Tarikh : 13 Januari 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Latihan soft skills iaitu asas pembangunan diri usahawan merujuk kepada prinsip dan kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh para usahawan. Selain itu, pembangunan diri usahawan melibatkan perkembangan kebolehan individu untuk mengatasi perniagaan dengan lebih berkesan dan berdaya maju. Oleh itu, para usahawan diberikan latihan seperti kemahiran keusahawan, kebolehan mengurus diri, kemahiran berkomuninkasi, dan pemikiran kreatif serta inovatif.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau bersama para usahawan yang berminat untuk mengikuti kelas soft skills. Petugas memberikan penerangan mengenai elemen yang perlu dikuasai oleh usahawan yang ingin meningkatkan perniagaan mereka. Seterusnya, para usahawan juga belajar cara untuk menguruskan perniagaan dengan lelih baik dan bagaimana untuk berkomunikasi bersama pelanggan dengan cara yang betul. Tambahan pula, pembangunan diri usahawan merupakan satu proses yang berterusan, dan usahawan perlu sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahun mereka dalam bidang perniagaan.
Tarikh : 12 Januari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
PEDi Kg Ranau telah mengadakan aktiviti stem connect IT yang bertujuan untuk menguji minda para pelajar dengan menyelesaikan masalah dalam bentuk permainan. Selain itu, objektif permainan STEM ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya fikir secara kritikal dan kreatif bagi para pelajar.
Aktiviti
Petugas memberikan satu laman web iaitu engineering.com untuk digunakan oleh para pelajar dalam aktiviti STEM connect IT ini. Para pelajar dikhendaki untuk menyelesaikan tugasan stem mengikut kreativiti tersendiri bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Oleh itu, para pelajar dapat membuka minda mereka dengan lebih luas dalam permainan ini kerana ia memerlukan satu pemikiran aras tinggi (KBAT).
Tarikh : 11 Januari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan yang sudah pun ada dalam bidang perniagaan seperti tiktok shop. Selain itu, usahawan juga boleh membuka akaun tiktok shop yang baharu untuk memasarkan produk mereka. Oleh itu, PEDi Kg Ranau juga terus memberikan latihan secara berterusan kepada para usahawan yang ingin meningkatkan pengetahuan mengenai bidang perniagaan.
Aktiviti
Petugas telah membantu usahawan untuk mengemaskini akaun tiktok shop dengan memberikan penjelasan mengenai cara untuk melengkapkan akaun kedai tiktok shop mereka. Disamping itu, kedai tiktok shop juga menjadi salah satu platform bagi usahawan untuk menambahkan lagi pendapatan bulanan mereka selain berjual secara fizikal.
Tarikh : 12 Januari 2024 Masa : 9.30Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM origami ini diadakan di PEDi Kg Ranau bersama para pelajar sekolah rendah yang berminat untuk menyertai aktiviti STEM. Selain itu, tujuan utama aktiviti ini adalah melatih pelajar untuk terlibat dalam kemahiran reka cipta secara digital berdasarkan kepada asas penguasan sains dan teknologi. Kelas ini memberi kesempatan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran penguasaan pelajar dalam bidang STEM melalui aktiviti reka cipta secara digital.
Aktiviti
Petugas telah memberikan penerangan mengenai STEM yang melibatkan origami iaitu cara yang kreatif dan berinteraksi bagi memperkenalkan konsep-konsep sains dan matematik kepada para pelajar. Para pelajar seterusnya menghasilkan satu bentuk origami mengikut kreativiti masing-masing dengan konsep ukuran yang betul. Oleh itu, penggunaan aktiviti stem origami ini dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dalam cara yang praktikal.
Tarikh : 11 Januari 2024 Masa : 9.30Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM yang melibatkan teknologi 3D Hologram dapat memberikan pengetahuan am kepada para pelajar serta satu pengalaman praktikal yang mampu meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan pembangunan aplikasi. Selain itu, aktiviti STEM ini dapat membantu pelajar menyedari pelbagai kerjaya yag berkaita STEM. Ini boleh merangsang minat mereka untuk mengejar kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan atau matematik.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai aktiviti stem 3d hologram yang menggunakan bahan terpakai seperti kotak dan cakra padat. Seterusnya, para pelajar mengikuti langkah yang telah diarahkan oleh petugas sehingga dapat menghasilkan satu bentuk 3d dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. Dengan menggunakan teknologi 3D hologram dalam aktiviti STEM, para pelajar dapat meningkatkan pembelajaran dan pembangunan kemahiran pelajar serta membantu mereka untuk cabaran-cabaran yang dihadapi dalam dunia sains dan teknologi yang sentiasa berubah.