Tarikh : 18 Januari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajar secara atas talian yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam pelajaran pelbagai jenis subjek. Selain daripada itu, aktiviti ini juga sangat membantu pelajar untuk lebih memahami tentang penggunaan internet yang betul.
Aktiviti
Para pelajar hadir ke PEDi Kg Ranau untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat seperti mengikuti kuiz klik dengan bijak. Seterusnya, aktiviti ini dapat mengukur tahap pemahaman pelajar mengenai keselamatan komputer yang perlu diambil tahu oleh semua pengguna komputer dan internet.
Tarikh : 17 Januari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 9 Orang |
Tujuan
kelas ICT Ms Power point bersama komuniti yang merupakan ahli PEDi dijalankan secara atas talian untuk memberikan asas pengenalan kemahiran menggunakan ms power point 2024. Selain itu, objektif kelas ini juga untuk memperkenalkan lagi kepada mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi para komuniti yang perlu mengambil tahu tentang dunia ICT yang semakin canggih.
Aktiviti
Para komuniti diberikan penerangan untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat dalam Ms Power Point. Seterusnya, petugas juga akan memantau mereka untuk memastikan mereka dapat mengetahui cara bagi menghasilkan slide pembentangan yang menarik. Para komuniti juga dapat manfaat mengikuti kelas ini walaupun hanya di atas talian. Oleh itu, komuniti yang hadir sangat teruja untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan di Pedi Kg Ranau.
Tarikh : 15 Januari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
E-Learning klik dengan bijak iaitu dengan topik oversharing bersama para peserta yang merupakan ahli aktif PEDi Kg Ranau terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Selain itu, topik oversharing ini sering menjadi isu utama dalam kalangan komuniti disebabkan tindakan berkongsi secara terbuka di platform digital. Oleh itu, para pelajar perlu mengetahui langkah untuk berwaspada dengan perkongsian maklumat peribadi secara terbuka di media sosial.
Aktiviti
Petugas telah memberikan penerangan terlebih dahulu mengenai klik dengan bijak (oversharing) yang perlu diambil tahu oleh semua pengguna internet. Seterusnya, para pelajar diberikan kuiz untuk membantu mereka lebih memahami tentang oversharing yang semakin berleluasa pada masa kini. Natijahnya, melalui amalan klik dengan bijak oversharing para pelajar dapat menjaga privasi mereka, mengurangkan risiko keselamatan dalam talian dan mengelakkan perkara yang mungkin merugikan atau tidak diingini.
Tarikh : 16 Januari 2024 Masa : 3.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, dapat menguji minda para pelajar, melatih mereka untuk menyelesaikan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Di samping itu, aktiviti ini boleh menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan dapat memantapkan pengetahun pelajar terhadap pembelajara secara atas talian.
Aktiviti
Petugas menggunakan laman web https://thewordsearch.com/ untuk memudahkan para pelajar mengakses laman web tersebut. Seterusnya, para pelajar diberikan tema bebas untuk memulakan pencarian perkataan tersembunyi yang diperlukan. Aktiviti ini juga dapat menarik minat para pelajar untuk terus terlibat aktif dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 13 Januari 2024 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas membuat roti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau bersama tenaga pengajar iaitu Cikgu Lina serta komuniti setempat yang berminat mengikuti kelas aneka membuat roti. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk berkongsi sedikit sebanyak kemahiran dalam pembuatan roti dalam kalangan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Seterusnya, kelas ini dapat membantu para peserta belajar membuat kuih tapak kuda yang viral pada masa kini dan pelbagai jenis roti yang disediakan oleh cikgu lina.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan terlebih dahulu berkenaan resipi roti yang akan digunakan untuk kelas aneka membuat roti bersama Cikgu Lina. Seterusnya, para peserta telah diberikan resipi dan teknik untuk membuat roti sambil mereka diarahkan untuk menghasilkan roti masing-masing secara praktikal dengan bantuan tenaga pengajar Cikgu Lina. Sepanjang kelas ini dijalalnkan, tenaga pengajar juga telah berkongsi mengenai cara-cara untuk menjadi usahawan roti secara kecil-kecilan.