Tujuan

Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Kota Marudu menganjurkan Program Tayangan secara lansung sempena Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong 17 di NADI Kg Tandek Kota Marudu bersama dengan Kluster NADI dan komuniti setempat pada hari ini. Tayangan secara lansung ini dihadiri oleh Ybhg, Tn. Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) , Pejabat Daerah Kota Marudu, Kluster NADI Kota Marudu dan komunti setempat bertujuan mengumpulkan masyarakat pelbagai lapisan untuk turut serta dalam istiadat yang berlansung dalam lima tahun sekali.
 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan persiapan teknikal dari urusetia / pengurusan teknikal dan diikuti dengan kehadiran komuniti dan Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu. Sesi taklimat mempromosikan NADI turut dilaksanakan untuk membantu para komuniti untuk memahami objektif penubuhan NADI. Petugas NADI memberikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di NADI serta kelas-kelas usahawan dan Advokasi. Selain itu, NADI juga boleh dijadikan sebagai one stop center kepada komuniti untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang melibatkan penggunaan internet dan komputer. Setelah acara Tayangan secara lansung ini dilaksanakan, Edaran penerbitan turut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penerangan Kota Marudu.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini jalankan untuk membantu usahawan memasukkan produk jualan di tiktok dengan menggunakan website tiktok seller center. Selain itu, usahawan boleh mengemaskini kedai online mereka di tiktok dan sentiasa memastikan stok barangan yang dijual telah dikemaskini. Di samping itu, platform tiktok shop ini dapat meluaskan lagi perniagaan dan meningkatkan pelbagai jenis jualan usahawan dengan menggunakan akaun tiktok shop.

Aktiviti

Petugas yang membimbing usahawan NADI telah memberikan tunjuk ajar mengenai cara untuk memasukkan gambar produk yang ingin dijual. Gambar produk merupakan perkara paling penting bagi peniaga atas talian kerana pembeli akan membeli barang jualan peniaga melalui produk yang dimuat naik. Oleh itu, pemilihan gambar yang cantik dan platform yang baik sangat penting untuk menarik perhatian dan minat pelanggang. Affiliate marketing juga adalah satu sistem pemasaran menggunakan komisen. Usahawan hanya perlu mempromosikan produk dari pelbagai seller ataupun link produk daripada syarikat mahupun individu lain untuk menarik minat para pelanggan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini dijalankan di NADI Kg Ranau untuk membimbing usahawan yang baru dalam bidang perniagaan. Selain itu, rakan digital telah memberikan penerangan tentang shopee affiliate. Di samping itu, usahawan juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang perlu mereka pelajari untuk perniagaan mereka di masa akan datang.

Aktiviti

Rakan digital memberikan sedikit penerangan mengenai shopee affiliate kepada usahawan yang hadir ke NADI Kg Ranau. Seterusnya, usahawan juga dapat membuat shopee affiliate dengan bantuan rakan digital dan mula untuk memasarkan produk beliau. Tambahan pula, usahawan NADI lebih berminat untuk mengikuti latihan keusahawanan yang telah diadakan di NADI Kg Ranau untuk memudahkan mereka mendapat bimbingan terus.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer bertujuan untuk memperkenalkan tentang perisian dan komponen komputer kepada peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah. Selain itu, kelas ini dapat mendedahkan mengenai kepentingan penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar sekolah. Di samping itu, kelas ini boleh meningkatkan lagi kemahiran ICT para pelajar dengan mengetahui dengan lebih jelas tentang penggunaan komputer.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai asas pengenalan komputer secara terperinci serta pengenalan kepada komponen yang ada dalam komputer. Aktiviti ini juga dapat membantu para pelajar yang tidak mempunyai asas berkenaan komputer.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas keusahawanan ini mempelajari tentang suntingan imej produk yang bertujuan untuk memberikan latihan dan kemahiran asas dalam suntingan imej kepada perniagaan para usahawan. Selain itu, para usahawan boleh menyunting imej produk tersendiri mengikut kreativiti yang ada pada mereka bagi menghiasi imej produk untuk tujuan pemasaran.

Aktiviti

Kelas suntingan imej produk ini menggunakan perisian adobe photoshop dimana ia dapat membantu usahawan untuk menyunting imej produk mereka. Seterusnya, hasil imej produk mereka akan digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Oleh itu, usahawan telah mengambil peluang untuk mengikuti latihan keusahawanan ini agar kemahiran dalam suntingan imej produk dapat ditingkatkan lagi.

Gambar Disini