Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk pelajar yang dapat mengurus masa dengan baik dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik mereka dan seterusnya menyumbang kepada kepuasan dalam kehidupan mereka. Kemahiran ini amat diperlukan dalam diri seorang pelajar yang mempunyai banyak tugasan untuk dilaksanakan dalam tempoh masa yang terhad. Ia boleh dianggap sebagai kaedah sistematik dalam menentukan perkara yang perlu dilakukan mengikut keutamaan.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan cara-cara untuk mengurus masa kepada pelajar sekolah dengan menggunakan kelendar dalam talian. Seterusnya, petugas memberi kuiz berkaitan dengan pengurusan masa agar pelajar lebih memahami kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh petugas.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengembangkan daya fikiran dan kecerdasan otak pelajar dalam penyelesaian masalah dan meningkatkan kreativiti pelajar dalam mempelajari badan manusia dan tumbuh besaran manusia (sains). Petugas menggunakan laman web dan video sebagai media dalam pembelajaran tersebut.

Aktiviti

Petugas menerangkan maksud STEM iaitu singkatan kepada bidang Science, Technology, Engineering, Mathemathics. Petugas memberikan aktiviti yang berkaitan dengan STEM iaitu Human Body & Growth yang memerlukan kebolehan berfikiran aras tinggi untuk menghafal badan manusia dalam tahap-tahap tertentu. Aktiviti ini diharapkan agar dapat membuka minda para pelajar untuk berminat dalam bidang STEM dan meningkatkan kecerdasan otak mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar memperkasakan kemahiran mereka dalam mewarna. Selain itu, Aktiviti ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mereka untuk berfikir secara kreatif dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Aktiviti ini juga dapat menjadikan NADI sebagai salah satu tempat untuk meningkatkan kemahiran atau menjadikan NADI sebagai One stop center untuk menimbah ilmu dalam ICT dan E-Pembelajaran.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan dan pembahagian bahan-bahan mewarna kepada pelajar. Petugas memberikan tugasan mewarna secara offline untuk menguji tahap kreativiti pelajar tersebut. Sepanjang kelas ini berlansung, pelajar melakukan tugasan mereka dengan fokus dan gembira.

Gambar Disini

Kelas ini bertujuan untuk memastikan golongan pelajar mempelajari kebersihan diri terutamanya penjagaan gigi (soft skill). Kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan golongan agar lebih sihat dan ceria. Penjagaan kebersihan gigi amat penting bagi mencegah pelajar dari dijangkiti pelbagai penyakit. Pelajar harus diberi pendedahan dan pendidikan awal tentang soft skill (Penjagaan gigi)  yang memberi manfaat dalam diri mereka agar memberi imej yang berketrampilan tinggi dan melatih diri mereka untuk berdisiplin.

Aktiviti

Petugas menerangkan maksud soft skill dan sebab kenapa setiap orang memerlukan kemahiran soft skill. Petugas juga menjelaskan mengenai penjagaan gigi dan cara mengurus diri sendiri. Petugas juga memaparkan video contoh penjagaan gigi kepada pelajar. Diharapkan aktiviti ini dapat mencapai keseimbangan, keberkesanan, dan kepuasan dalam kehidupan mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

SK Langkon memberi peluang para usahawan dan juga Agensi untuk membuat pelbagai pameran dan menjemput Petugas NADI Kluster Kota Marudu untuk memperkenalkan objektif penubuhan NADI serta mempromosikan penggunaan NADI kepada komuniti setempat Sempena Menyambut perayaan Pesta Kamaatan di Sekolah Kebangsaan Langkon. Selain itu, adanya program seperti ini ianya dapat meningkatkan Ahli NADI sekaligus dapat menyebarkan manfaat kebaikan dan objektif utama penubuhan NADI kepada komuniti khususnya para usahawan serta pelajar yang ingin mneingkatkan kemahiran ICT, E-Pembelajaran, Aktiviti STEM dan E-dagang untuk usahawan dalam memperluaskan perniagaan mereka secara dalam talian seperti shopee dan tiktok. Petugas NADI telah memberi sedikit penerangan kepada komunti dan pelajar yang berkunjung di booth NADI untuk menjelaskan aktiviti yang dapat dilakukan dan perkhidmatan yang ada di setiap NADI di kawasan Kota Marudu. Seterusnya, tujuan petugas NADI untuk mengikuti pameran ini adalah untuk menjadikan NADI sebagai one-stop center kepada komuniti untuk membantu mereka mendapatkan rangkaian internet yang baik serta meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang ICT serta dapat membantu usahawan celik IT dan memperluaskan pasaran mereka dalam media sosial serta rangkaian seperti Shopee. 

Aktiviti

Petugas Kluster Kota Marudu membuat pameran untuk mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional kepada komuniti setempat dan kepada pelajar sekolah dimana para petugas menerangkan perkhidmatan serta objektif penubuhan NADI kepada komuniti dan pelajar. selain itu, Petugas juga memberi brochure kepada pengunjung-pengunjung yang ada di situ. Seterusnya, pelajar yang berkunjung di booth NADI berpeluang untuk bermain permainan berasaskan komputer seperti kuiz pembelajaran dan Advokasi dan aktiviti STEM iaitu puzzle book.

Gambar Disini