Tarikh : 16 Mac 2024 Masa : 10.00Am - 12.00Pm Lokasi : NaDI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
NaDI Kg Ranau mengadakan aktiviti stem (connect IT) bersama para pelajar yang terdiri daripada sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini untuk menguji minda para pelajar dengan menyelesaikan masalah dalam bentuk permainan. Selain itu, objektif permainan STEM ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya fikir secara kritikal dan kreatif bagi para pelajar.
Aktiviti
Petugas NaDI Kg Ranau memberikan satu laman web iaitu engineering.com untuk digunakan oleh para pelajar dalam aktiviti STEM conncet IT ini. Seterusnya, para pelajar hendaklah menyelesaikan tugasan stem mengikut level masing-masing. Oleh itu, para pelajar dapat membuka minda mereka dengan lebih luas dalam permainan ini kerana ia memerlukan satu pemikiran aras tinggi (KBAT).
Tarikh : 17 Mac 2024 Masa : 09.30Am - 11.30Am Lokasi : NaDI Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas logo stiker ini diadakan di NaDI KG Ranau bersama belia lepasan sekolah yang ingin mencipta logo mereka sendiri. Selain itu, latihan keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu belia menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Banyak manfaat yang dapat dipelajari daripada latihan keusahawanan ini.
Aktiviti
Aktiviti membuat logo ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian logo maker dan canva daripada petugas NaDI Kg Ranau. Peserta juga akan diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo dalam bidang usahawan. Seterusnya, logo berkait rapat dengan jenama tersendiri yang membolehkan perniagaan mereka dikenali di pasaran. Oleh itu, para belia dapat mewujudkan perniagaan masing-masing untuk menjana pendapatan sampingan mereka.
Tarikh : 14 Mac 2024 Masa : 10.20Am - 12.00Pm Lokasi : SK Ranau, Kota Marudu Peserta : 190 Orang |
Tujuan
Taklimat ini diadakan di SK Ranau, Kota Marudu dengan penglibatan para pelajar sekolah rendah tahap 2 iaitu seramai 190 orang pelajar. Selain itu, Kluster NaDI Kota Marudu juga turut hadir untuk memberikan taklimat S.A.F.E Internet dan jenayah siber kepada para pelajar. Dalam pada itu, program ini amat baik untuk diadakan di setiap sekolah agar dapat dibimbing dengan lebih awal dan mendapatkan pendedahan awal mengenai penggunaan internet dan jenayah siber yang perlu diambil berat oleh pihak sekolah dan ibu bapa.
Aktiviti
Petugas Kluster NaDI Kota Marudu memberikan penerangan mengenai NaDI sempena nama baru yang telah rasmi digunakan pada bulan ini. Seterusnya, petugas NaDI telah menyampaikan taklimat mengenai S.A.F.E Internet dan jenayah siber. Tambahan pula, objektif program ini agar dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Selain itu. petugas juga menjalankan aktiviti kuiz bagi menguji tahap pemahaman para pelajar mengenai taklimat yang telah disampaikan.
Tarikh : 16 Mac 2024 Masa : 08.00Am - 1.00Pm Lokasi : NaDI Kg Ranau Peserta : 17 Orang |
Tujuan
Bengkel ini dapat memberikan latihan dan amali secara praktikal kepada para peserta yang mengikuti bengkel microsoft power point. Selain itu, para peserta juga dapat mengenali komponen dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam microsoft power point tersebut. Oleh itu, komuniti boleh mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam penyertaan bengkel ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan asas dan kemahiran ICT dalam diri.
Aktiviti
Petugas NaDI Kg Ranau berkerjasama dengan pihak JPSM Sabah untuk mengadakan satu bengkel microsoft power point untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat. Seterusnya, pihak JPSM Sabah juga ada menawarkan perkhidmatan penyelenggaran komputer secara percuma kepada 20 orang terawal di NaDI Kg Ranau bagi membantu mereka dalam membaik pulih komputer terpakai. Tambahan pula, para peserta kini dapat mempelajari mengenai power point yang memudahkan mereka untuk menghasilkan satu slide pembentangan dengan cara yang betul.
Tarikh : 13 Mac 2024 Masa : 11.00Am - 1.00Pm Lokasi : NaDI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu para peserta mendaftar bank secara atas talian bagi memudahkan urusan perniagaan mereka. Selain itu, para peserta juga dapat mengetahui cara untuk menggunakan bank atas talian dan mempelajari lagi bagaimana untuk meningkatkan perniagaan mereka. Oleh itu, para peserta dapat menjimatkan masa dengan hanya memuat turun aplikasi bank mereka.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang perbankan internet yang perlu diketahui oleh para peserta. Seterusnya, peserta juga diajarkan cara untuk menyemak baki dalam akaun dan cara melakukan transaksi wang atas talian. Tambahan pula, peserta juga dapat mempelajari cara untuk mengeluarkan salinan penyata bank dari e-statement.