Tarikh : 17 Februari 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM (lifespan candle) ini bertujuan untuk penekanan ilmu penyelesaian masalah dengan menggunakan aplikasi engineering.com dalam pendidikan harian yang dapat dilihat dalam usaha memupuk minat dan menggalakkan pelajar menerokai bidang sains, teknologi, kejuteraan dan matematik secara lebih menyeluruh. Selain itu, aktiviti ini dapat mewujudkan pelajar dengan literasi yang tinggi terhadap STEM yang mana ditentukan melalui keupayaan bagi mengenal pasti dan mengintergrasikan konsep sains dan teknologi.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan mengenai skop STEM secara umum kepada para pelajar untuk rujukan mereka di masa akan datang. Seterusnya, para pelajar akan menyelesaikan satu games dalam aplikasi stem engineering.com dengan mengguna pakai daya pemikiran dan tumpuan mereka. Tambahan pula, mereka perlu menyelesaikan tugasan dengan baik dan menyiapkan komitmen dengan jayanya.
Tarikh : 13 Februari 2024 Masa : 10.30Am - 12.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para pelajar dengan satu permainan iaitu puzzle yang mencabar serta menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang dapat menjana minda. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang bermanfaat.
Aktiviti
Aktiviti ini hanya menggunakan laman web www.jigsawplanet.com. Seterusnya, petugas akan memberikan arahan kepada para pelajar untuk menyiapkan satu puzzle dengan menggunakan laman web tersebut. Aktiviti permainan puzzle ini dapat menguji ketangkasan para pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan komputer.
Tarikh : 09 Februari 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti penulisan ms word ini diadakan untuk menjana minda dan membentuk minat para pelajar untuk membuat satu penulisan dengan menggunakan ms word. Selain tu, aktiviti ini dapat untuk meningkatkan tahap kemahiran ict mereka dalam menggunakan komputer secara praktikal dengan bantuan petugas PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberikan satu arahan untuk menyiap penulisan dengan menggunakan ms word dalam komputer. Seterusnya, mereka juga perlu memastikan setiap perkataan ditaip dengan betul dan mengikut format penulisan yang telah ditetapkan oleh petugas. Oleh itu, aktiviti ini dapat mengisi masa lapang para pelajar dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan kebaikan dimasa akan datang dengan penggunaan teknologi yang semakin canggih.
Tarikh : 12 Februari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas Ms Word yang bertajuk "Insert Shape" bertujuan untuk mengajarkan para pelajar cara mengelola bentuk atau objek didalam ms word. Selain itu, kelas ini akan menggunakan setiap bentuk yang ada dalam ms word untuk diterjemahkan agar para pelajar dapat memahami setiap bentuk yang ada. Di samping itu, para pelajar dapat mengetahui setiap fungsi ms word yang boleh digunakan secara mudah dan cepat.
Aktiviti
Petugas memberikan arahan mengenai bentuk dan objek yang perlu ditafsirkan oleh para pelajar dengan menggunakan ms word. Seterusnya, mereka juga perlu membanding setiap sisi bentuk yang ada untuk membezakan bentuk yang terdapat dalam ms word. Tambahan pula, para pelajar kini boleh membuat bentuk yang berbeza-beza dengan hanya menggunakan ms word sahaja.
Tarikh : 08 Februari 2024 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu para belia memahami dan mengembangkan kemahiran, pengetahuan, dan etika yang berkaitan dengan penampilan diri, hubungan sosial serta perkembangan diri. Selain itu, kelas ini dapat memberikan persiapan diri para belia dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pendidikan, kerjaya dan kehidupan sosial.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan tentang teknik grooming yang perlu dipelajari oleh para belia. Seterusnya, para belia juga akan diberikan penerangan dalam menjaga penampilan diri untuk memastikan mereka tahu untuk menjaga kebersihan diri dan cara berpakaian yang betul dalam konteks yang berbeza.