhani dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PIK dan merupakan salah seorang Peserta usahawan yang aktif bersama PIK Kg Ranau dalam pertandingan Usahawan Digital PIK dan juga Peserta usahawan Program Pembangunan E-Dagang Shopee Komuniti Sabah Anjuran MCMC Sabah bersama PIK Kg Ranau. Tidak dinafikan, PIK membantu dari segi peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 10% sepanjang Program Usahawan yang disertai oleh Encik Mohd Ardhani pada tahun 2021 walaupun didalam keadaan Pandemik beliau tetap bersemangat dan berusaha. Begitujuga dengan Petugas sentiasa memberi sokongan dan promosi hebahan kepada perniagaan beliau di Media Sosial.
USAHAWAN CELIK IT
Nama : Nurhalizah Binti Sipin Umur : 23 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Cik Nurhalizah merupakan seorang ahli Pusat Internet Komuniti Kampung Ranau. Mula mendaftar sebagai ahli pada tahun 2018 kerana berminat dengan tawaran kelas ICT serta kemudahan yang ada di PIK sebagai Ahli. Kini telah bekerja sebagai pekerja kedai Dobi di sekitar Kota Marudu. Cik Nurhalizah sentiasa mengikuti perkembangan PIK serta sentiasa memberi kerjasama dengan PIK dalam aktiviti atau program yang dijalankan. Cik Nurhalizah juga merupakan ahli Skuad PIK Kampung Ranau dalam membantu petugas dalam menyampaikan program kesedaran Klik Dengan Bijak dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau, Cik Nurhalizah hanya menjalankan aktiviti hariannya membantu ibubapa membuat kerja-kerja rumah dan mencari pekerjaan. Beliau hanya melibatkan diri dengan aktiviti kampung iaitu Persatuan Kelab Belia Kg Ranau. Cik Nurhalizah belum mempunyai kemahiran ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penglibatan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau,Cik Nurhalizah menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan terus mengikuti setiap kelas ICT dan usahawan yang dianjurkan oleh para petugas di pusat internet komuniti. Antara kelas ICT yang beliau telah pelajari seperti penggunaan komputer dengan betul dan asas Microsoft office dan juga media ICT melalui Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain. Beliau juga banyak membantu menjayakan aktiviti atau program di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau sebelum beliau mendapatkan pekerjaan. Disamping itu, Cik Nurhalizah menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet Komuniti untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer untuk mencari pekerjaan. Kini, Cik Nurhalizah telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT serta banyak membantu dalam alam pekerjaannya.
USAHAWAN DIGITAL PIK
Nama : Nurul Syuhada Binti Ismail Umur : 29 Tahun Ahli : 2019 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Cik Syuhada menjalankan perniagaan produk kesihatan( Shaklee) , bahan bacaan dan juga alat tulis. Cik Syuhada merupakan seorang Guru Sekolah KAFA di Kampung Langkun Kota Marudu dan berumur 29 tahun. Memulakan perniagaan pada tahun 2019 hanya dari rumah dan secara dalam talian (Whatsapp sahaja). Beliau Mula meminati bidang perniagaan kerana ingin menambahkan pendapatan selain kerja sebagai guru KAFA. Dan minat yang tinggi terhadap bahan pendidikan kanak-kanak memandangkan di Kota Marudu agak kurang untuk mendapatkan bahan buku pendidikan kanak-kanak yang tepat dan sesuai untuk digunakan mengikut peringkat umur. Oleh yang demikian, beliau ingin mengembangkan perniagaan buku dan bahan bantuan mengajar yang menarik serta mudah untuk para ibu mendapatkan bahan bantu mengajar di rumah. Beliau menyatakan bahawa menjalankan bisnes produk sampingan iaitu Produk Shaklee adalah sebagai tambahan pendapatan kewangan bagi meningkatkan taraf hidup. Cik Syuhada mula mendaftar diri sebagai ahli PIK pada tahun 2019 kerana tertarik dengan tawaran yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti. Beliau mula menyertai kelas-kelas dan juga aktiviti/program yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti bagi menambah ilmu dalam keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PIK, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan hanya dikenali oleh rakan-rakan dan sekitar Kota Marudu. Agak kurang menggunakan facebook untuk perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui penglibatan PIK, Cik Syuhada kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial dan Online platform web bisnes (Yezza & Shopee) untuk menarik pelanggan dan memperluaskan lagi perniagaan beliau. Dengan bimbingan dan bengkel keusahawanan yang beliau ikuti di PIK, beliau juga dapat mempelajari asas-asas mencipta akaun kedai online melalui yezza & shopee. Kini, Cik Syuhada sangat aktif membuat iklan perniagaan yang beliau jalankan melalui akaun facebook miliknya. Kini dengan penglibatan PIK, Cik Nurul Syuhada mendapat keuntungan sekurang-kurangnya sebanyak 10% dengan bantuan PIK melalui program yang dijalankan dan bimbingan promosi daripada petugas.
USAHAWAN ONLINE BARU
Nama : Nor Zainah Binti Mohd Zain Umur : 34 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Cik Nor Zainah menjalankan perniagaan Produk Kecantikan (Produk Nurraysa), Kesihatan dan Buku Pendidikan Kanak-Kanak Sebagai seorang Agent Dropship dan juga Stokis. Cik Nor Zainah merupakan seorang usahawan online baru Pusat Internet Komuniti Kampung Ranau dan beliau berusia 34 Tahun. Cik Nor Zainah telah memulakan perniagaan beliau pada tahun 2018 bermula dari rumah dan kini berniaga di atas talian. Cik Nor Zainah berminat dalam bidang niaga ini kerana ingin menambah pendapatan dan membantu ahli keluarga selain daripada bekerja sebagai seorang Guru KAFA di Kota Marudu. Berminat mendaftarkan diri sebagai ahli PIK pada tahun 2018 kerana tertarik dengan aktiviti dan program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau. Cik Nor Zainah telah mengikuti Pertandingan Usahawan Online Baru PIK 2020 dan merupakan salah seorang peserta pemenang pada tempat keempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penglibatan PIK, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui penglibatan PIK, kini Cik Nor Zainah aktif membuat jualan atas talian melalui media sosial iaitu platform whatsapp dan juga facebook beliau. Cik Nor Zainah juga kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial dan Online platform web bisnes (Yezza & Shopee) untuk menarik pelanggan dan memperluaskan lagi perniagaan beliau. Dengan bimbingan dan bengkel keusahawanan yang beliau ikuti di PIK, beliau juga dapat mempelajari asas-asas mencipta akaun kedai online melalui yezza & shopee.