Tujuan

Kelas ICT secara atas talian dengan kerjasama dari PIK Kluster Kota Marudu. Tenaga pengajar iaitu Cik Anim Sri Mastika pengurus PIK Kg Tingkalanon dan dibantu oleh petugas-petugas yang lain. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office publisher 2013 kepada ahli PIK yang ingin mempelajari untuk membuat penerbitan  seperti calender, brosure, banner dan kad nama yang boleh dihasilkan oleh perisian ini. Objektif kelas ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.  

Aktiviti

Kelas ICT ini dijalankan secara atas talian menggunakan google meet dan peserta diajar secara asas menggunakan perisian ini daripada Petugas PI dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher 2013. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Publisher 2013 serta fungsinya. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2013 dengan adanya kelas ICT ini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Taklimat Pertandingan (MOJO) anjuran daripada MCMC Sabah ini merupakan satu inisiatif agar para petugas PIK mendapatkan kemahiran atau pengetahuan baru tentang menyalurkan informasi atau berita dengan cara baru iaitu menggunakan platform telefon pintar. Taklimat bersama MCMC Sabah dan petugas PIK diadakan supaya para peserta bengkel dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari. Setiap PIK di Sabah diberikan tema yang berlainan dan perlu menghasilkan video,gambar dan artikel untuk pertandingan ini.

Aktiviti

Taklimat dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform Microsoft Team. Diseliakan oleh Puan Suhaila dan En. Firman dari MCMC Sabah. Setiap kategori pertandingan mempunyai hadiah yang telah disediakan oleh pihak MCMC.

Gambar Disini

 

 

 

 

 


Tujuan

Latihan Keusahawanan dengan tajuk Bina Kedai Online di Shopee ini diteruskan supaya  para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform ini. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Shoppe dengan menunjukkan video yang telah disediakan. Latihan keusahawan ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Shopee untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.

Aktiviti

Kelas Online ini menggunakan aplikasi Google Meet. Petugas memberi penerangan dan sesi soal jawab juga dibuat supaya peserta usahawan lebih memahami objektif kelas ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Matematik Tingkatan 3 bersama pengajar Cikgu Najihah yang dijalankan dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tingkatan 3 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.

Aktiviti

Kelas Kuiz tingkatan 3 yang diajar oleh Cikgu Najihah mengambil masa selama 1 jam sahaja melalui zoom meeting. Petugas membantu para pelajar tuisyen yang mendaftar dari segi persediaan e-nota dan juga memberi link kelas. Sepanjang kelas E-Tuisyen ini berjalan, petugas memastikan pelajar mengikuti SOP yang telah ditetapkan semasa berada di PIK.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan secara atas talian ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan menggunakan Google Meet kepada ahli PI dengan memfokuskan suntingan imej produk menggunakan aplikasi Photo Room. Petugas memberi latihan keusahawanan secara atas talian untuk membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana cara menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial menggunakan telefon. 

Aktiviti

Petugas PIK memberi penerangan tentang kepentingan kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan aplikasi Photo Room. Melalui latihan ini, para usahawan masih dapat menimba ilmu melalui pembelajaran secara atas talian.

Gambar Disini