Tarikh :07 April 2019 Masa : 3.00PM- 5.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara atas talian kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning bahasa malaysia ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam penggunaan bahasa malaysia dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Program e-learning kuiz secara atas talian ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa Malaysia terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu E-learning www.proprofs.com/quiz-school dan menerokai dengan lebih terperinci kuiz secara atas talian bahasa malaysia yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Kemudian, peserta akan mengingat semula perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam Microsoft Word. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. Peserta yang dapat menjawab kuiz dengan betul akan diberikan hadiah daripada petugas PI.
Tarikh :06 April 2019 Masa : 09.00 AM- 12.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas Keusahawanan Muda dengan pelajaran Pengenalan Media Sosial & My Shop kepada pelajar bertujuan memberi pengetahuan tentang jenis-jenis media sosial serta kepentingannya dalam konsep usahawan. Kelas ini dapat membantu melahirkan usahawan muda khusus untuk warga komuniti di sekitar kampung Ranau ini. Disamping itu dapat memperkenalkan kepentingan Dashboard Komuniti My Shop kepada pelajar.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan Pengenalan ringkas daripada Petugas PI tentang maksud Usahawan Muda dan Media Sosial kepada pelajar. Mereka dikehendaki mencari maklumat -maklumat yang berkaitan dengan usahawan muda dan media sosial untuk rujukan mereka. Kemudian pelajar dikehendaki membuka Dashboard komuniti dan memilih My Shop, dan petugas menerangkan fungsi my shop. Sesi soal jawab diadakan bagi memberi pemahaman dan penerangan kepada pelajar supaya mereka mengingati maklumat yg mereka telah belajar. Melalui aktiviti ini dapat memupuk semangat Keusahawanan Muda untuk ahli Pi Kg Ranau.
Tarikh : 02 April 2019 Masa : 2.00PM - 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point 2016 dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Para pelajar juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Para peserta terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam aplikasi ini sebelum membuat kerja dengan menggunakan Power Point. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya mereka lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini.
Tarikh :04 April 2019 Masa : 8.00AM- 9.00AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti My Health ini bertujuan untuk membantu ahli Pi memeriksa tahap kesihataan mereka seperti BMI dan pemeriksaan tekanan darah. Selain itu, aktiviti ini dapat mendidik kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian mereka.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang objektif aktiviti ini dan kemudian petugas PI menerangkan aplikasi Dashboard MyHealth kepada peserta untuk memudahkan mereka memasukan data kesihatan dalam aplikasi ini. Petugas PI melakukan Pemeriksaan Kesihatan ( BMI dan pemeriksaan tekanan darah ) kepada setiap peserta .
Tarikh : 01 April 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran cara-cara menaip menggunakan papan kekunci kepada ahli PI dengan cara yang betul. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci melalui laman web www.typingclub.com. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penayangan video Introduction to Typing kepada peserta dan seterusnya petugas PI memberi penerangan ringkas mengenai video tersebut. Selepas itu, peserta akan mengikuti latihan yang diberikan cara-cara mengunakan papan kekunci dengan cara yang betul .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul.