Tujuan

Program ushawan santai bersama perbadanan harta intelek malaysia cawangan sabah - Mylpo Sabah yang dijalankan secara atas talian google meet disertai seramai 27 peserta yang terdiri daripada usahawan. Program yang membicarakan tentang Apa itu Harta Intelek disampaikan oleh Puan Asmah Binti Khalid selaku pengarah Mylpo sabah dengan pengisian yang cukup menarik serta banyak manfaat yang diperolehi oleh para usahawan.

Aktiviti

Petugas PEDi dan Rakan Digital telah berkerjasama untuk memastikan program ini dapat memberikan manfaat kepada usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka. Seterusnya, Puan Asmah juga telah berkongsi ilmu mengenai harta intelek yang perlu diketahui oleh para usahawan. Puan Asmah juga turut berkongsi berkenaan cara permohonan cap dagangan untuk usahawan yang berminat untuk mempunyai cap dagangan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini diadakan di SK Mosolog, Kota Marudu dengan disertai oleh pelajar sekolah rendah tahap 2 serta pelajar pra sekolah bersama kluster PEDi Kota Marudu dengan anjuran Pasukan Pelindung & Kebajikan Kanak-Kanak Kota Marudu kerjasama Bahagian Kanak-Kanak dan Printah Khidmat Masyarakat Pejabat Kebajikan Kudat. PEDi Kluster Kota Marudu telah memberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak Grooming Siber kepada para pelajar. Selain itu, agensi jabatan lain juga turut hadir untuk mengisi slot perkongsian bersama pelajar mengenai topik-topik yang menarik.

Aktiviti

Petugas yang hadir memberikan taklimat secara terperinci mengenai KDB iaitu grooming siber kepada para pelajar dan mengadakan kuiz KDB. Selain itu, para pelajar juga diberikan penerangan dengan adanya slide pembentangan daripada pihak PEDi untuk memastikan para pelajar lebih memahami mengenai isu terkini. Secara keseluruhannya, program taklimat ini amat baik diadakan agar para pelajar lebih berhati-hati dalam membanteras jenayah seksual dalam talian.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini dijalankan untuk membimbing usahawan PEDi dalam memasarkan produk dalam akaun shopee. Puan Dg Mariam hadir ke PEDi Kg Ranau bagi mendapatkan bantuan daripada Rakan Digital berkenaan kedai shopee beliau untuk meningkatkan pendapatan dari platform e-commerce shopee.

Aktiviti

Petugas membantu memberi tunjuk ajar secara terperinci berkenaan cara menambah produk jualan di dalam kedai shopee. Puan Dg Mariam juga belajar tentang cara untuk memasarkan produk dengan strategik untuk meningkatkan aktiviti pemasaran produk beliau. PEDi Kg Ranau juga menjadi one Stop Center bagi usahawan yang ingin menambahkan ilmu kemahiran ICT mereka dengan mengikuti kelas usahawan yang telah dilaksanakan oleh Rakan Digital.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar serta membantu mereka bagi mengulangkaji subjek teras. Selain itu, tujuan kuiz online ini dijalankan bagi menggalakkan lagi para pelajar sekolah rendah untuk terus terlibat aktif dalam penggunaan komputer dan internet secara fizikal di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan terlebih dahulu mengenai topik kuiz yang akan dilaksanakan kepada pelajar sekolah rendah tahap 2. Seterusnya, para pelajar akan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/tahun-4/sains untuk menjawab kuiz onlien subjek sains tahun 4. Di samping itu, aktiviti sebegini amat baik kepada pelajar kerana mereka dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat serta dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online.

 Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer bertujuan untuk memperkenalkan tentang komputer kepada peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah. Selain itu, kelas ini dapat mendedahkan mengenai kepentingan penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar sekolah. Di samping itu, kelas ini boleh meningkatkan lagi kemahiran ICT para pelajar dengan mengetahui dengan lebih jelas tentang penggunaan komputer.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai asas pengenalan komputer secara terperinci serta pengenalan kepada komponen yang ada dalam komputer. Aktiviti ini juga dapat membantu para pelajar yang tidak mempunyai asas berkenaan komputer.

Gambar Disini