Tujuan

Aktiviti ini bertujuan bagi membantu para peserta mendaftar bank secara atas talian untuk memudahkan urusan kewangan mereka. Selain daripada itu, para peserta juga dapat mengetahui cara bagaimana untuk menggunakan bank atas talian dan boleh mempelajari untuk meningkatkan lagi perkhidmatan perniagaan mereka. Oleh itu, para peserta dapat menjimatkan masa dengan hanya memuat turun aplikasi bank mereka dan mendaftar mengikut arahan yang telah diberikan.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada usahawan yang baru membuka perbankan atas talian. Seterusnya, usahawan juga telah mempelajari cara untuk melog masuk akaun bank dan cara untuk menyemak baki dalam akaun serta cara melakukan transaksi wang secara atas talian. Di samping itu, usahawan juga dapat mempelajari cara untuk mengeluarkan salinan penyata bank dari e-statement bank masing-masing.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Ms Word yang diadakan di NADI Kg Ranau membincangkan tentang bagaimana untuk menghasilkan jadual dengan hanya menggunakan ms word. Selain itu, kelas ini dapat membantu para pelajar dalam menghasilkan jadual seperti jadual kelal, jadual solat dan jadual aktiviti harian mereka. Di samping itu, para pelajar dapat memupuk semangat untuk terus mempelajari bidang ICT dengan lebih luas bersama NADI Kg Ranau. 

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai ms word yang mempunyai banyak fungsi dalam pembelajaran ICT. Seterusnya, mereka juga perlu menghasilkan jadual dengan menggunakan ms word yang mudah untuk difahami. Para pelajar yang mengikuti kelas ini turut mengambil peluang dalam menyiapkan jadual harian mereka untuk rujukan dirumah.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas multimedia editing poster ini diadakan di NADI Kg Ranau dengan menggunakan applikasi canva secara percuma. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberikan asas pengenalan suntingan poster kepada para pelajar yang akan digunakan untuk menghasilkan satu poster yang menarik. Di samping itu, para pelajar juga dapat menguasai kemahiran ICT yang penting untuk mereka kuasai pada masa kini.

Aktiviti

Para pelajar diberikan arahan untuk membuat poster Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan canva. Hal ini demikian, pelajar dapat meningkatkan penggunaan komputer mereka dan menghasilkan poster-poster yang lebih menarik dan kreatif.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

E-Learning ICT ini dijalankan untuk memberi penekanan tentang pentingnya pengurusan masa dan bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Selain itu, para pelajar juga dapat mengatur aktiviti harian mereka dengan lebih baik untuk memastikan masa mereka dapat digunakan dengan betul dan teratur. Tambahan pula, para pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk melihat jam dengan betul.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada jam dan minit yang perlu dikuasai oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk mengatur jadual harian mereka dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/pengurusan-masa. Aktiviti ini menjadi tarikan kepada para pelajar untuk terus melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang ada di NADI Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kemahiran pembelajaran secara digital. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menguji minda para pelajar serta melatih kesabaran dan ketabahan dalam menyelesaikan tugasan seperti mencari perkataan yang tersembunyi. Tambahan pula, aktiviti ini boleh menyampaikan betapa pentingnya ilmu internet pada masa kini.

Aktiviti

Para pelajar diberikan laman web untuk mengikuti aktiviti e-learning word search di https://thewordsearch.com. Seterusnya, para pelajar akan diberikan satu tema bagi memudahkan mereka mencari perkataan tersembunyi yang perlu diselesaikan. Aktiviti ini juga dapat menarik minat para pelajar untuk terus terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di NADI Kg Ranau.

Gambar Disini