Tarikh : 12 Jun 2021 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : Studio Kuantan Peserta : 1 Orang |
Tujuan
PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Sains tahun 5 bersama pengajar Miss Hajar yang dijalankan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tahun 5 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.
Aktiviti
Kelas ini hanya dijalankan secara atas talian melalui zoom meeting di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP 3.0 Total Lockdown diseluruh negara Malaysia.
Tarikh : 21 Mei 2021 Masa : 10.00Am - 11.00Am Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) telah menjalankan peperiksaan secara online iaitu Peperiksaan memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pembantu Kesatria Gred S19 (Sabah) pada 21hb Mei 2021. Pusat Internet Komuniti Kampung Ranau menjadi Pusat tumpuan kepada pemohon pekerjaan SPA9 menghadiri peperiksaan secara atas talian tersebut dengan kemudahan kelajuan capaian internet dan juga perkhidmatan komputer kepada ahli pengguna PIK. Bertujuan sebagai pusat kemudahan komuniti yang dekat dan mudah untuk dikunjungi.
Aktiviti
Petugas membantu dari segi persediaan Komputer serta alat bantu peperiksaan seperti alat tulis, buku catatan dan juga mesin kira-kira (saintifik kalkulator) dan Sepanjang peperiksaan dijalankan petugas memastikan SOP sepanjang PKPB dipatuhi oleh setiap pengguna.
Tarikh : 20 Mei 2021 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini merupakan tugasan para pelajar daripada Kolej Komuniti yang menggunakan PIK sebagai tempat untuk menyiapkan kerja-kerja kursus mereka. Bertujuan menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai tempat tumpuan atau One-Stop Center kepada komuniti setempat dan berfungsi sebagai agen perkhidmatan bantuan pendidikan kepada para pelajar. Disamping itu bertujuan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh para pelajar dalam menyiapkan tugasan di musim Pandemik Covid19 dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh PIK.
Aktiviti
Petugas PIK memberi bantuan dari segi Perkhidmatan Komputer dan juga capaian Internet yang baik serta kemudahan tempat yang selesa kepada para pelajar yang hadir. Turut membantu tatacara penggunaan Perisian Komputer yang ada kepada para pelajar. Secara keseluruhannya, petugas PIK sentiasa memastikan SOP PKPB sentiasa dipatuhi oleh para pengunjung dan juga para ahli PIK.
Tarikh : 21 Mei 2021 Masa : 9.00Am - 12.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini merupakan tugasan para pelajar daripada Kolej Komuniti yang menggunakan PIK sebagai tempat untuk menyiapkan kerja-kerja kursus mereka. Bertujuan menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai tempat tumpuan atau One-Stop Center kepada komuniti setempat dan berfungsi sebagai agen perkhidmatan bantuan pendidikan kepada para pelajar. Disamping itu bertujuan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh para pelajar dalam menyiapkan tugasan di musim Pandemik Covid19 dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh PIK.
Aktiviti
Para pelajar menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Office Word dan juga Excel. Petugas PIK memberi bantuan dari segi Perkhidmatan Komputer dan juga capaian Internet yang baik serta kemudahan tempat yang selesa kepada para pelajar yang hadir. Turut membantu tatacara penggunaan Perisian Komputer yang ada kepada para pelajar. Secara keseluruhannya, petugas PIK sentiasa memastikan SOP PKPB sentiasa dipatuhi oleh para pengunjung dan juga para ahli PIK.
Tarikh : 10 Mei 2021 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada adik Firdaus tentang asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul sekaligus peserta akan dapat mempelajari bagaimana menggunakan komponen-kompenan yang terdapat didalam Microsoft Office Word ini.
Aktiviti
Petugas PIK memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menaip dan format kerja kursus secara asas dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Kemudian adik Firdaus meneruskan membuat kerja kursus yang diberikan oleh cikgu beliau menggunakan Ms Word 2016. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi.