Tujuan

Aktiviti Advokasi KDB ini dijalankan secara online bagi memastikan para komuniti masih boleh mengikuti dengan aktiviti semasa Pi Kg Ranau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Aktiviti ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri. Kuiz KDB secara online ini dapat membantu komuniti terutama golongan ibubapa dan remaja menerapkan konsep Klik Dengan Bijak dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna internet.  Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan mengabungkan topik mengenai KDB dan pengenalan Pusat Internet. Aktiviti ini disiarkan di Group WhatsApp Pusat Internet Kg Ranau dengan membuat link aktiviti permainan pendidikan iaitu https://wordwall.net/play/8249/500/201. Melalui aktiviti ini para komuniti boleh menyertai aktiviti secara online walaupun berada di rumah tanpa ke Pusat Internet dan sentiasa peka dengan kesedaran Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Live Pusat Internet Komuniti  Kluster Kota Marudu dengan tajuk Cabaran Usahawan dalam menghadapi Pandemik Covid 19  diadakan secara live di Page Facebook Menarik di Kota Marudu. Panel jemputan usahawan untuk program ini adalah En. Mohd Ardhani bin Mohd Zaini merupakan pengurus Zhas Studio. Beliau merupakan bekas peserta Tube 6.0 serta penerima geran SME Corp Malaysia tahun 2019 dan penerima geran BAIKS DIDR Sabah tahun 2020. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat supaya golongan usahawan perlu bijak mengatur startegi baharu untuk terus meraih pendapatan dalam menghadapi cabaran pandemik covid 19 ini.  Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam kemahiran keusahawanan untuk mengharungi cabaran global ini.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan latar belakang panel jemputan iaitu En. Mohd Ardhani bin Mohd Zaini dan dibantu oleh Pengurus PIK Tandek En.Bobby sebagai moderator. Kemudian sesi penerangan tentang cabaran usahawan dalam menghadapi Pandemik Covid 19 ini daripada panel jemputan.Covid 19 adalah kejutan besar bagi para usahawan dan peniaga apabila banyak perniagaan terkesan apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. En. Mohd Ardhani memberi kata-kata semangat kepada para usahawan supaya perlu fokus bagi mengelak perniagaan terhenti. Akhir daripada aktiviti ini sesi soal jawab bersama panel jemputan dan masyarakat. Walaupun masih dalam tempoh PKPB perkongsian mengenai ilmu usahawan masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi KDB Oversharing dengan kerjasama Kluster Pusat Internet Kota Marudu diadakan secara live di Page Facebook Menarik di Kota Marudu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kesan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial. Mendidik masyarakat supaya bertindak lebih bijak semasa berkongsi maklumat di laman rangkaian sosial dan mereka juga dapat mempelajari cara menangani sikap 'overshare". Selain itu, memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagi seorang pengguna perlu mewujudkan keseimbangan di antara privasi dan tabiat suka berkongsi. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi santai daripada penyampai iaitu pengurus PIK Tandek En. Bobby sebagai pembukaan. Kemudian sesi penerangan tentang apa itu 'overshare', risiko sekiranya terlebih kongsi di laman rangkaian sosial dan langkah menangani sikap 'overshare'. Akhir daripada aktiviti ini petugas menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman masyarakat. Oversharing ini melibatkan isu keselamatan dan privasi setiap individu, oleh itu bijaklah berkongsi. Walaupun masih dalam tempoh PKPB perkongsian mengenai KDB masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program KDB Menyemai Perpaduan di Alam Maya dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Daerah Kota Marudu/Pitas dan KRT Kg. Tandek serta Kluster Pusat Internet Kota Marudu diadakan secara live di Page Facebook Menarik di Kota Marudu. Panel jemputan untuk program ini adalah En. Nasiruddin Ahmad merupakan Pegawai Perpaduan Kota Marudu dan Pitas. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang boleh menyemai perpaduan antara kaum di Malaysia agar rakyat ini dapat hidup harmoni. Selain itu, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menggunakan kemudahan teknologi demi keharmonian kaum.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan daripada penyampai iaitu En. Nasiruddin Ahmad dan dibantu oleh Pengurus PIK Tandek En.Bobby sebagai moderator. Kemudian sesi penerangan tentang KDB Menyemai Perpaduan di Alam Maya. Perkembangan teknologi maklumat ini menyebabkan banyak berita palsu kurang tepat dan bukan dari sumber sahih yang menyentuh sensitiviti kaum telah mempengaruhi rakyat di negara ini. Diharapkan dengan norma baharu ini perpaduan dalam kalangan masyarakat tetap harmoni dengan menggunakan kemudahan tekonologi dengan bijak. Akhir daripada aktiviti ini petugas menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman masyarakat. Walaupun masih dalam tempoh PKPB perkongsian mengenai KDB masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program khas panduan usahawan berjaya ini dijalankan dengan kerjasama dari Kluster PIK Kota Marudu dan Persatuan Sizwazah Kota Marudu diadakan bertujuan supaya para usahawan dapat menguasai ekonomi, dapat belajar meningkatkan jualan dan cara pengiklanan yang mantap. Penyampai untuk program ini adalah En.Jubair bin Juhinin merupakan usahawan yang berjaya dan Pengasas Arnab Village Kundasang. Program ini dijalankan secara online menggunakan Aplikasi Google Meet dan yuran untuk peserta sebanyak RM5.00 sahaja. 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada Penyampai oleh  En.Jubair tentang tujuan program ini. Walaupun para usahawan hanya dapat berkomunikasi dengan penyampai secara atas talian, namun program ini berjalan dengan lancar. Perkongsian ilmu usahawan dari penyampai dapat membantu memajukan bisnes para usahawan.  Sesi soal jawab juga diadakan dalam ruangan komen dan secara komunikasi menggunakan aplikasi ini. Walaupun masih dalam tempoh PKPB, para usahawan masih dapat meningkatkan kemahiran dengan menggunakan kemudahan Google Meet. 

Gambar Disini