Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian para pelajar untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda mereka. Selain itu, aktiviti mewarna secara atas talian ini dapat mengasah bakat para pelajar dalam menggunakan ICT serta meningkatkan potensi kreativiti dalam kombinasi mewarna yang digunakan. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan laman web https://www.supercoloring.com/coloring-pages/countries-cultures/flags-of-the-world. Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai cara menggunakan laman web tersebut. Kemudian para pelajar diberikan masa bagi menyiapkan tugasan mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah diberikan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program JIWA ini merupakan salah satu program tahunan Jabatan Penerangan Kota Marudu dan telah bekerjasama dengan NADI Kg Ranau. Pelbagai agensi yang juga turut terlibat dalam menjayakan program ini seperti peladang, perkeso dan sabah elektrik. Selain itu, Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan lagi NADI kepada para komuniti dan menyampaikan taklimat mengenai advokasi kdb agar dapat diambil tahu oleh setiap komuniti yang ada di sebuah perkampungan.

Aktiviti

Kluster NADI Kota Marudu yang hadir sebagai jemputan telah memberikan taklimat ringkas kepada komuniti tentang pengenalan NADI iaitu sebagai pusat sebaran maklumat nasional yang boleh dijadikan rujukan buat komuniti untuk terus mendapatkan maklumat penting. Seterusnya, advokasi KDB juga turut disampaikan oleh petugas NADI yang membawakan topik mengenai waspada berita palsu yang semakin menjadi trend pada masa kini. Oleh itu, komuniti kini boleh sentiasa mengikuti perkembangan tentang maklumat terkini untuk menjadi celik IT dunia digital.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menguji tahap kemampuan para belia dalam menggunakan komputer bagi aktiviti menaip. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan kemahiran menaip secara berterusan kepada para belia dengan menggunakan laman web https://www.typingpal.com. Oleh itu, hasil daripada aktiviti ini dapat membantu belia pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat dan potensi para belia sekaligus dapat memupuk rasa cinta akan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.

Aktiviti

Para belia diberikan tugasan untuk menyiapkan teks yang telah disediakan oleh petugas dengan menggunakan laman web tersebut. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, para belia dapat mengetahui tahap ketangkasan mereka dalam aktiviti menaip serta mengembangkan lagi ilmu perkomputeran dalam bidang ICT.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Cik Amira yang merupakan pelajar lepasan STPM mendapatkan bimbingan dari petugas NADI Kg Ranau untuk menghasilkan resume yang ringkas dan padat. Selain itu, aktiviti ini boleh memberikan pendedahan kepada para belia mengenai penghasilan resume yang boleh dibuat oleh mereka dengan mengikuti kelas ict yang diadakan di NADI Kg Ranau.

Aktiviti

Teknik membuat resume ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas NADI Kg Ranau mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Kemudian, mereka akan melengkapkan maklumat peribadi dan semua maklumat penting untuk menyiapkan satu resume yang lengkap.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu para belia dalam proses pemasaran produk yang memerlukan kelas keusahawanan seperti suntingan imej produk serta suntingan video editng. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para belia. Latihan keusahawanan ini merupakan satu usaha untuk membantu para belia menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan.

Aktiviti

Rakan digital telah memberikan penerangan mengenai teknik pemasaran digital yang betul kepada para belia yang berminat untuk memulakan perniagaan mereka. Seterusnya, para belia dapat mengambil langkah-langkah yang penting dalam pemasaran untuk perniagaan mereka dalam proses permulaan satu produk yang diasaskan. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memberikan bimbingan secara praktikal kepada para belia yang merupakan ahli NADI Kg Ranau.

Gambar Disini