Tarikh : 23 September 2020 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB & Kuiz ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju. Aktiviti ini juga bertujuan bagi mempromosikan kempen daripada SKMM tentang kebenaran bersuara "Kebebasan Bersuara bukan kebebasan berbohong".
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial. Sesi menjawab kuiz secara tulisan yang disediakan oleh petugas supaya pelajar lebih memahami dan peka akan kempen tersebut. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 20 September 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Youtube dengan tajuk Klik Dengan Bijak bertujuan untuk menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat dalam kalangan pelajar semasa menggunakan alat-alat teknologi. Advokasi KDB ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial melalui penayangan video. Kebaikan penggunaan Youtube dalam pengajaran dapat diperluaskan kerana kandungan video dari Youtube seperti warna, muzik, grafik animasi dapat menarik perhatian para pelajar untuk menonton dan mengingati maklumat yang mereka terima.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai laman sesawang youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang Klik Dengan Bijak seperti tidak pasti jangan kongsi, oversharing dan cara-cara penggunaan komputer yang betul. Penayangan video menggunakan youtube dapat memberi pengetahuan lebih kepada pelajar kerana aplikasi ini mempunyai interaktif yang menarik. Petugas juga memberikan penerangan dan membuat sesi soal jawab kepada pelajar. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 07 September 2020 Masa : 3.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti E-Learning Digital Competency Score (DCS) sesi 2 diteruskan lagi oleh para pelajar dan aktiviti ini adalah satu penilaian murid berasaskan gamefication untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam 3 aspek dan bertujuan untuk menguji minda pelajar Tahun 6 SK Ranau. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.dcs.moe.edu.my. Pelajar perlu memasukkan nama dan nombor kad pengenalan untuk menjawab semua soalan yang disediakan. Setelah selesai, pelajar akan memperolehi sijil pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan dan MDEC .Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 19 September 2020 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB Oversharing & Dashboard Komuniti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial. Mendidik pelajar supaya bertindak lebih bijak semasa berkongsi maklumat di laman rangkaian sosial dan pelajar juga dapat mempelajari cara menangani sikap 'overshare". Selain itu, memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagi seorang pengguna perlu mewujudkan keseimbangan di antara privasi dan tabiat suka berkongsi. Pembelajaran secara ringkas mengenai kepentingan Dashboard Komuniti turut diajar supaya para peserta lebih memahami kepentingan aplikasi ini untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran tentang apa itu 'overshare', risiko sekiranya terlebih kongsi di laman rangkaian sosial dan langkah menangani sikap 'overshare' dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat dari pencarian di google. Pelajar juga diajar cara-cara menetapkan privasi di media sosial mereka. Selain itu, para peserta dapat belajar keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan dan kesihatan melalui http://dashboard.pjk.com.my/home/main . Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.
Tarikh : 14 September 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme perasaan cintakan negara dalam kalangan pelajar sekolah dengan menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di pusat internet. Tema hari kemerdekaan 2020 adalah "Malaysia Prihatin" adalah bukti patriotisme rakyat dalam menghadapi norma baharu ketika situasi pandemik ini. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat lebih mengingati asas Microsoft Power Point dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini dengan cara memasukkan gambar bendera dalam slide mereka. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini.
Aktiviti
Peserta terlebih dahulu diberi penerangan tentang tujuan aktiviti ini sempena bulan kemerdekaan. Peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini ,supaya para pelajar dapat melihat contoh slide pembentangan yang lengkap. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan bertemakan "Malaysia Prihatin" kepada peserta supaya lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini kemudian peserta dikehendaki membentangkan hasil tugasan tersebut. Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.