Tarikh : 10 Mei 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas asas penjagaan komputer ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas dalam menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para pelajar. Selain itu, para pelajar dapat mengenal pasti langkah-langkah untuk menjaga komputer dengan baik seperti pengurusan kabel, penggunaan yang stabil dan selamat serta perisian keselamatan yang sangat penting untuk mereka ketahui. Oleh itu, kelas ini juga boleh membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang komponen-komponen yang terdapat dalam komputer.
Para peserta diberikan penerangan tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal oleh petugas. Selain itu, petugas juga diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai penjagaan komputer yang betul. Tambahan pula, petugas juga turut menjelaskan tentang perisian keselamatan komputer yang perlu mereka tahu agar komputer bebas dari segala virus yang boleh merosakkan sistem komputer. Dengan mengikuti kelas asas penjagaan komputer ini, pengguna dapat memastikan komputer mereka berfungsi dengan baik, lebih tahan lama dan selamat daripada pelbagai ancaman serta kerosakan fizikal dan perisian.
Tarikh : 09 Mei 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada para pelajar untuk mengenali anggota tubuh badan dengan betul. Selain itu, e-learning juga membolehkan pelajar mengawal pengalaman pembelajaran mereka sendiri. Mereka juga boleh mengambil kuiz untuk menguji pemahaman mereka dengan lebih jelas.
Aktiviti
Para pelajar dapat mengisi masa lapang untuk mengikuti e-learning ICT di NADI Kg Ranau dengan bantuan petugas. Seterusnya, petugas memberikan penerangan mengenai pengenalan anggota badan yang perlu mereka ketahui. Para pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT dengan menggunakan peralatan komputer untuk mengakses bahan-bahan rujukan yang diperlukan. Oleh itu, banyak manfaat yang dapat diperolehi dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan di NADI Kg Ranau.
Tarikh : 09 Mei 2024 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan dalam asas pemasaran digital dapat membantu para usahawan untuk mempromosikan produk, perkhidmatan, atau jenama menggunakan platform dan teknologi digital. Selain itu, teknik pemasaran ini juga menggunakan pelbagai alat dan kaedah dalam persekitaran digital untuk mencapai matlamat pemasaran tertentu. Oleh itu, para peserta akan dibimbing untuk memastikan mereka dapat menguasai asas pemasaran digital untuk perniagaan mereka.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan sesi pengenalan NADI dan peranan Rakan Digital kepada para usahawan sekitar Kota Marudu yang terlibat. Seterusnya, rakan digital NADI juga telah memberikan penjelasan mengenai asas pemasaran digital yang akan digunakan oleh para usahawan khususnya platform yang sesuai bagi mereka. Tambahan pula, perniagaan atas talian atau lebih dikenali jualan melalui shopee, tiktok dan lazada kini semakin menjadi kebiasaan buat para pelanggan.
Tarikh : 09 Mei 2024 Masa : 11.00Am - 12.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Kelas asas fotografi ini diadakan di NADI Kg Ranau untuk memberikan bimbingan kepada para usahawan yang ingin mempromosikan produk mereka. Selain itu, para peserta dapat menggunakan kemahiran fotografi tersendiri untuk produk yang mereka promosikan dengan mengambil gambar produk mengikut kreativiti masing-masing. Para usahawan haruslah mengetahui asas dalam fotografi yang akan dipelajari dalam kelas ini.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memulakan dengan sesi pengenalan tentang asas fotografi yang perlu mereka ketahui. Seterusnya, petugas menerangkan teknik-teknik fotografi dan sudut layar putih yang akan mereka gunakan. Para usahawan juga akan diberikan masa untuk praktikal iaitu mencuba untuk menangkap gambar produk masing-masing. Oleh itu, usahawan yang mengikuti kelas ini dapat meningkatkan lagi kemahiran fotografi mereka untuk memastikan produk mereka dapat dipromosikan dengan gambar-gambar yang menarik perhatian para pelanggan.
Tarikh : 08 Mei 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM (Telefon Cawan) merupakan satu eksperimen sains yang melibatkan penggunaan gelas atau cawan plastik sebagai alat untuk menghantar bunyi melalui gelombang bunyi. Selain itu, para peserta juga sangat berminat mengikuti kelas aktiviti stem yang diadakan di NADI Kg Ranau untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang stem iaitu sains dan teknologi.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan yang digunakan seperti dua gelas cawan plastik yang bersih dan seutas tali. Seterusnya, para pelajar akan mengikat satu hujung tali pada hujung luar cawan pertama hingga cawan yang kedua. Dalam pada itu, para pelajar dapat mempelajari tentang konsep asas sains dan teknologi seperti penghantaran bunyi, gelombang bunyi dan prinsip asas komunikasi.