Tujuan

Aktiviti ini diadakan untuk membantu para pelajar dalam teknik asas lukisan yang perlu ada dalam diri mereka. Selain itu, dapat membantu para pelajar dalam mengembangkan kemampuan visual seperti persepsi warna, komposisi, dan perspektif. Melalui kelas teknik asas lukisan ini, para pelajar dapat mengembangkan bakat yang terpendam dalam seni lukisan.

Aktiviti

Petugas menyediakan kertas A4 untuk para pelajar melakar lukisan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Seterusnya, para pelajar juga bebas memilih tema yang mereka inginkan untuk memudahkan mereka dalam mempelajari teknik asas lukisan. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari asas lukisan yang baik dan kreatif.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti soft skills ini bertujuan untuk membantu belia untuk mendapatkan resume yang ringkas dan pada bagi tujuan permohonan kerja. Selain itu, aktiviti ini boleh memberikan pendedahan mengenai penghasilan resume yang dihasilkan oleh mereka.

Aktiviti

Teknik membuat resume ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas NADI Kg Ranau mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, belia akan melengkapkan maklumat peribadi dan semua maklumat penting untuk menyiapkan satu resume yang lengkap. Tambahan pula, belia boleh menghasilkan resume tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT iaitu publisher ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar dalam membuat dan menyusun design seperti design alamat, nama dan kad ucapan. Selain itu, para peserta juga dapat menggunakan pelbagai jenis template yang ada di microsoft publisher.

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan memberikan penerangan tentang microsoft publisher serta fungsi yang perlu diketahui sebelum menghasilkan satu design yang kreatif. Seterusnya, para pelajar berminat untuk membuat alamat mereka dengan menggunakan template publisher. Tambahan pula, petugas juga sentiasa memberikan pendapat dalam menghasilkan design yang kreatif dan menarik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti STEM yang hanya menggunakan lego diy bertujuan untuk menarik perhatian para pelajar dalam pembelajaran yang interaktif dan lebih menyeronokkan. Selain itu, para pelajar juga dapat menjana minda dengan permainan lego yang memerlukan mereka untuk berfikir aras KBAT. Oleh itu, aktiviti sebegini dapat meningkatkan kemahiran berfikir para pelajar dengan lebih baik.

Aktiviti

Petugas telah menyediakan satu bentuk lego yang perlu disiapkan oleh para pelajar mengikut waktu yang telah ditetapkan. Seterusnya, para pelajar akan diberikan masa dalam menyiapkan lego dan memerlukan kemahiran berfikir KBAT dalam menyusun atur bentuk lego. Di samping itu, dapat meningkatkan tahap pemikiran yang kritis dan daya kreativiti mereka dalam penghasilan bentuk lego.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti STEM iaitu kipas origami ini diadakan di NADI Kg Ranau bersama pelajar sekolah rendah. Selain itu, aktiviti ini melibatkan teknik origami yang merupakan seni lipatan kertas perlu dikuasai oleh para pelajar. Dalam konteks STEM, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengintegrasikan konsep-konsep dan kejuruteraan dengan pembuatan objek praktikal seperti kipas.

Aktiviti

Petugas telah menyediakan bahan yang akan digunakan dalam menghasilkan kipas origami ini. Seterusnya, para pelajar perlu mempelajari teknik origami yang  diperlukan untuk tujuan lipatan kertas menjadi satu bentuk kipas yang betul. Di samping itu, penyesuaian dan pemilihan reka bentuk juga dapat mempengaruhi kesan kepada hasil kipas origami dengan corak lipatan atau mencipta variasi dalam reka bentuk kipas yang betul.

Gambar Disini