Tarikh : 16 Mei 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM membina model kenderaan adalah satu aktiviti pendidikan yang melibatkan aspek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik untuk merancang, mereka bentuk, dan membina model kenderaan. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan para pelajar pengalaman hands-on dalam menerapkan konsep-konsep STEM dengan cara yang praktikal dan menyeronokkan.
Aktiviti
Petugas memberikan model kenderaan yang akan dibina dan tujuan utamanya iaitu bentuk model kenderaan itu. Seterusnya, pelajar boleh memulakan dengan brainstorming idea dan membuat sketsa reka bentuk awal kenderaan mereka. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan para pelajar mengikut arahan yang telah diberikan dan memantau pelajar sehingga mereka dapat menyiapkan model kenderaan masing-masing.
Tarikh : 16 Mei 2024 Masa : 10.00Am - 11.30Am Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk mengajar para usahawan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memulakan dan mengurus perniagaan dalam bidang penyuntingan. Selain itu, bidang penyuntingan ini boleh merangkumi penyuntingan teks, video, audio, gambar atau media lain. Latihan ini biasanya melibatkan dua komponen utama iaitu, kemahiran teknikal dalam penyuntingan dan kemahiran keusahawanan untuk menjalankan perniagaan yang berjaya.
Aktiviti
Para usahawan yang hadir mengikuti latihan ini diberikan penerangan yang akan digunakan untuk teknik suntingan teks dan gambar. Seterusnya, petugas turut berkongsi tips yang menarik untuk memudahkan mereka dalam proses penyuntingan gambar produk dan pemasaran produk yang memerlukan teks yang menarik perhatian para pelanggan. Tambahan pula, para usahawan sangat berminat dengan latihan keusahawanan ini kerena ianya penting untuk perkembangan perniagaan mereka di masa akan datang.
Tarikh : 11 Mei 2024 Masa : 9.30Am - 10.30Am Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan untuk memberi kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji minda para pelajar, melatih kesabaran dan tahap fokus mereka dalam menyelesaikan tugasan. Tambahan pula, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan boleh meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap pembelajaran pencarian kata-kata.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan laman web https://thewordsearch.com/ dan pelajar perlu mengakses laman web tersebut. Seterusnya para pelajar akan diberikan satu tema untuk memulakan pencarian suku kata yang diperlukan. Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk terus aktif dalam aktiviti yang diadakan di NADI Kg Ranau. Tambahan pula, perkhidmatan komputer dan internet yang terdapat di NADI juga dapat digunakan dengan betul oleh komuniti setempat.
Tarikh : 12 Mei 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Excel bersama ahli NADI Kg Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan dengan perisian ini. Selain itu, objektif kelas ini adalah untuk memperkenalkan tentang komponen yang terdapat dalam ms excel yang digunakan untuk membentuk satu data yang mudah bagi simpanan setiap individu yang menggunakannya. Oleh itu, para peserta digalakkan untuk terus mengikuti kelas-kelas ict yang diadakan di NADI bagi membantu mereka untuk lebih mengenali tentang perisian microsoft word, power point dan excel.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam ms excel. Petugas juga telah menyediakan nota dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam ms excel. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT dengan adanya kelas seperti ini.
Tarikh : 10 Mei 2024 Masa : 3.00Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM yang melibatkan topeng DIY boleh menjadi cara yang menarik dan interaktif untuk mengajar konsep-konsep asas dalam bidang ini. Selain itu, aktiviti ini dapat menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam satu aktiviti kreatif yang menarik.
Aktiviti
Petugas telah menyediakan bahan-bahan untuk membuat topeng diy. Para pelajar juga ditugaskan untuk mengikuti arahan yang telah diberikan oleh petugas iaitu membuat topeng dengan menggunakan template yang telah disediakan. Seterusnya, warna dan hias topeng mengikut kreativiti masing-masing dan petugas akan menilai kreativiti mereka dalam mendekorasi topeng tersebut. Di samping itu, para pelajar dapat belajar untuk mengatasi cabaran yang timbul semasa pembuatan topeng.