Tujuan

Program sembang santai siri III ini merupakan anjuran daripada Jabatan Penerangan Malaysia. Program ini bertujuan bagi membincangkan tentang isu-isu semasa sekarang iaitu Berita Palsu dan bagaimana atau usaha SKMM serta PIK dalam menangani masalah ini terutama didalam masyarakat setempat. Program sembang santai ini bertujuan bagi menyampaikan kepada masyarakat sekeliling tentang padah atau kesan dalam menyebarkan sesuatu berita palsu atau tidak benar. Berkongsi atau memberi maklumat kepada masyarakat bagaimana hendak membuat penilaian sesuatu berita yang benar dan palsu dengan merujuk laman-laman web sahih seperti sebenarnya.my. Bertujuan agar menyemai nilai tanggungjawab dalam diri masyarakat dalam berkongsi atau menyebarkan sesuatu berita iaitu dengan membuat penilaian kendiri (SURE) baru kongsi. 

Aktiviti

Program  ini dijalankan secara atas talian iaitu melalui google meet dan ahli panel merupakan Puan Suhaila Binti Jaffar selaku timbalan pengarah MCMC Sabah mengulas secara terperinci tentang topik yang dibicarakan dan petugas PIK membantu dalam mengutarakan langkah-langkah dalam mengatasi penyebaran berita palsu yang kini berlaku secara berleluasa. Peserta program adalah seramai 160 Orang dan 50 orang daripada jumlah tersebut adalah pelajar IPTS/IPTA.

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini dijalankan melalui perkongsian atau penyampaian ilmu berbentuk  video slide daripada petugas. Bertujuan agar para peniaga atau usahawan online disekitar Pik Kampung Ranau dapat mengetahui apakah kepentingan logo produk didalam perniagaan mereka. Aktiviti ini juga dijalankan agar PIK dapat terus menyampaikan maklumat atau kelas melalui atas talian dengan perkongsian berikut disepanjang tempoh total lockdown 3.0 ini. Tujuan lain ialah agar PIK dijadikan rujukan agar para peniaga mendapatkan latihan keusahawanan secara langsung dan menjadikan PIK sebagai pusat latihan asas keusahawanan dalam masyarakat setempat.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform video dan disiarkan ke laman facebook page Pik Kampung Ranau dan juga Group whatsapp serta platform media lain sebagai aktiviti pembelajaran kepada komuniti secara langsung. Siaran kelas video ini  mendapat jumlah tontonan atau views sebanyak 25 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau dan juga Instagram.

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini dijalankan melalui perkongsian atau penyampaian ilmu berbentuk  video slide daripada petugas. Bertujuan agar para peniaga atau usahawan online disekitar Pik Kampung Ranau dapat mengetahui apa kepentingan media sosial didalam perniagaan mereka. Aktiviti ini juga dijalankan agar PIK dapat terus menyampaikan maklumat atau kelas melalui atas talian dengan perkongsian berikut disepanjang tempoh total lockdown 3.0 ini. Tujuan lain ialah agar PIK dijadikan rujukan agar para peniaga mendapatkan latihan keusahawanan secara langsung dan menjadikan PIK sebagai pusat latihan asas keusahawanan dalam masyarakat setempat.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform video dan disiarkan ke laman facebook page Pik Kampung Ranau dan juga Group whatsapp serta platform media lain sebagai aktiviti pembelajaran kepada komuniti secara langsung. Siaran kelas video ini  mendapat jumlah tontonan atau views sebanyak 17 orang dilaman page facebook Pik Kampung Ranau.

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang makna buli siber serta kesan buli siber kepada seseorang individu atau masyarakat. Bertujuan memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet seperti "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang jenis-jenis buli siber yang ada di dalam dunia siber. Aktiviti ini juga bertujuan agar masyarakat setempat sentiasa didedahkan dengan etika dan keselamatan internet agar tidak disalahguna dan juga sentiasa berwaspada apabila melayari internet.

Aktiviti

Aktiviti ini hanya dijalankan melalui kelas video slide yang disiarkan di laman facebook Pik kampung Ranau dan juga platform media sosial yang lain seperti instagram dan whatsapp. Mendapat jumlah tontonan atau views sebanyak 20 orang melalui facebook dan instagram.

Gambar disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

PIK E-Tuisyen 2021 merupakan anjuran MSD Digital Intelligence dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti. Kelas E-Tuisyen ini merupakan pembelajaran atas talian menggunakan Zoom Meeting. Kelas Subjek Bahasa Melayu tahun 5 bersama pengajar Cikgu Najihah yang dijalankan dapat  membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengetahuan untuk subjek ini. Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru,cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu, sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Kelas ini juga dapat membantu pelajar tahun 5 dalam persediaan menghadapi peperiksaan dengan menyediakan tenaga bantu pengajar yang berpengalaman bagi setiap setiap subjek yang diikuti oleh pelajar.

Aktiviti

Kelas ini hanya dijalankan secara atas talian melalui zoom meeting di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP 3.0 Total Lockdown diseluruh negara Malaysia.

Gambar disini