Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan untuk memperkasa para pelajar dengan kemahiran digital yang relevan. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan perisian penerbitan deskop seperti microsoft publisher. Ini termasuk memahami cara bentuk dan menghasilkan dokumen seperti risalah, brochure, poster dan bahan cetakan lain. Oleh itu, kelas ini dapat memperkenalkan pelajar kepada alat dan teknologi yang sering digunakan dalam industri.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai penggunaan microsoft publisher. Kemudian, para pelajar diajar cara untuk mencari, mengumpul dan menyusun maklumat sebelum menampilkan dalam bentuk penerbitan. Ini mengasah kemahiran penyelidikan dan penyampaian mereka. Tambahan pula, para pelajar tidak hanya memperoleh kemahiran teknikal tetapi juga nilai tambah dalam aspek kreatif, kolaboratif dan praktikal yang akan memberi manfaat dalam pelbagai bidang kehidupan dan kerjaya mereka di masa hadapan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini melibatkan penyelesaian masalah yang kompleks di mana memerlukan pelajar untuk berfikir secara kreatif dalam merancang dan membina sistem yang berfungsi untuk menggerakkan bola. Selain itu, para pelajar juga mengenali konsep-konsep asas dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Contohnya, mereka dapat memahami prinsip fizik seperti graviti, tenaga kinetik dan tenaga potensi.

Aktiviti

Para pelajar diarahkan untuk membuka laman web engineering.com untuk mengikuti aktiviti stem yang bertopik factory fall balls. Seterusnya, para pelajar diberikan masa untuk menyelesaikan masalah dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Dengan aktiviti "factory fall balls, pelajar bukan sahaja belajar tentang konsep STEM tetapi juga dapat membangunkan pelbagai kemahiran penting yang berguna dalam kehidupan seharian.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan bagi membantu para peserta mendaftarkan bank secara atas talian bagi memudahkan urusan perniagaan mereka. Selain daripada itu, usahawan juga dapat mengetahui cara untuk menggunakan bank atas talian dan dapat mempelajari bagaimana untuk meningkatkan perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan dapat menjimatkan masa dengan hanya memuat turun aplikasi bank mereka dan mudah untuk mendapatkan penyata akaun bank masing-masing.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada usahawan tentang perbankan internet yang perlu mereka ketahui. Seterusnya, usahawan juga diajarkan cara untuk menyemak baki dalam akaun semasa dan cara untuk melakukan transaksi wang atas talian. Disamping itu, usahawan juga dapat memastikan segala transaksi yang telah dibuat oleh mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan lagi para pelajar dan belia terus aktif dalam mengikuti kelas-kelas yang diadakan di NADI Kg Ranau. Selain itu, para peserta dapat mempelajari kemahiran menyunting poster secara atas talian dengan menggunakan aplikasi canva. 

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan kepada para peserta mengenai aplikasi canva yang memudahkan mereka untuk menghasilkan poster. Seterusnya, para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan poster yang menarik mengikuti hasil kreatif masing-masing. Melalui aktiviti ini, para pelajar akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan memupuk kreativiti dan inovasi para pelajar. Selain itu, aktiviti reka bentuk kapal terbang memerlukan pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran dan mencari penyelesaian yang efektif, mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Seterusnya, proses reka bentuk juga menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam mencari cara untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan kapal terbang.

Aktiviti

Para pelajar terlebih dahulu memastikan bentuk kapal terbang yang sesuai untuk dihasilkan. Kemudian, petugas akan memberikan kertas A4 untuk mereka menghasilkan bentuk kapal terbang mengikut saiz ukuran masing-masing. Di samping itu, pelajar bukan sahaja memperoleh pengetahuan teoritikal tetapi ia juga pengalaman praktikal yang berguna dalam pembangunan diri dan akademik mereka.

Gambar Disini