Tujuan

Aktiviti STEM dalam konteks rumah hijau merujuk kepada kegiatan yang mempromosikan kefahaman dan aplikasi konsep-konsep STEM untuk mencapai efisiensi dalam penggunaan sumber daya di rumah yang ramah lingkungan. Selain tu, aktiviti ini dapat mendedahkan para pelajar tentang rumah hijau dan penggunaan bahan yang terpakai untuk menghasilkan satu konsep stem rumah hijau. Oleh itu, para pelajar dapat mempelajari penggunaan sumber kuasa rumah hijau secara baik dan bertanggungjawab dalam mengatasi perancangan, reka bentuk, pembinaan dan penjagaan dalam sistem rumah hijau.

Aktiviti

Petugas PEDi terlebih dahulu menerangkan konsep rumah hijau yang perlu diketahui oleh para pelajar dan cara untuk menghasilkan rumah hijau yang sistematik. Seterusnya, para pelajar juga telah menyediakan bahan-bahan seperti kotak, warna, gam dan gunting untuk memudahkan mereka dalam menghasilkan rumah hijau yang ditugaskan. Para pelajar juga masing-masing menggunakan kreativiti dalam menghasilkan rumah hijau dari segi pembinaan dan reka bentuk yang teratur untuk memastikan sistem rumah hijau yang baik. Di samping itu, aktiviti stem ini dapat memberikan pendedahan mengenai bidang sains dan teknologi yang perlu dikuasai oleh para pelajar.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Sesi bisnes cemerlang bersama pihak unifi ini dijalankan di PEDi Kg Ranau untuk memberikan penerangan tentang plan unifi yang boleh diambil oleh para usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka dalam dunia rangkaian. Selain itu, pihak unifi juga turut memberikan penjelasan mengenai kelebihan yang ada dalam plan keusahawanan yang boleh didapati oleh para usahawan. Di samping itu, Pedi turut memberikan kerjasama dalam membantu mereka untuk mendapatkan rangkaian data yang baik untuk memastikan akaun perniagaan mereka dapat digunakan dengan baik.

Aktiviti

Petugas PEDi telah menyediakan tempat untuk pihak unifi dan usahawan bagi perbincangan mengenai perniagaan mereka. Seterusnya, pihak unifi juga menjelaskan beberapa kelebihan dalam pakej keusahawanan unifi yang boleh didapati oleh para usahawan. Antaranya, e-commerce yang boleh dipelajari oleh mereka dengan bantuan pihak unifi serta digital marketing juga boleh dilaksanakan dalam pakej yang ditawarkan oleh pihak unifi. Tambahan pula, pihak unifi juga ada memberikan tawaran hebat kepada para usahawan seperti simkad percuma yang boleh digunakan untuk mengakses internet dengan mudah dan tanpa had.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas keusahawanan ini mempelajari tentang suntingan imej produk yang bertujuan untuk memberikan latihan dan kemahiran asas dalam suntingan imej kepada perniagaan para usahawan. Selain itu, para usahawan boleh menyunting imej produk tersendiri mengikut kreativiti yang ada pada mereka bagi menghiasi imej produk untuk tujuan pemasaran.

Aktiviti

Kelas suntingan imej produk ini menggunakan perisian adobe photoshop dimana ia dapat membantu usahawan untuk menyunting imej produk mereka. Seterusnya, hasil imej produk mereka akan digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Oleh itu, usahawan telah mengambil peluang untuk mengikuti latihan keusahawanan ini agar kemahiran dalam suntingan imej produk dapat ditingkatkan lagi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

E-Learning ICT ini dijalankan untuk membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan pengunaan tatabahasa dalam bahasa melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain itu, tujuan kuiz online ini diadakan bagi menggalakan para pelajar yang juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau untuk terus terlibat aktif dalam penggunaan komputer dan internet secara fizikal.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan tentang e-learning bahasa melayu terlebih dahulu oleh petugas PEDi Kg Ranau. Seterusnya, para pelajar akan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/tahun-4/tatabahasa untuk menjawab kuiz online bahasa melayu tahun 4. Aktiviti sebegini amat baik kepada pelajar kerana mereka dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat serta dapat mendedahkan mereka kepada sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan. Oleh itu, aktiviti ini juga dapat menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan tempatan yang sudah mempunyai perniagaan di platform media sosial. Selain itu, dapat memberikan latihan keusahawanan dalam pemasaran digital secara atas talian yang kerap digunakan oleh usahawan dan pelanggan. Disamping itu, dapat membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan jualan melalui pelbagai jenis platform digital yang boleh digunakan seperti tiktok shop yang kini menjadi pilihan para usahawan dan pelanggan.

Aktiviti

Petugas telah membantu para usahawan yang ingin belajar untuk menggunakan tiktok shop affiliate dengan memberikan penerangan yang jelas mengenai cara untuk mendaftar akaun tiktok para usahawan. Selain itu, tiktok shop affiliate yang digunakan oleh usahawan ini juga dapat membantu untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Gambar Disini