Tujuan

Kelas Advokasi KDB & Kuiz bersama Ahli MIV (Malaysian ICT Volunteer) Pi Kg Ranau sempena program Bicara Klik dengan Bijak siri 03/2020 dengan tajuk "Padah dan bahaya terlebih kongsi di Media Sosial" dijalankan supaya para pelajar dapat memperolehi pengetahuan tentang keburukan perkongsian melampau maklumat peribadi di media sosial. Aktiviti ini juga dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Ahli MIV PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran "Padah dan bahaya terlebih kongsi di Media Sosial" . Para pelajar menonton video tentang tajuk ini dan ahli MIV memberi tunjuk ajar sekiranya pelajar tidak memahami topik ini. Aktiviti advokasi KDB ini turut  menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial.  Sesi menjawab kuiz menggunakan laman web yang disediakan menggunakan https://quizizz.com dibuat supaya pelajar lebih mengingati tajuk ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi KDB & Kuiz ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial. Sesi menjawab kuiz secara online menggunakan laman web https://quizizz.com/admin/quiz/5c55508b1eb942001eca2832/kuiz-kdb supaya pelajar lebih mengingati tajuk ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti membuat poster menggunakan Microsoft Word ini bertujuan menggalakkan remaja terus aktif terlibat dengan Pusat Internet dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka . Para peserta mempelajari  kemahiran menyunting poster menggunakan tool-tool yang terdapat di Microsoft Word dan hasil poster para peserta  yang boleh digunakan di media sosial para pelajar. Seterusnya faedah menggunakan microsoft word selain untuk menaip dapat disampaikan kepada peserta.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan aktiviti ini. Kelas Software atau aplikasi turut diterangkan oleh petugas untuk menghasilkan poster. Kemahiran menyunting poster menggunakan perisian ini dapat menerangkan kepada peserta tentang kelebihan yang terdapat dalam microsoft word selain untuk tujuan menaip. Kemudian para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan poster yang bertemakan "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital". Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster dan menggunakan aplikasi lain seperti Microsoft Word, Adobe Photoshop. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas buat akaun email ini bertujuan membantu para peserta pertandingan poster untuk menghantar hasil karya poster mereka menggunakan email sendiri. Email merupakan satu bentuk alat elektronik digunakan untuk menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Para peserta juga akan dapat mengetahui fungsi email dan kepentingan penggunaan email pada masa kini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membolehkan para peserta membuka akaun email dan facebook untuk berinteraksi dengan kawan-kawan melalui atas talian dan dapat menggunakan media baru ini dengan baik. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan penerangan tentang fungsi-fungsi dan kepentingan penggunaan email kepada para peserta kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun email Gmail sendiri. Kemudian para peserta mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada pelajar secara langsung. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program penyampaian hadiah untuk Pertandingan video kraftangan merdeka ini dirasmikan oleh Encik Lamit Bin Jadil Ketua Kampung Kg Ranau. Tujuan aktiviti pertandingan video kraftangan merdeka pusat internet 2020 untuk menggalakan komuniti untuk terus akftif ke pusat internet, merapatkan hubungan bersama organisasi kampung dan pusat internet. Sempena bulan Kemerdekaan ini aktiviti ini dapat menyemai sifat cintai negara dan komuniti dapat menggunakan bahan kitar semula barangan terpakai.

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran semua peserta dan ibu bapa yang terlibat. Pengurus Pusat Internet kg Ranau memberi taklimat ringkas mengenai program ini. Encik Lamit bin Jadil memberi ucapan seterusnya merasmikan program ini. Program diteruskan dengan sesi penyampaian hadaiah kepada semua pemenang dan peserta . Pemenang pertama yang mendapat banyak like di Facebook iaitu Pn.Norhanijah Jamal, tempat kedua adik Norsabahriah Ahamd Sabdilah dan tempat ketiga adik Illven Miodin Setelah selesai, sesi makan bersama peserta dan tetamu jemputan. Melalui program ini, objektif penubuhan Pusat Internet dapat disampaikan kepada warga komuniti seterusnya dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara ahli PI dengan petugas PI Kg Ranau. Sepanjang program dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini