Tujuan

Kelas asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada para peserta Pi Kg Ranau. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang asas penjagaan komputer yang betul. 

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Negara dilanda Pandemik Covid 19, program berbentuk pertandingan dianjurkan di Pusat Internet sebagai alternatif menggantikan Hari Bersama Komuniti. Tujuan kelas asas perniagaan yang pertama ini dibuat untuk membantu usahawan menggunakan perniagaan atas talian serta menggalakan peserta mengikuti pertandingan usahawan baru online Pusat Internet. Selain itu, kelas ini dapat mengukuhkan pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan, membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan.   

Aktiviti

Para peserta usahawan diberikan penerangan mengenai tujuan pertandingan usahawan online pusat internet dan isi kandungan untuk kelas asas perniagaan online supaya para usahawan dapat menggunakan internet sebagai platform berniaga. Petugas menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes e-Dagang usahawan bersama Shopee seperti membuka akaun menjual di shopee. Program ini dapat mewujudkan aktiviti sihat dan kreatif kepada komuniti pusat internet serta memeriahkan kembali pusat internet selepas perintah kawalan pergerakkan pemulihan (PKPP) . Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang kemahiran menyunting gambar berbentuk poster kepada peserta terutamanya golongan muda. Para peserta mempelajari  kemahiran menyunting poster secara online melalui suntingan imej menggunakan Online Photo Editor www.fotor.com . Latihan ini  untuk mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster seperti iklan yang boleh digunakan di media sosial para pelajar. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan Petugas PI memberi sedikit penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada para peniaga terutamanya golongan muda. Kemudian para peserta diberikan tugasan untuk menyunting imej dan akan dinilai oleh petugas PI Kg Ranau. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara online. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan demi menyampaikan mesej setia kepada negara walaupun pada ketika ini negara berdepan Covid 19. Aktiviti menjawab kuiz dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar . Selain itu, melalui pembelajaran sejarah pelajar dapat memahami kepentingan sebuah negara merdeka, menghargai pemimpin dan jasa pejuang agar sejarah kemerdekaan ini tidak hilang ditelan oleh arus pemodenan.  

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan secara ringkas tentang definisi dan sejarah mengenai Kemerdekaan supaya generasi baru dapat lebih memahami dan mengingati erti sebuah kemerdekaan. Aktiviti menjawab kuiz kemedekaan diadakan untuk menghidupkan sambutan bulan kebangsaan. Aktiviti ini dapat mendidik generasi muda untuk terus mencintai negara Malaysia. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti advokasi Youtube Pencegahan Covid 19 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terutamanya golongan pelajar dalam menjalankan kehidupan norma baharu. Program ini memberi tumpuan kepada langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan kepada golongan kanak-kanak. Pembukaan sekolah mempunyai norma baharu dalam sistem pendidikan apabila pelajar dan guru perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Melalui aktiviti tayangan video ini serba sedikit dapat membantu kanak-kanak untuk belajar dan mempraktikkan garis panduan dalam pencegahan covid 19. Para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang langkah-langkah pencegahan covid19. Petugas menerangkan beberapa cara yang harus diamalkan oleh setiap orang dalam mengamalkan norma baharu. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi. 

Gambar Disini