Tujuan

Kelas ICT Ms Word ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer serta meningkatkan kemahiran dalam menaip dengan cara yang betul. Para pelajar juga dapat mempelajari cara untuk menggunakan papan kekunci untuk menaip surat kiriman rasmi dan mengenali setiap komponen yang terdapat dalam ms word. Oleh itu, aktiviti ini juga dapat menyampaikan tentang betapa pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.

Aktiviti

Petugas memulakan dengan sesi penerangan mengenai kepentingan latihan asas menaip dan penerangan mengenai surat kiriman rasmi kepada para pelajar. Seterusnya, para pelajar mengikuti arahan yang diberikan tentang bagaimana untuk membuat surat kiriman rasmi dan mengajar tentang cara-cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui ms word. Natijahnya, para pelajar dapat memahami cara penggunaan papan kekunci dan komputer dengan betul serta mengetahui semua komponen yang terdapat dalam ms word.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi KDB penipuan internet merujuk kepada usaha untuk meningkatkan kesedaran, memberikan perlindungan, dan menggalakkan tindakan pencegahan terhadap penipuan yang berlaku dalam persekitaran internet. Selain itu, para pelajar boleh menyediakan langkah untuk berjaga-jaga dalam melayari internet agar tidak mudah terpedaya dalam penipuan internet yang semakin berleluasa.

Aktiviti

Petugas memastikan para pelajar dapat memahami tentang advokasi klik dengan bijak yang dapat membantu mereka dalam penggunaan internet pada masa kini. Seterusnya, para pelajar juga dapat menambah pengetahuan am tentang dunia internet yang semakin canggih dengan teknologi moden.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti e-learning ICT ini merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan tatabahasa dalam bahasa. Selain itu, para pelajar dapat meningkatkan pembelajaran tentang ICT pada masa kini.

Aktiviti

Petugas NADI telah menyediakan satu platform pembelajaran dalam talian atau aplikasi khas yang dirancang untuk menyampaikan modul-modul pembelajaran berkaitan tatabahasa. Seterusnya, para pelajar akan mudah mengakses bahan-bahan yang digunakan untuk sesi pembelajaran secara e-learning.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Ms Power Point bersama para pelajar dijalankan untuk memberikan asas pengenalan kemahiran menggunakan ms power point 2024. Selain daripada itu, objektif kelas ini juga untuk memperkenalkan lagi kepada mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat dalam ms power point. Seterusnya, petugas juga akan memantau mereka untuk memastikan mereka dapat mengetahui cara bagi menghasilkan slide pembentangan yang menarik dan kemas. Oleh itu, para pelajar kini lebih celik IT dalam bidang ICT yang semakin canggih pada masa kini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti keusahawanan ini dijalankan di NADI Kg Ranau bagi membimbing usahawan yang baru dalam bidang perniagaan. Selain itu, rakan digital telah memberikan penerangan mengenai shopee affiliate yang sering digunakan bagi tujuan memasarkan produk para usahawan digital. Dalam hal ini, para usahawan kini dapat meningkatkan pendapatan jualan produk mereka ke platform media sosial yang lain.

Aktiviti

Usahawan diberikan sedikit penerangan mengenai cara penggunaan shopee affiliate dengan betul. Seterusnya, usahawan juga dapat membuka shopee affiliate dengan bantuan rakan digital Kg Ranau. Para usahawan juga dapat mempromosikan lagi jualan produk mereka secara atas talian dan meningkatkan pendapatan sampingan mereka.

Gambar Disini