Tujuan

Aktiviti ini merupakan video tutorial tentang cara menggunakan aplikasi logo maker melalui telefon pintar dengan mudah, cepat dan menyeronokkan secara atas talian. Aktiviti ini bertujuan agar komuniti dapat didedahkan dengan pendidikan dan juga informasi walaupun dalam tempoh PKP 3.0 dan hanya berada dirumah melalui platform media sosial yang disiarkan oleh petugas ( Bekerja dari Rumah).

Aktiviti

Aktiviti dijalankan atas talian iaitu menggunakan video tutorial dan disiarkan ke laman facebook page Pik Kampung Ranau dan juga Group whatsapp sebagai aktiviti pembelajaran kepada komuniti secara langsung. Siaran video mendapat views 44 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau.

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti Advokasi KDB ini dijalankan secara online bagi memastikan para komuniti masih boleh mengikuti dengan aktiviti semasa Pik Kg Ranau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 Total Lockdown. Aktiviti ini dijalankan supaya komuniti lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan aktiviti permainan silang kata. Aktiviti disiarkan di laman Facebook Page Pusat Internet dan juga Group whatsapp Pik Kampung Ranau dengan membuat link aktiviti permainan pendidikan iaitu https://wordwall.net/play/17857/023/701 . Melalui aktiviti ini para komuniti boleh menyertai aktiviti secara online walaupun berada di rumah tanpa ke Pusat Internet dan sentiasa peka dengan kesedaran Klik Dengan Bijak. 

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Sains tahun 5 bersama pengajar Miss Hajar yang dijalankan dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tahun 5 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.

Aktiviti

Kelas ini hanya dijalankan secara atas talian melalui zoom meeting di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP 3.0 Total Lockdown diseluruh negara Malaysia.

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Sains tahun 4 bersama tenaga pengajar Miss Faaiqah yang dijalankan dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tahun 4 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.

Aktiviti

Kelas ini hanya dijalankan secara atas talian melalui zoom meeting di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP 3.0 Total Lockdown diseluruh negara Malaysia. Topik yang dipelajari adalah Topik tumbuh-tumbuhan.

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Bahasa Inggeris tahun 5 bersama pengajar Cikgu Michelle yang dijalankan dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tahun 5 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.

Aktiviti

Kelas ini hanya dijalankan secara atas talian melalui zoom meeting di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP 3.0 Total Lockdown diseluruh negara Malaysia.