Tarikh : 05 Ogos 2024 Masa : 2:00 Pm - 4:00 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 8 Peserta |
Tujuan
Kelas advokasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai ketagihan bermain permainan 'online' terutamanya dalam kalangan belia dan kanak-kanak. Selain itu, bermain permainan 'online' juga mempunyai kebaikan dan keburukannya jika tidak dapat dikawal dengan baik semasa bermain permainan tersebut.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan mengenai permainan dalam talian sambil menonton youtube KDB 'Permainan dalam talian'. Seterusnya, para pesera diarahkan untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan permainan 'online' untuk dibincangkan bersama petugas. Disamping itu, para peserta diajar mengenai pengurusan masa yang betul dalam kehidupan seharian agar tidak membazirkan masa dengan bermain permaian komputer.
Tarikh : 04 Ogos 2024 Masa : 9:30 Am - 11:30 Am Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan memupuk kreativiti dan inovasi para pelajar. Selain itu, aktiviti reka bentuk ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang berkaitan dengan sains, matematik dan kejuruteraan. seterusnya, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran sains yang melibatkan aktiviti stem di sekolah.
Aktiviti
Para pelajar terlebih dahulu memastikan bentuk rumah menggunakan bahan yang sesuai untuk dihasilkan. Kemudian, petugas akan memberikan bahan terpakai seperti kotak, glue gam dan gunting untuk mereka menghasilkan bentuk rumah mengikut saiz ukuran masing-masing. Di samping itu, pelajar bukan sahaja memperoleh pengetahuan teoritikal tetapi ia juga pengalaman praktikal yang berguna dalam pembangunan diri dan akademik mereka.
Tarikh : 01 Ogos 2024 Masa : 8:30 Am - 10:30 Am Lokasi : SMK KOTA MARUDU II Peserta : 70 Orang |
Tujuan
Program Advokasi Klik dengan bijak bersama Kluster NADI Kota Marudu. NADI telah mendapat jemputan dari pihak sekolah SMK Kota Marudu II untuk memberi taklimat berkenaan dengan Advokasi Klik dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber. Jemputan program ini untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah SMK Kota Marudu II. Seramai 70 Orang peserta yang merangkumi pelajar tingkatan 6 Rendah. Antara taklimat yang disampaikan oleh Petugas NADI adalah Buli siber dan kuiz KDB. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang buli siber yang semakin meningkat dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, terdapat ramai pelajar pada masa kini tidak mengetahui apa itu buli siber yang boleh mengakibatkan seseorang mangsa buli siber mendapat kesan yang buruk. Dengan adanya pendedahan awal ini pelajar sentiasa berwaspada menggunakan kemudahan teknologi terkini terutamanya internet.
Aktiviti
Para Petugas memberi taklimat berkenaan dengan Advokasi klik dengan bijak bersama dengan pelajar. Sepanjang sesi taklimat, para pelajar akan diberi soalan berkaitan dengan topik yang telah disampaikan oleh petugas NADI. Bagi pelajar yang dapat menjawab dengan betul akan diberi hadiah dari petugas. Program Advokasi Klik dengan Bijak ini sangat penting bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penggunaan internet dalam kehidupan harian.
Tarikh : 02 Ogos 2024 Masa : 2:30 Pm - 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan untuk memberikan pendedahan pendidikan Bahasa Melayu secara atas fizikal kepada para pelajar sekolah rendah. Aktiviti e-learning bahasa melayu ini sangat membantu pelajar untuk meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam pengunaan bahasa melayu dalam kalangan pelajar sekolah. Selain daripada itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memanfaatkan masa lapang para pelajar dengan lebih berguna.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa melayu terlebih dahulu oleh petugas. Seterusnya, pelajar diberikan tugasan untuk menjawab kuiz berkaitan dengan subjek bahasa melayu. Secara keseluruhannya, aktiviti ini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.
Tarikh : 23 Julai 2024 Masa : 2:00 Pm - 4:00 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Kelas ini bertujuan untuk memastikan golongan pelajar mempelajari kebersihan diri terutamanya penjagaan gigi (soft skill). Kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan golongan agar lebih sihat dan ceria. Penjagaan kebersihan gigi amat penting bagi mencegah pelajar dari dijangkiti pelbagai penyakit. Pelajar harus diberi pendedahan dan pendidikan awal tentang soft skill (Penjagaan gigi) yang memberi manfaat dalam diri mereka agar memberi imej yang berketrampilan tinggi dan melatih diri mereka untuk berdisiplin.
Aktiviti
Petugas menerangkan maksud soft skill dan sebab kenapa setiap orang memerlukan kemahiran soft skill. Petugas juga menjelaskan mengenai penjagaan gigi dan cara mengurus diri sendiri. Petugas juga memaparkan video contoh penjagaan gigi kepada pelajar. Diharapkan aktiviti ini dapat mencapai keseimbangan, keberkesanan, dan kepuasan dalam kehidupan mereka. selepas kelas penjagaan gigi dilaksanakan petugas membuat kuiz kepada pelajar agar mereka lebih memahami cara-cara untuk menjaga gigi dengan cara yang betul.