Tujuan

Taklimat Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)  7.0 ini diadakan untuk membantu golongan belia memahami mengenai program ini dan cara mengisi permohonan secara online. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk memupuk dan menanam semangat keusahwanan dalam kalangan belia.

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada penceramah bekas usahawan tube 6.0 iaitu En. Mohd Ardhani Zaini seorang usahawan yang berjaya. Seterusnya penceramah menunjukkan cara mengisi permohonan secara online kepada para belia yang hadir. Sesi soal jawab turut diadakan supaya para belia memahami mengenai program ini.  Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi Keganasan Siber ini dijalankan untuk memantapkan pemahaman peserta tentang keganasan siber yang semakin membimbangkan. Para peserta diberi penerangan daripada petugas tentang definisi keganasan siber dan contoh kumpulan pengganas islam dan bukan islam kenapa kumpulan pengganas ini menggunakan internet dan media sosial dalam penyebaran mesej secara meluas. Semoga dengan kelas ini dapat meningkatkan kesedaran komuniti tentang klik dengan bijak dalam menggunakan internet dan teknologi sekarang daripada penyalahgunaan internet.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi penerangan kepada peserta tentang keganasan siber. Petugas memberikan beberapa contoh keganasan siber yang ada di dalam internet yang telah merosakan dan melemahkan ekonomi secara besar. Serta bagaimana kumpulan pengganas ini mengeksploitasi internet dan media sosial untuk kegunaan mereka. Seterusnya petugas juga menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Persatuan Guru-Guru KAFA Kota Marudu, Sabah menggunakan perkhidmatan komputer PI Kg Ranau untuk mengemaskini  ( SIMPENI ) data maklumat kemasukan pelajar baru  . Mereka menggunakan laman web Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam ( SIMPENI ). Selain itu, tujuan lain program ini ialah bagi menyampaikan objektif Pusat Internet kepada komuniti dan fungsi aplikasi mydashboard komuniti kepada guru-guru Kafa Kota Marudu. 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru PI Kg Ranau dalam kalangan guru-guru kafa kota marudu.  Selepas itu, Para Petugas PI Kg Ranau menerangkan secara ringkas tentang Kemudahan yang terdapat dalam Pusat Internet ini. Guru-guru Kafa meneruskan tugasan mereka dengan menggunakan komputer dan kemudahan WIFI yang disediakan dalam PI Kg Ranau. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Multimedia pembelajaran mengenai pengenalan media baru Facebook ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah rendah yang masih lagi belum mempunyai akaun facebook sendiri. Aktiviti ini dapat membolehkan peserta dapat membuka akaun email  seperti Gmail dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui atas talian dan dapat menggunakan media baru ini dengan baik. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi media baru kepada para pelajar kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun facebook menggunakan akaun Gmail untuk permulaan email mereka. Kemudian para peserta mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada peserta secara langsung.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menyebarkan info dan mempelajari kisah-kisah teladan daripada cerita dongeng Aladdin dan Lampu Ajaib kepada ahli pi. Selain itu, aktiviti menonton video menggunakan kemudahan yang terdapat di Pi memainkan peranan penting dan mempunyai pelbagai fungsi seperti menyampaikan maklumat, hiburan, didikan dan seumpamanya serta menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara itu. Selain itu media seperti turut berpengaruh dalam pembentukan akhlak dan sikap masyarakat terutama generasi kanak-kanak dan remaja. Tayangan video ini menggunakan komputer dan projector skrin juga sesuai digunakan untuk menyebarkan info dan mempelajari beberapa pengajaran kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual yang dilihat lebih inovatif dan kreatif. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video mengenai cerita-cerita pengajaran  dan mesej di sebalik kisah dongeng ini kepada ahli pi kg Ranau. 

Gambar Disini