Tarikh : 08 Februari 2024 Masa : 10.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas membuat resume ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara lebih terperinci kepada para belia yang merupakan lepasan SPM. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu mereka untuk mengetahui tentang cara menghasilkan resume yang betul dan lengkap. Tambahan pula, dengan adanya pengetahuan asas mengenai resume mereka boleh terus memohon pekerjaan untuk mencari pengalaman selepas SPM.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, para pelajar juga boleh menghasilkan resume yang lengkap dengan adanya bimbingan daripada petugas PEDi.
Tarikh : 07 Februari 2024 Masa : 10.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel rancangan perniagaan ini dijalankan di PEDi Kg Ranau yang telah dikendalikan oleh usahawan PEDi iaitu, En Ardhani juga merupakan pengasas Zhas Studio. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu para usahawan yang ingin mempertingkatkan kefahaman mereka tentang perniagaan produk yang mereka ceburi. Selain itu, usahawan juga boleh mempelajari mengenai cara penyediaan rancangan perniagaan dengan betul. Oleh itu, En Ardhani bersama usahawan yang lain saling membantu untuk melihat potensi perjalanan perniagaan yang sedang dijalankan bagi meningkatkan hasil yang baik.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dan petugas juga telah membantu untuk menyediakan kemudahan seperti komputer dan penggunaan internet yang membolehkan bengkel ini berlangsung. Di samping itu, En Ardhani juga menerangkan tentang rancangan perniagaan yang perlu diketahui oleh setiap usahawan bagi meningkatkan lagi perniagaan mereka.
Tarikh : 05 Februari 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini dijalankan untuk membimbing usahawan PEDi dalam memasarkan produk dengan menggunakan akaun facebook page. Puan Rika hadir ke PEDi Kg Ranau bagi mendapatkan bantuan daripada petugas berkenaan cara untuk mengemaskini facebook page yang digunakan untuk memasarkan produk beliau.
Aktiviti
Petugas membantu memberi tunjuk ajar secara terperinci berkenaan cara menambah produk jualan didalam marketplace facebook. Seterusnya, Puan Rika juga belajar tentang cara untuk memasarkan produk dengan strategik untuk meningkatkan aktiviti pemasaran produk beliau. PEDi Kg Ranau juga menjadi one stop center bagi usahawan yang ingin menambahkan ilmu kemahiran ICT mereka dalam mengikuti kelas keusahawanan yang sering dilaksanakan di PEDi.
Tarikh : 06 Februari 2024 Masa : 2.30Pm - 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti e-learning subjek geografi ini dijalankan untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam geografi. Selain itu, para pelajar dapat menggunakan komputer dengan baik untuk tujuan pembelajaran secara atas talian seperti kuiz yang diadakan di PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberikan penerangan mengenai e-learning subjek geografi terlebih dahulu oleh petugas PEDi. Seterusnya, para pelajar akan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/geografi untuk menjawab kuiz online geografi. Tambahan pula, aktiviti sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara atas talian.
Tarikh : 05 Februari 2024 Masa : 8.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Tandek Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Program PUPUK @ Shopee ini kerjasama antara Kluster PEDi Kota Marudu dengan Rakan Digital bagi memberikan kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan dan meningkatkan kemahiran secara atas talian. Program ini membantu para usahawan untuk membuka akaun kedai shopee untuk digunakan sebagai platform perniagaan secara atas talian.
Aktiviti
Rakan Digital kluster Kota Marudu bekerjasama untuk membantu para usahawan mendapatkan akaun kedai shopee. Selain itu, para usahawan juga dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas seperti secara atas talian yang boleh meningkatkan lagi permintaan produk mereka. Dengan adanya kedai shopee, usahawan dapat menambahkan lagi jualan produk dan meningkatkan pendapatan perniagaan mereka dengan lebih luas.