Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi pengenalan internet kepada pelajar sekolah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya internet dan kegunaanya didalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Kelas ini juga adalah bertujuan bagi memenuhi modul pembelajaran para peserta kelas Ict PIK Kg Ranau.

Aktiviti

Petugas PIK memberi penerangan tentang modul-modul pembelajaran yang akan mereka pelajari di PIK Kg Ranau iaitu  pengenalan asas internet. Pelajar juga menonton video grafik berkaitan pengenalan internet di youtube dan kemudian para peserta diuji pemahaman dengan kuiz yang dilakukan oleh Petugas. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran menaip surat  dan laporan secara berterusan kepada para peserta iaitu En. Jasni Yakub dengan menggunakan medium Ms Word 2016 yang terdapat didalam perisian komputer. En. Jasni  menggunakan kemahiran menaip yang beliau belajar untuk menyelesaikan tugasan kerja. Disamping itu, beliau turut menggunakan perkhidmatan cetakan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti. 

Aktiviti

Petugas PIK memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menaip surat dan membuat jadual secara asas dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Kemudian En. Jasni membuat surat dan laporan untuk urusan kerja beliau menggunakan Ms Word 2016. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point kepada pelajar sekolah dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Para pelajar juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.

Aktiviti

Pelajar terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Mereka di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PIK Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini .  Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas apa itu MCMC (Malaysian Communication and Multimedia Commission) kepada pelajar sekolah. Hal ini kerana, Pusat Internet Komuniti merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Aktiviti ini juga dapat memberi pengetahuan am mengenai pengenalan sejarah penubuhan MCMC. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan secara ringkas mengenai penubuhan MCMC dan pelajar menonton video grafik mengenai penanan MCMC terhadap kes berkaitan Internet di Youtube. Secara keseluruhan aktiviti ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu membina sebuah masyarakat berpengetahuan.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Jabatan Keterlibatan Komuniti telah mengadakan sebuah sesi perkongsian yang bertajuk ‘Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah’. Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl’s in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Antara Objektif Program ini adalah:

1. Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia.

2. Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT. 

3. Memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional.

Aktiviti

Setiap petugas PIK atau Sukarelawan ICT Malaysia (Malaysian ICT volunteers) menggunakan link zoom yang telah diberikan untuk menyertai sesi ini dan orang awam boleh menonton sesi temubual di Live Facebook Klik Dengan Bijak. Para panel jemputan seperti Puan Hashimah Hashim Pengarah Jabatan Keterlibatan Komuniti, Puan Viviantie Sarjuni Pengurus Besar, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCEIC) , Cik Faezrah Rizalman Ketua Pegawai Eksekutif, Rambutan Code Academy dan Penasihat SCEIC dan Cik Sharifah Nadira Syed Nurshadir Pelajar Komunikasi Media Baru dan Keusahawanan Kandungan, Jurugambar Video Bebas. Sesi Soal jawab turut diadakan.

Gambar Disini