Tarikh : 19 Julai 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul sekaligus peserta akan dapat mempelajari bagaimana menggunakan komponen-kompenan yang terdapat didalam Microsoft Office Word ini. Selain itu, Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word dan menggunakan Ms Word sebagai pelbagai fungsi.
Aktiviti
Para pelajar diberi tugasan untuk menaip karangan bertemakan pengurusan kebersihan diri sepanjang pencegahan penularan penyakit virus Covid-19 ini di Ms Word 2016. Pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan akan mendapat hadiah yang disediakan oleh petugas. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 18 Julai 2020 Masa : 9.00Am- 11.00Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran menaip secara berterusan kepada para peserta dengan menggunakan medium Microsoft Word 2016 yang terdapat didalam perisian komputer. Selain daripada itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Word 2016 kepada para pelajar
Aktiviti
Para pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan teks yang telah diberikan oleh petugas dengan menggunakan perisian Microsoft Word 2016 ini. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 13 Julai 2020 Masa : 9.00Am- 10.00Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Kuiz online maths ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang perkiraan (ilmu matematik) dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning maths terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan menjawab soalan kuiz online matematik menggunakan laman web tersebut iaitu https://quizizz.com/admin/quiz/59d826027c078d10003a3695/kuiz-1q-matematik-sekolah-rendah . Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 16 Julai 2020 Masa : 2.00Pm- 3.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Selain itu juga, program e-learning dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak dalam kombinasi warna yang digunakan.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.hellokids.com . Petugas memberikan penerangan kepada peserta cara-cara menggunakan laman web ini. Kemudian peserta diberikan masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah mereka pilih. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 9 Julai 2020 Masa : 9.00Am- 10.00Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran multimedia kepada para peserta dengan menggunakan medium Ms Power Point iaitu menggunakan perisian yang sedia ada didalam komputer. Tujuan lain adalah agar para peserta atau pelajar mahir dalam menggunakan perisian Ms Power Point dan mengetahui dengan lebih asas tentang fungsi-fungsi komponen yang terdapat didalamnya. Selain daripada itu, kelas ini bertujuan agar para pelajar dapat menguasai kemahiran ICT pada peringkat awal ( Sekolah Rendah).
Aktiviti
Para pelajar diberi tugasan untuk membuat Poster bertemakan pengurusan kebersihan diri sepanjang pencegahan penularan penyakit virus Covid-19 ini di Ms Power Point. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.