Tarikh : 19 Julai 2024 Masa : 2:30 Pm - 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dilakukan bertujuan Penekanan ilmu penyelesaian masalah dengan menggunakan aplikasi engineering.com dalam pendidikan hari ini dilihat penting dalam usaha memupuk minat dan menggalakkan pelajar-pelajar menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara lebih menyeluruh. Memupuk budaya yang menghargai STEM pada peringkat awal usia adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan STEM dalam masyarakat. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk melahirkan pelajar dengan literasi yang tinggi terhadap STEM yang mana ditentukan melalui keupayaan untuk mengenal pasti dan mengintegrasikan konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik untuk memahami masalah yang kompleks dan membuat inovasi untuk menyelesaikan masalah
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kepada pelajar kemudian para pelajar perlu mempelajari beberapa projek mini inovasi STEM yang terdapat dalam laman youtube. Seterusnya, mereka perlu menyelesaikan games dalam aplikasi stem engineering.com dengan mengunakan daya pemikiran dan fokus. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang baik dalam menjayakan projek STEM. Sepanjang kelas berlansung pelajar sangat memberi perhatian dan teliti dalam melakukan tugasan mereka.
Tarikh : 18 Julai 2024 Masa : 2:30 Pm - 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran IT kepada pelajar sekolah. Kelas ini membantu pelajar untuk mempelajari membuat cartoon AI. Selain itu, pelajar dapat mempelajari cara membuat animasi cartoon menggunakan AI. Seperti yang kita ketahui, Pendidikan AI disekolah turut diutamakan untuk membantu para guru dan juga pelajar.AI juga mempunyai kelebihan dalam menyediakan pengalaman interaktif dan menarik melalui realiti maya (VR) dan simulasi canggih. Hal ini dapat membantu pelajar memahami konsep yang kompleks dengan lebih mudah dan lebih jelas.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan di NADI Kg Ranau yang dibimbing oleh petugas. Peserta akan mempelajari cara-cara membuat cartoon AI dan animasi cartoon menggunakan AI. Pelajar dapat meningkatkan kemhiran IT mereka dengan mempelajari pelbagai aplikasi seperti AI.
Tarikh : 17 Julai 2024 Masa : 2:30 Pm - 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas Animasi Ms Powerpoint ini dibuat supaya para peserta mahir dan mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi-fungsi didalam microsoft power point. Para pelajar diajar cara memasukkan gambar dan memberi kesan (animasi) pergerakan keatas gambar dan teks yang digunakan. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas pembentangan dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas tentang fungsi-fungsi dan cara-cara menggunakan perisian Powerpoint. Peserta akan menggunakan Ms Powerpoint untuk menulis dan membuat slide mereka. Setelah selesai , mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja yang telah mereka buat. Melalui aktiviti ini, setiap peserta dapat meningkat kemahiran ICT mereka.
Tarikh : 18 Julai 2024 Masa : 3:00 Pm - 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk membantu peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan STPM dapat menyertai peluang kemahiran serta ilmu pengetahuan secara percuma untuk menghadapi sesi temuduga di alam pekerjaan. Berperanan membantu pelajar Lepasan STPM mendapatkan ilmu-ilmu asas didalam kemahiran-kemahiran insahniah. Melatih agar pelajar berpengetahuan luas dan Celik IT. Merapatkan NADI dengan ahli-ahli NADI diatas penganjuran aktiviti/latihan atas talian yang bermanfaat dan berkualiti. Bertujuan memenuhi keperluan kemahiran yang amat penting didalam kalangan masyarakat anak-anak muda terutamanya pelajar lepasan SPM/STPM atau Komuniti yang sedang mencari pekerjaan. Kelas atau latihan ini juga menjadikan NADI sebagai One-stop Center didalam komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan di NADI Kg Ranau yang dibimbing oleh petugas. Peserta akan mempelajari kemahiran temuduga dalam talian. Selain itu, Peserta juga akan diajar cara komunikasi dengan baik sepanjang menjawab soalan yang akan ditanyakan oleh penilai. Kelas ini sangat membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga meningkatkan kemahiran mendengar dengan baik.
Tarikh : 16 Julai 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 6 Peserta |
Tujuan
Kelas advokasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai ketagihan bermain permainan 'online' terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, bermain permainan 'online' juga mempunyai kebaikan dan keburukannya jika tidak dapat dikawal dengan baik semasa bermain permainan tersebut.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan mengenai permainan dalam talian sambil menonton youtube KDB 'Permainan dalam talian'. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan permainan 'online' untuk dibincangkan bersama petugas. Disamping itu, para pelajar diajar mengenai pengurusan masa yang betul dalam kehidupan seharian agar tidak membazirkan masa dengan bermain permaian komputer.