Tarikh : 21 Ogos 2020 Masa : 9.00Am- 2.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas asas perniagaan sesi 3 dibuat untuk membantu usahawan menggunakan perniagaan atas talian serta menggalakan peserta mengikuti pertandingan usahawan baru online Pusat Internet. Selain itu, kelas ini dapat mengukuhkan pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan, membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan.
Aktiviti
Para peserta usahawan diberikan penerangan mengenai tujuan pertandingan usahawan online pusat internet dan isi kandungan untuk kelas asas perniagaan online supaya para usahawan dapat menggunakan internet sebagai platform berniaga. Petugas menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes e-Dagang usahawan bersama Yezza seperti membuka akaun menjual di Whatsapp. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dibuat. Program ini dapat mewujudkan aktiviti sihat dan kreatif kepada komuniti pusat internet serta memeriahkan kembali pusat internet selepas perintah kawalan pergerakkan pemulihan (PKPP) . Akhir daripada kelas ini sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta turut diadakan. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 17 Ogos 2020 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas Microsoft Word "Hayati erti Kemerdekaan" yang di jalankan adalah bertujuan untuk memberi suntikan semangat cintakan negara di kalangan generasi muda khususnya anak-anak kecil menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di Pusat Internet Kg Ranau. Selain itu, para pelajar dapat menyemai perasaan cintakan kedamaian seperti yang dikecapi oleh negara pada kini. Melalui program ini, generasi muda dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu di kalangan warga komuniti sekaligus dapat memupuk semangat silaturahim dan menanam semangat cintakan negara.
Aktiviti
Para pelajar dikehendaki mencari maklumat mengenai erti kemerdekaan, kemudian mereka perlu membaca dan memahami setiap bahan bacaan yang telah mereka perolehi. Petugas memberi tugasan kepada pelajar untuk menghasilkan sebuah sajak yang bertemakan Hayati erti Kemerdekaan menggunakan Microsoft Word dengan memasukkan imej bendera didalam hasil karya mereka. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami dan menyemai semangat cintakan Negara kita. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 10 Ogos 2020 Masa : 2.00 Pm- 5.00 Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran menyunting gambar secara berterusan kepada para pelajar sekolah dengan mempelajari asas penggunaan perisian ini untuk membuat poster sempena pertandingan poster pusat internet. Disamping itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka telah pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik untuk hasil kerja mereka.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan cara-cara mengedit grafik atau imej daripada Petugas PI Kg Ranau. Selain itu Petugas memberikan peserta menonton Video untuk mengajar tentang pengenalan kepada perisian adobe photoshop cs6 dan memberi pengenalan tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop cs6. Kemudian peserta belajar secara praktikal menggunakan adobe photoshop cs6 yang dibimbing oleh petugas PI untuk menyiapkan tugasan poster mereka. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 16 Ogos 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Para peserta juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ pejabat atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini kemudian peserta dikehendaki membentangkan hasil tugasan tersebut. Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 12 Ogos 2020 Masa : 9.00Am- 2.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas asas perniagaan sesi 2 yang pertama ini dibuat untuk membantu usahawan menggunakan perniagaan atas talian serta menggalakan peserta mengikuti pertandingan usahawan baru online Pusat Internet. Selain itu, kelas ini dapat mengukuhkan pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan, membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan.
Aktiviti
Para peserta usahawan diberikan penerangan mengenai tujuan pertandingan usahawan online pusat internet dan isi kandungan untuk kelas asas perniagaan online supaya para usahawan dapat menggunakan internet sebagai platform berniaga. Petugas menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes e-Dagang usahawan bersama Shopee seperti membuka akaun menjual di shopee. Program ini dapat mewujudkan aktiviti sihat dan kreatif kepada komuniti pusat internet serta memeriahkan kembali pusat internet selepas perintah kawalan pergerakkan pemulihan (PKPP) . Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.