Tujuan

Latihan Keusahawanan dengan tajuk Bina Kedai Online  ini diteruskan supaya  para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform Yezza. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Yezza dengan menunjukkan video yang telah disediakan. Latihan keusahawan ini dapat membantu peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi Yezza untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada para usahawan di luar bandar.

Aktiviti

Kelas Online ini menggunakan aplikasi Google Meet. Petugas memberi penerangan dan sesi soal jawab juga dibuat supaya peserta usahawan lebih memahami objektif kelas ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kepentingan Program Vaksin Covid 19 kepada masyarakat bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai proses vaksinasi dimana antigen dalam vaksin berfungsi merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. Menerusi usaha itu, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

Aktiviti

Petugas menyediakan penerangan ringkas mengenai Kepentingan Vaksinasi kepada masyarakat melalui teks dan video yang dimuatnaik di Page PIK Kg Ranau dan Group WhatsApp.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Sains Tingkatan 3 bersama pengajar Cikgu Shafawati yang dijalankan dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tingkatan 3 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.

Aktiviti

Kelas Kuiz tingkatan 3 yang diajar oleh Cikgu Shafawati mengambil masa selama 1 jam sahaja melalui zoom meeting dan berlangsung pada 31hb Julai 2021. Petugas membantu para pelajar tuisyen yang mendaftar dari segi persediaan e-nota dan juga memberi link kelas. Sepanjang kelas E-Tuisyen ini berjalan, petugas memastikan pelajar mengikuti SOP yang telah ditetapkan semasa berada di PIK.

Gambar Disini

 

 

 

 

 


Tujuan

Program PUPUK @Shopee adalah kerjasama MCMC dengan Shopee bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran secara atas talian bagi peserta dari seluruh negeri. Program PUPUK Online ini menggunakan aplikasi Zoom. Para peserta akan dapat belajar cara menjana pendapatan melalui aplikasi Shopee, asas ilmu menjual di Shopee dan peralatan yang perlu digunakan.

Aktiviti

Peserta boleh mengikuti program ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet. Bagi peserta yang menggunakan kemudahan komputer di pusat internet, petugas memastikan setiap peserta tetap mematuhi SOP semasa berada di Pusat Internet. Dalam sesi kelas online menggunakan aplikasi Zoom, penceramah mengadakan sesi soal jawab bersama peserta. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 


Tujuan

Kelas Usahawan 2 ini diteruskan supaya  para usahawan dapat mempelajari asas pemasaran e-commerce melalui platform Yezza dan Shopee. Petugas memberi penerangan cara-cara membuka akaun menjual di Shopee berdasarkan slide yang telah disediakan. Para peserta akan dapat belajar cara menjana pendapatan melalui aplikasi Shopee, asas ilmu menjual di Shopee dan peralatan yang perlu digunakan. Para usahawan diberi pilihan untuk bebas memilih cara pemasaran e-commerce dalam pertandingan ini.

Aktiviti

Kelas Online ini menggunakan aplikasi google meet. Peserta boleh mengikuti kelas ini dimana-mana, sama ada di PIK atau di rumah dan lain-lain tempat yang ada capaian internet. Sesi soal jawab juga dibuat supaya peserta usahawan lebih memahami objektif kelas ini.

Gambar Disini