Tarikh : 3 Julai 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint 2016 ini bertujuan untuk memberi kemahiran melukis kepada para peserta dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 2 Julai 2020 Masa : 9.00Am- 11.30Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjalankan peperiksaan secara online iaitu Peperiksaan memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Sabah). Oleh itu, Pusat Internet Kg Ranau telah menjadi tumpuan komuniti untuk menjalankan peperiksaan online tersebut. Ini kerana kemudahan internet serta capaian yang pantas boleh didapati di Pusat Internet ini selain menjadi One Stop Center bagi Komuniti disekitarnya.
Aktiviti
Petugas PI Kg Ranau memberi laluan kepada calon peperiksaan online yang turut merupakan ahli komuniti untuk datang awal ke Pusat Internet untuk membuat persediaan. Petugas membantu dari segi persediaan Komputer dan memastikan SOP sepanjang PKPP dipatuhi oleh setiap pengguna.
Tarikh : 16 Mac 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat Biodata Diri menggunakan Ms Word 2016 seterusnya para peserta dapat belajar memperkenalkan diri melalui penulisan. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas PI Kg Ranau memberi penerangan dan panduan cara-cara membuat biodata diri yang boleh diedit menggunakan perisian ini. Selain itu, Petugas PI sekaligus memberi tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Peserta di berikan tugasan membuat biodata diri berdasarkan maklumat yang telah diajar kepada mereka. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.
Tarikh : 1 Julai 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Mydashboard komuniti kepada komuniti serta fungsi yang terdapat didalam Aplikasi dasbhboard komuniti. Bertujuan agar Pusat Internet melakukan tetap melakukan aktiviti kesedaran (ICT) atau program secara online walaupun didalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh dimuatturun melalui Playstore pada android pintar masing-masing. Oleh yang demikian, petugas tetap melaksanakan kesedaran tentang aplikasi ini kepada komuniti setempat tentang fungsinya. Aktiviti dijalankan dengan memuat naik status ucapan di Mykomuniti.
Tarikh : 15 Mac 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran pembelajaran melalui online. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji minda para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan dengan aktiviti permainan pembelajaran iaitu berdasarkan 'word search'. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan dapat memantapkan pengetahuan pelajar terhadap pelajaran suku kata.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan laman web www.thewordsearch.com.