Tarikh : 23 April 2021 Masa : 4.00 Pm - 4.30 Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Program penyampaian hadiah untuk Pertandingan Video Kreatif ini dirasmikan oleh Encik Abdul Gias Bin Musa Ketua Kampung Kg Ranau. Tujuan aktiviti Pertandingan Video Kreatif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau 2021 untuk melaksanakan dan menjayakan aktiviti tahunan bersama komuniti , mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PIK dan komuniti, menggalakkan komuniti melibatkan aktiviti–aktiviti kreatif dan daya berfikir mengembangkan bakat terpendam peserta . Disamping itu untuk mendapatkan ahli baru serta meningkatkan pengikut di media social milik PIK. Pertandingan Video ini merupakan salah satu Program Promosi dan Kesedaran Pusat Internet Komuniti (PIK) .
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran semua peserta dan ibu bapa yang terlibat. Pengurus Pusat Internet kg Ranau memberi taklimat ringkas mengenai program ini. Encik Abdul Gias Bin Musa memberi ucapan seterusnya merasmikan program ini. Program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan peserta . Pemenang pertama yang mendapat banyak like di Facebook iaitu Pn.Noorfidah Bakrin, tempat kedua adik Noorsyafiqah Aliman dan tempat ketiga adik Norsabahriah Ahamd Sabdilah. Setelah selesai, sesi bergambar bersama peserta dan tetamu jemputan. Melalui program ini, objektif penubuhan Pusat Internet dapat disampaikan kepada warga komuniti seterusnya dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara ahli PIK dengan petugas PIK Kg Ranau. Sepanjang program dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 22 April 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Program Pendaftaran Vaksin Covid 19 yang dianjurkan di PIK Kg Ranau bertujuan membantu komuniti kampung untuk mendapatkan maklumat serta cara pendaftaran melalui apps mysejahtera secara atas talian. Usaha paparan poster di media sosial seperti Facebook, Group WhatsApp dan Instagram PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid -19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan kepada orang awam. Menerusi usaha itu, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19. Aktiviti ini juga bertujuan bagi menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak tentang vaksin covid19.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang vaksin covid19 melalui informasi yang terdapat didalam apps Mysejahtera serta cara-cara pendaftaran menggunakan MySejahtera secara ringkas kepada penerima vaksin Covid 19 tentang program ini. Diharapkan lebih ramai komuniti memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK oleh SKMM untuk mendaftar sebagai penerima vaksin. Sepanjang program dijalankan, petugas turut memastikan setiap komuniti mematuhi Sop PKPP.
Tarikh : 15 April 2021 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada para pelajar yang baru mengikuti kelas ICT di Pi Kg Ranau. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang asas penjagaan komputer yang betul. Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer sebelum peserta meneruskan pembelajaran mereka mengenai ICT.
Aktiviti
Adik Mirza diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 14 April 2021 Masa : 9.30Am- 4.30Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 117 Peserta |
Tujuan
Petugas sebagai penemuramah kajian Jabatan Statistik & Risikan Data dalam menjalankan kajian berkaitan akses, penggunaan dan kepuasan pengguna terhadap khidmat cellular, internet, broadband, telefon bimbit di Malaysia.
Aktiviti
Setiap PIK hanya menghantar wakil seorang sahaja untuk kajian ini. Terdapat 4 kajian yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung:
1. HPUS 2020 (Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2020)
2. ECS 2020 (Kajian pengguna E-Dagang 2020)
3. CSS 2021 (Kajian Kepuasan Pengguna 2021)
4. BQOES 2021 (Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2021)
Penerangan dan aktiviti sepanjang program ini dilakukan secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM.
Tarikh : 16 April 2020 Masa : 9.00Am- 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 30 Orang |
Tujuan
Bengkel SIMPENI Bil. 2 Persatuan Guru-Guru KAFA Kota Marudu, Sabah menggunakan perkhidmatan komputer PIK Kg Ranau untuk mengemaskini ( SIMPENI ) data maklumat kemasukan pelajar baru . Mereka menggunakan laman web Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam ( SIMPENI ). Selain itu, tujuan lain program ini ialah bagi menyampaikan objektif Pusat Internet kepada komuniti kepada guru-guru Kafa Kota Marudu dan Pitas.
Aktiviti
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru PIK Kg Ranau dalam kalangan guru-guru kafa dari daerah Pitas. Selepas itu, Para Petugas PI Kg Ranau menerangkan secara ringkas tentang Kemudahan yang terdapat dalam Pusat Internet ini. Guru-guru Kafa meneruskan tugasan mereka dengan menggunakan komputer dan kemudahan WIFI yang disediakan dalam PIK Kg Ranau secara bergilir dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh SKMM. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan baik. Sepanjang bengkel dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.