Tarikh : 03 Julai 2021 Masa : 3.30Pm - 4.30Pm Lokasi : Studio Pahang 2 Peserta : 1 Orang |
Tujuan
PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Sains tahun 5 bersama pengajar Miss Hajar yang dijalankan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tahun 5 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.
Aktiviti
Kelas ini hanya dijalankan secara atas talian melalui zoom meeting di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP 3.0 Total Lockdown diseluruh negara Malaysia.
Tarikh : 23 Jun 2021 Masa : 10.00Am - 4.30Pm Lokasi : Zoom Meeting Peserta : 58 Orang |
Tujuan
Bengkel Kewartawanan peranti (MOJO) anjuran daripada MCMC Sabah ini merupakan satu inisiatif agar para petugas PIK mendapatkan kemahiran atau pengetahuan baru tentang menyalurkan informasi atau berita dengan cara baru iaitu menggunakan platform telefon pintar. Melalui bengkel ini petugas PIK akan mendapat kemahiran baru iaitu mengetahui asas-asas nilai berita,kaedah penyampaian serta kemahiran penerbitan/pembuatan video dan berita yang menarik atau sahih secara terus kepada masyarakat. Bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya ilmu asas MOJO ini dalam kalangan petugas terutama untuk membantu menyalurkan atau menyampaikan maklumat yang betul dan mengangkat isu, cerita atau kisah penting dalam sesebuah masyarakat.
Aktiviti
Bengkel dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform zoom meeting. Diseliakan oleh Miss Nadiah Rosli seorang wartawan bebas yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan Peranti (MOJO) dan merupakan seorang Project Director di Internews Network Kuala Lumpur. Bengkel hari kedua ini turut dihadiri dengan Seorang professional dalam bidang Fotografi dan videografi iaitu Encik Mohd Idremzizan Idris atau lebih dikenali sebagai Jebat (Jebat Legacy) yang mana merupakan salah seorang guru fotografi dan seorang pengasas kepada Kinabalu Photo Festival Sabah serta berjawatan sebagai CEO/ President di Bebayu Akademi sejak tahun 2004 sehingga kini. Beliau juga turut membantu petugas dalam menyelesaikan tugasan bengkel MOJO sepanjang bengkel dijalankan.
Tarikh : 09 Jun 2021 Masa : 9.00Am Lokasi : Online Peserta : Terbuka |
Tujuan
Aktiviti ini merupakan video advokasi Klik Dengan Bijak. Bertujuan untuk memberi informasi dan juga peranan komuniti didalam menjaga etika apabila berkomunikasi atas talian. Video advokasi ini juga menyampaikan beberapa mesej iaitu langkah-langkah membendung berita palsu kepada komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan agar komuniti dapat didedahkan dengan aktiviti PIK Kampung Ranau secara berterusan dan juga informasi walaupun dalam tempoh PKP 3.0 dan hanya berada dirumah melalui platform media sosial yang disiarkan oleh petugas ( Bekerja dari Rumah).
Aktiviti
Aktiviti dijalankan atas talian iaitu menggunakan platform video dan disiarkan ke laman facebook page Pik Kampung Ranau dan juga Group whatsapp sebagai aktiviti pembelajaran kepada komuniti secara langsung. Siaran video mendapat views 18 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau.
Tarikh : 22 Jun 2021 Masa : 10.00Am - 4.30Pm Lokasi : Zoom Meeting Peserta : 62 Orang |
Tujuan
Bengkel Kewartawanan peranti (MOJO) anjuran daripada MCMC Sabah ini merupakan satu inisiatif agar para petugas PIK mendapatkan kemahiran atau pengetahuan baru tentang menyalurkan informasi atau berita dengan cara baru iaitu menggunakan platform telefon pintar. Melalui bengkel ini petugas PIK akan mendapat kemahiran baru iaitu mengetahui asas-asas nilai berita,kaedah penyampaian serta kemahiran penerbitan/pembuatan video dan berita yang menarik atau sahih secara terus kepada masyarakat. Bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya ilmu asas MOJO ini dalam kalangan petugas terutama untuk membantu menyalurkan atau menyampaikan maklumat yang betul dan mengangkat isu, cerita atau kisah penting dalam sesebuah masyarakat.
Aktiviti
Bengkel dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform zoom meeting. Diseliakan oleh Miss Nadiah Rosli seorang wartawan bebas yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan Peranti (MOJO) dan merupakan seorang Project Director di Internews Network Kuala Lumpur.
Tarikh : 08 Jun 2021 Masa : 10.00Am Lokasi : Online Peserta : Terbuka |
Tujuan
Aktiviti ini merupakan video tutorial tentang cara menggunakan aplikasi pdf dimana cara untuk menukarkan gambar kepada bentuk fail pdf dengan mudah dan cepat menggunakan telefon pintar. Aktiviti ini bertujuan agar komuniti dapat didedahkan dengan aktiviti PIK Kampung Ranau secara berterusan dan juga informasi walaupun dalam tempoh PKP 3.0 dan hanya berada dirumah melalui platform media sosial yang disiarkan oleh petugas ( Bekerja dari Rumah).
Aktiviti
Aktiviti dijalankan atas talian iaitu menggunakan video tutorial dan disiarkan ke laman facebook page Pik Kampung Ranau dan juga Group whatsapp sebagai aktiviti pembelajaran kepada komuniti secara langsung. Siaran video mendapat views 37 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau.