Tujuan

Latihan ini bertujuan untuk memberi kemahiran membuat gelang tangan menggunakan manik seterusnya membangunkan kebolehan analitikal dan kecekapan  strategik untuk peserta. Para peserta mempelajari  dan menambah kemahiran yang sedia ada untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama kakitangan Peladang Kota Marudu sekaligus dapat memberi peluang - peluang keusahawan  dalam kolongan belia dan surirumah.  Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara peserta dan petugas PI. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan memberi sedikit penerangan tentang kepentingan internet dalam bidang usahawan pada masa kini kepada para peserta kemudian petugas dari peladang menerangkan cara-cara untuk membuat gelang menggunakan manik. Seterusnya aktiviti membuat gelang tangan bersama peserta yang lain diteruskan.

Gambar Disini 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti Klik Dengan Bijak untuk Pengenalan Youtube  dijalankan kepada ahli pusat internet supaya mereka mengetahui fungsi youtube pada masa kini. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan dan keburukan penggunaan youtube .  Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan youtube dalam mencari perbandingan sumber maklumat supaya mereka dapat membezakan mana yang bermanfaat kepada mereka.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai sejarah Youtube dan kepentingan Youtube dalam semua bidang daripada petugas Pi. Kemudian peserta dikehendaki mencari maklumat yang boleh memberi manfaat kepada mereka di Youtube supaya mereka dapat membezakan pelbagai sumber maklumat yang terdapat dalam laman ini. Setelah selesai, mereka dikehendaki menaip semula maklumat yang telah mereka perolehi dan fahami mengenai Youtube menggunakan Microsoft Word. Petugas juga mengadakan sesi soal jawab kepada peserta supaya mereka lebih memahami Klik dengan Bijak menggunakan Youtube. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar ahli PI Kg Ranau mengenai grooming siber yang sering diperkatakan pada hari ini. Maksud grooming siber merupakan proses membina hubungan melalui emosional dengan mangsa untuk mendapatkan kepercayaan mereka dengan cara eksploitasi dan penderaan masa depan.  Melalui aktiviti ini , pelajar akan dapat mengetahui info-info yang berguna semasa melayari internet. 

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang maksud Cyber Grooming dan contoh -contoh yang berlaku. Kemudian, pelajar menonton video dan mencari maklumat di internet mengenai tajuk ini supaya peserta lebih memahami dan mengingati apa yang telah mereka pelajari. Petugas PI turut menerangkan kepada pelajar tentang langkah-langkah agar mereka tidak terjebak dengan grooming siber ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas penjagaan komputer ini bertujuan untuk memberi asas  menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para peserta. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini.  Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan komponen-komponen yang terdapat dalam komputer.

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana hendak membersihkan virus di dalam komputer dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT pada kali ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016 kepada para pelajar sekolah rendah. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran kemahiran tentang Microsoft Office Word 2016 kepada Para pelajar dan memberi pendedahan asas penggunaan MS Word 2016 secara terperinci

Aktiviti

Terlebih dahulu, para pelajar telah diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2016 serta fungsinya. Disamping itu juga, peserta juga diberikan tugasan cara-cara menggunakan Ms Word untuk menaip surat tidak rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini. 

Gambar Disini