Tarikh : 10 Mac 2019 Masa : 2.00 PM - 5.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Program Advokasi Kelas Muzik ini bertujuan meningkatkan minat pelajar terhadap Muzik seperti Virtual Piano dalam pembelajaran secara atas talian dengan menggunakan https://recursivearts.com/virtual-piano . Aktiviti ini dapat membantu perkembangan sosial emosi pelajar secara umumnya seperti perasaan dan dapat membina pengetahuan pelajar. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar dalam penggunaan internet dalam semua aspek kehidupan.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan penerangan Kepentingan Muzik kepada pelajar daripada petugas PI. Selepas itu, pelajar dikehendaki menggunakan https://recursivearts.com/virtual-piano untuk permainan muzik atas talian. Melalui aktiviti ini, pelajar kelihatan sangat gembira kerana dapat bermain muzik secara talian dengan pelbagai alatan muzik seperti piano dan drum.
Tarikh :08 Mac 2019 Masa : 3.00PM- 5.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning maths ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang perkiraan dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning maths terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu https://www.coolmath4kids.com/ www.elearningforkids.org.maths dan menerokai dengan lebih terperinci permainan pendidikan yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Sesi pembelajaran disertakan dengan soal jawab. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.
Tarikh : 07 Mac 2019 Masa : 2.00 PM - 5.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint ini diteruskan lagi untuk memberi kemahiran melukis dan membuat poster kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada para pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dan membuat poster dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri.
Tarikh : 06 Mac 2019 Masa : 9.00 AM - 11.00 AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Latihan Media baru (Facebook) ini bertujuan untuk membantu belia yang masih belum mempunyai akaun facebook sendiri. Aktiviti ini dapat membolehkan belia membuka akaun email dan facebook untuk berinteraksi dengan kawan-kawan melalui atas talian dan dapat menggunakan media baru ini dengan baik. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi media baru kepada para pelajar kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun facebook menggunakan email sendiri. Kemudian para belia mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada belia secara langsung.
Tarikh : 04 Mac 2019 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan awal tentang Celik Media dan Digital kepada para pelajar. Dengan itu, aktiviti ini dapat memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan keselamatan para pelajar terutamanya kanak-kanak sebagai pengguna internet dengan bijak dan memberi peringatan dan taklimat keselamatan (akaun peribadi penting) kepada para pelajar sebagai pengguna siber di era masa kini terutamanya di media sosial. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar pentingnya ilmu pengetahuan ICT pada masa kini.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan secara terperinci tentang program Media dan Digital serta Klik Dengan Bijak yang dijalankan oleh petugas PI. Melalui penerangan ini, sesi soal jawab dan kuiz kepada pelajar diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati pelajaran ini. Secara keseluruhan aktiviti ini berjalan dengan baik dan dapat membantu mewujudkan masyarakat digital.