Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menguji minda para pelajar serta melatih kesabaran dan ketabahan dalam menyelesaikan tugasan seperti mencari perkataan yang tersembunyi. Di samping itu, aktiviti ini boleh menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini.

Aktiviti

Para peserta diberikan laman web untuk mengikuti aktiviti e-learning word search di https://thewordsearch.com/. Seterusnya, para peserta diberikan satu tema untuk memerlukan pencarian perkataan tersembunyi yang diperlukan. Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk terus terlibat aktif dalam aktiviti yang diadakan di NADi Kg Ranau. Oleh itu, perkhidmatan komputer dan internet yang terdapat di NADi Kg Ranau juga dapat digunakan dengan betul oleh komuniti setempat.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mengajarkan para peserta cara menggunakan perisian Ms Power Point bagi menghasilkan satu slide pembentangan. Selain itu, para peserta juga dapat meningkatkan lagi kemahiran ict dalam penggunaan setiap perisian yang ada didalam komputer. Tambahan pula, kelas ini boleh memudahkan para peserta untuk menggunakan komputer di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan untuk mengenali setiap komponen serta fungsi yang terdapat dalam Ms Power Point. Seterusnya, petugas akan memantau mereka untuk memastikan dapat menghasilkan satu slide pembentangan dengan menggunakan ms power point. Petugas juga akan memastikan para peserta dapat memahami cara menggunakan power point dengan betul.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Memasarkan perniagaan lebih luas melalui Web Portal Agrobazaar, Membantu meningkatkan pendapatan dan Memberi ilmu Kemahiran baru iaitu kecerdasan teknologi AI Teknik chatGPT dalam perniagaan serta pengenalan kepada shopee Affiliate.Mempromosikan PEDi lebih dekat kepada Usahawan dan Menambah Ahli PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti dimulai dengan sesi pengenalan PEDI dan Peranan Rakan Digital kepada para usahawan sekitar Kota Marudu yang terlibat. Sesi penerangan bersama dengan Pegawai FAMA dalam mempromosikan pemasaran e-dagang agrobazaar online mereka kepada usahawan industri asas tani. Dan Seterusnya, petugas memberi kelas kemahiran teknik AI-Chatgpt dalam copywriting untuk membuat ayat-ayat jualan yang menarik di media sosial. Akhir sekali perkongsian program PUPUK iaitu Shopee daripada Encik Hanafi sebagai Rakan Digital PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai penggunaan komputer kepada ahli PEDi Kg Ranau yang merupakan para pelajar sekolah rendah. Selain itu, para pelajar dapat meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bagi mengasah bakat mereka dalam kemahiran menggunakan komputer.

Aktiviti

Para pelajar mengisi masa lapang untuk mengikuti e-learning ICT DI PEDi Kg Ranau dengan bantuan petugas. Seterusnya, aktiviti e-learning (spot the difference) ini dapat meningkatkan tahap pemikiran pelajar dengan menguasai ilmu ICT yang perlu dipelajari oleh para pelajar. Tambahan pula, banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam mengikuti kelas ICT yang sering diadakan di PEDi Kg Ranau

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti STEM (Kipas origami) ini dijalankan di PEDi Kg Ranau yang melibatkan pembuatan kipas menggunakan teknik origami yang merupakan seni lipatan kertas. Dalam konteks STEM, aktiviti ini bertujuan untuk mengintegrasikan konsep-konsep sains dan kejuruteraan dengan pembuatan objek praktikal seperti kipas.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu menyediakan bahan yang digunakan dalam menghasilkan kipas origami ini. Seterusnya, para pelajar mempelajari teknik origami yang diperlukan untuk tujuan lipatan kertas menjadi bentuk kipas. Disamping itu, pemilihan dan penyesuaian reka bentuk juga dapat memberikan kesan kepada hasil kipas origami dengan corak lipatan atau mencipta variasi dalam reka bentuk kipas.

Gambar Disini